You are on page 1of 16

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH: KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Rangka Kandungan
1. Sesuatu ujian yang baik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian yang tinggi; 2. Sesuatu ujian dianggap ujian yang baik sekiranya ia dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur; 3. Ujian yang baik harus membekalkan data yang membolehkan kita membuat keputusan yang berguna; 4. Kesimpulannya, ujian yang baik menghasilkan skor ujian yang sah dan boleh dipercayai.

Ciri-ciri ujian yang baik


1. Kesahan 2. Kebolehpercayaan 3. Keobjektifan 4. Kebolehtadbiran 5. Kemudahtafsiran

Ciri-Ciri Ujian Yang Baik:


Kesahan ( validity) dan Kebolehpercayaan ( reliability )

Kesahan
Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian itu mengukur apa yang hendak diukur; Tiga prosedur yang biasa digunakan untuk menentukan kesahan sesuatu ujian adalah: i. Kesahan isi kandungan ii. Kesahan kriteria iii. Kesahan konstruk

Jenis Kesahan
Kesahan Isi Kandungan merujuk kepada sejauh mana isi kandungan ujian tersebut dapat mewakili domain pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur oleh ujian itu; Kesahan telahan/ramalan mengambil kira sejauh mana skor ujian dapat meramal kriteria yang diukur;

Jenis Kesahan
Kesahan Konstruk/gagasan adalah berkaitan dengan persoalan samada terdapat atau tidak bukti yang menyokong bahawa skor ujian itu dapat mengukur sesuatu trait psikologi, ciri, kualiti atau konstruk.

Kesahan Konstruk/Gagasan
Konstruk ialah APA (perkara) yang ditaksir.

Konstruk ialah dimensi manusia yang berbentuk konkrit atau abstrak Konstruk ialah perkara yang cuba dibangun atau diperkembang dengan mengajarkan sesuatu mata pelajaran. Konstruk dikenalpasti dari sukatan pelajaran Konstruk yang ditaksir boleh dikategorikan sebagai PENGETAHUAN, KEMAHIRAN dan NILAI.

Konstruk yang ditaksir boleh dikategorikan sebagai Pengetahuan/Kemahiran/ Nilai

Pengetahuan tentang konsep fakta prinsip kriteria terminologi peraturan kaedah

Kemahiran Nilai Kemahiran intelektual BertanggungKemahiran amali jawab Kemahiran menyiasat berkeyakinan Kemahiran mengorganisasi menghargai Kemahiran mentaksir

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesahan

Panjang ujian Liputan isi kandungan Kejelasan soalan Syarat-syarat yang diletakkan untuk mentadbir ujian Kesilapan semasa memeriksa Kelakuan individu bagi calon yang menduduki ujian Penelitian yang diberi semasa membina ujian

Kebolehpercayaan (Reliability)
Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana tekalnya (consistent) dua set ukuran yang mengukur perkara yang sama. Ketekalan bermaksud pangkat (rank) yang terdapat dalam ukuran yang pertama adalah serupa dengan pangkat (rank) yang dihasilkan bagi ukuran kedua.

Kebolehpercayaan (Reliability)
Dua set pengukuran boleh diperolehi dengan cara: 1. Mengulangi ujian yang sama selepas sesuatu masa tertentu. 2. Mentadbir secara bergilir-gilir dua ujian yang serupa, yang mengukur domain isi kandungan yang sama. 3. Mentadbir dua ujian yang serupa yang mengukur domain isi kandungan yang sama selepas sesuatu masa tertentu.

Faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan ujian


Panjang ujian Kesukaran item Homogeniti (keseragaman) item Kuasa diskriminasi item

Perkaitan antara Kesahan dengan Kebolehpercayaan


Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat atau objektif ujian itu dibina Kebolehpercayaan memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam sesuatu ujian Kebolehpercayaan boleh dikaji terus dari data ujian tetapi kesahan tidak boleh Ujian yang boleh diterima mestilah sah dan boleh dipercayai Untuk mengesahkan sesuatu yang digunakan, pengukuran hendaklah mempunyai kebolehpercayaan Konsep kesahan dan kebolehpercayaan lebih merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada alat pengukur itu dari menerangkan alat pengukur itu sendiri

Tujuan
1. Membolehkan pengurus sekolah memahami ciri-ciri ujian yang baik; 2. Memperkenalkan kepada pengurus sekolah konsep-konsep kesahan dan kebolehpercayaan ujian; 3. Membolehkan pengurus sekolah mempertingkatkan mutu ujian yang dibina di sekolah dengan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian.

SEKIAN, TERIMA KASIH!

You might also like