You are on page 1of 23

LAKUAN MOTOR & BIOMEKANIK

UNIT 1 ASAS KAWALAN MOTOR

Definisi
Kawalan motor ialah bidang yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya. Kawalan pergerakan ini dihasilkan oleh sistem biologi. Terdapat dua jenis lakuan motor, iaitu:
Lakuan motor tanpa kemahiran (Involuntari) Lakuan motor berkemahiran (Voluntari)

Lakuan Pergerakan Involuntari


- Dihasilkan secara luar kawalan. - Berlaku secara spontan dan dalam masa yang singkat. - Contohnya: Pantulan lutut, tarikan tangan atau kaki bila terkena benda panas.

Mekanisme ringkas pergerakan involuntari (Pantulan lutut)


Saraf tunjang

Impuls sensori di hantar ke saraf tunjang

Impuls sensori bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang

Neuron sensori di kaki Impuls motor dihantar ke efektor

Lutut di ketuk

Otot menguncup di efektor

Mekanisme umum pergerakan involuntari


(Terpijak Paku)
Sistem reseptor menerima rangsangan di peringkat periferi. Rangsangan yang diterima oleh neuron sensori ditukarkan kepada impuls sensori

Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat (peringkat rendah)


Impuls bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps

Lakuan Pergerakan Voluntari


Dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Individu memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan. Perlakuan ini dibina melalui bakat, pengalaman dan latihan. Mutu perlakuan yang dihasilkan dipengaruhi oleh faktor tahap kemahiran dan pengalaman. Contoh: sepak takraw dan badminton.

Sepak takraw
Apabila menerima servis, pemain yang kurang mahir mungkin akan menghantar terus bola ke pihak lawan. Manakala bagi pemain yang mahir akan mengangkat, mengumpan dan merejam bola ke gelanggang lawan.

Badminton
Pemain yang mahir akan membuat smesy atau drop shot apabila mendapat hantaran bola tinggi. Manakala pemain yang kurang mahir, mungkin akan membalas dengan hantaran setengah gelanggang.

Mekanisme umum pergerakan voluntari


Reseptor menerima rangsangan fizikal di peringkat periferi Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan tukarkan kepada impluls sensori Impuls sensori yang diterima berkumpul di talamus Apabila sistem efektor menerima maklumat motor, pergerakan terhasil. Impuls motor dihantar ke saraf tunjang dan ke sistem efektor
Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Pemprosesan integrasi sensori akan berlaku

Impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori motor

Jenis Pergerakan Berkemahiran


Pergerakan berkemahiran juga dikenali sebagai pergerakan voluntari Terbahagi kepada dua, iaitu:
Kemahiran Generik Kemahiran Berobjektif

Kemahiran Generik
Kemahiran pergerakan yang diwarisi manusia. Kematangan individu berlaku secara semula jadi (sejak lahir). Perubahan kematangan berlaku dengan cepat pada usia kanak-kanak dan berkurangan pada umur dua puluhan. Contoh: pertumbuhan otot.

Kemahiran Berobjektif
Kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus. Kemahiran ini dapat ditingkatkan melalui latihan yang kerap dan sistematik. Contoh: dalam larian.
Individu perlu mempelajari teknik larian yang khusus jika ingin mendapat tahap kelajuan yang optimum.

Unsur-unsur penting dalam kemahiran berobjektif:


Kecekapan Ketepatan Ketekalan Cepat bertindak terhadap rangsangan

Pengelasan Kemahiran Motor

Terdapat tiga kriteria untuk membezakan kemahiran motor iaitu:


Ketepatan lakuan Ciri Pergerakan Stabiliti Persekitaran

Ketepatan Lakuan
Berdasarkan jenis atau saiz otot utama yang terlibat dalam menghasilkan pergerakan. Terbahagi kepada dua iaitu:
Kemahiran Motor Kasar Kemahiran Motor Halus.

Kemahiran Motor Kasar


Penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama dalam pergerakan. Contoh berlari, angkat berat dan menendang bola.

Kemahiran Motor Halus


Penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama dalam pergerakan. Contoh-menembak, memanah dan boling padang

Ciri Pergerakan

Cara sesuatu kemahiran itu dimulakan dan diakhiri. Dihasilkan oleh individu secara terkawal atau luar kawal. Terdapat tiga kriteria ciri pergerakan:
Kemahiran Diskrit Kemahiran Berterusan Kemahiran Siri

Kemahiran diskrit
Mempunyai titik permulaan dan titik pengakhiran yang spesifik. Melibatkan pergerakan pantas dan masa terhad. Contoh- merejam bola dalam permainan sepak takraw (dalam masa yang singkat pemain perlu melakukan kemahiran rejaman)

Kemahiran berterusan
Melibatkan pergerakan yang sama dan dilakukan berulang-ulang kali dengan titik mula dan titik akhir. Contoh- berenang atau berlari.

Kemahiran bersiri
Gabungan beberapa kemahiran diskrit yang dicantum secara bersiri. Terdapat fasa-fasa kepada pergerakan seterusnya. Contoh- lompat jauh
Fasa berlari Fasa lonjakan Fasa layangan Fasa mendarat

Stabiliti Persekitaran
Kemahiran yang berasaskan stabiliti persekitaran terbahagi kepada dua:
Kemahiran luar kawal (open motor skill) Kemahiran terkawal (closed motor skill)

Kemahiran luar kawal


Kemahiran ini dihasilkan dalam persekitaran yang berubah-ubah. Semasa melakukan kemahiran ini, pemain atau objek berada dalam keadaan bergerak. Tindakan pemain dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Contoh:
reaksi pemain badminton apabila terima hantaran bola tanggung daripada pihak lawan. Pemain ini ingin melakukan smesy tetapi dia

Kemahiran terkawal
Kemahiran ini dihasilkan dalam persekitaran yang stabil. Setiap pergerakan dikawal dan ditentukan sendiri oleh pemain. Contoh- melempar cakera.
Pemain perlu kawal corak pergerakan yang akan dihasilkan Pemain mampu menguasai teknik lemparan yang betul.

You might also like