You are on page 1of 13

HARI KOPERASI SEKOLAH PENGENALAN. Hari Koperasi Sekolah telah disambut pada 25 Jun 2012.

Sambutan diadakan bertujuan memberitahu warga sekolah dan masyarakat tentang kewujudan koperasi dan peranannya dalam usaha menyemaikan nilai dan konsep koperasi dikalangan anggota. Hari Koperasi ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada kalangan pelajar, guru, kakitangan dan masyarakat setempat. Tarikh sambutan : 25 JUN 2012

TEMA SAMBUTAN : Pembudayaan Keusahawanan 1.Antara aktiviti yang dijalankan: 1. AKTIVITI WAJIB Perhimpunan Pelajar diadakan di dalam perhimpunan mingguan bermula pukul 7.30 pagi. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,lagu sekolah dan lagu Koperasi. Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dibacakan oleh Puan Ros Anita Abd Rahman. Manakala Perutusan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula dibacakan oleh wakil pelajar iaitu saudari Nur Fatihah Mohd Nazeri. Perutusan daripada Presiden ANGKASA pula dibacakan oleh Saudari Nur Aqilah Mohd Ridzuan. Perhimpunan dirasmikan oleh Pengetua iaitu Pn Hajah Noor Aini bt Zainal Abidin. Antara intipati ucapan perasmian oleh pengetua ialah harapan agar semua anggota dapat memberi kerjasama dan sokongan padu kepada koperasi.Pengetua juga menyarankan agar sambutan hari koperasi akan terus disambut setiap tahun dan menggalakkan sumbangan idea daripada setiap anggota untuk koperasi. Dengan
1

adanya

idea

ini,

pengetua

percaya

percambahan idea ini dapat dimanfaatkan oleh Anggota Lembaga untuk memajukan Koperasi untuk kebaikan semua anggota. Antara acara dijalankan semasa perasmian ialah, persembahan daripada kelab taekwondo, choral speaking dan gimik dari kelab saintis muda. Sampul tisu khas keluaran koperasi telah diedarkan kepada anggota yang hadir tanda peringatan Hari Koperasi Sekolah pada tahun ini. Pengiktirafan telah diberikan kepada ahli koperasi yang aktif dan juga kelabkelab sekolah yang Berjaya menaikkan nama sekolah seperti kelab

taekwondo,kelab bahasa,kelab saintis muda,kelab memanah,dan kelab bola baling. Majlis diteruskan dengan menanam pokok di sekitar sekolah.Setiap kelas diberikan kawasan tertentu untuk menanam pokok sebagai pokok angkat. Penanaman pokok ini sebagai simbolik perasmian Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2012.

Pn Noor Aini binti Zainal Abidin selaku Pengetua sedang berucap dalam Majlis Perasmian Hari Koperasi Sekolah 2012

Pn Ros Anita sedang membaca perutusan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Saudari Nur Fatihah Mohd Nazeri sedang membaca perutusan daripada Presiden Angkasa.

Anggota koperasi sedang menunggu majlis bermula

Ahli Taekwando sedang membuat demonstrasi.

Persembahan choral speaking daripada pelajar Tingkatan 1

Persembahan dari Ahli Young Scientist 5

Ajk sedang mengedarkan sampul tisu kepada setiap anggota yang hadir

Saudari Nurul Najwa Ashri di anugerahkan Ahli Koperasi Terbaik 2012

Pn Hajah Noor Aini binti Zainal Abidin sedang menanam pokok

Aktiviti penanaman pokok diteruskan oleh pelajar sekolah

2.

Acara Pilihan 2.1 Aktiviti pendidikan Sempena hari koperasi ,satu seminar kepenggunaan telah diadakan. Seminar ini dikendalikan oleh kelab pengguna. Pn Roslina binti Ismail dari Sekolah Menengah Teknik Ipoh telah memberi ceramah bertajuk Bagaimana menjadi Pengguna yang Bijak. Seminar dihadiri oleh seramai 90 orang pelajar dari tingkatan 4 dan 5. Selain itu,satu pameran tentang inovasi sekolah telah diadakan .Pameran ini mendapat kerjasama persatuan sains dan matematik dan kelab saintis muda.

Puan Roslina bt Ismail Seminar Bagaimana menjadi Pengguna yang Bijak

2.2

Aktiviti ekonomi Sepanjang bulan HKS, pertandingan usahawan telah diadakan. Beberapa kumpulan syarikat kecil dibentuk dari kalangan pelajar.Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan ialah mencuci kereta,mengadakan khidmat mengajar tusyen,dan pelbagai perkhidmatan kepada warga

sekolah.Sebanyak 10 syarikat kecil telah ditubuhkan.Kemuncak aktiviti ialah mengadakan bazar jualan pada Sabtu 30 Jun 2012.Bazar jualan terbuka kepada semua warga sekolah dan ibubapa. Syarikat yang berjaya mengumpul keuntungan yang paling banyak dan paling berjaya diistihar sebagai usahawan terbaik.Sebanyak 10% daripada keuntungan diserahkan kepada tabung kebajikan sekolah.

2.3

Aktiviti Mencuci Kereta

10

Suasana di bazaar jualan

2.3.

Aktiviti Sosial dan Budaya. Pada hari Koperasi Sekolah, acara sukan antara anggota telah dianjurkan. Acara diadakan pada sebelah petang.Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola jaring,bola baling dan sukaneka. Pada hari bazar jualan pula,acara kanak-kanak juga diadakan seperti pertandingan mewarna.

11

Acara sukan pada waktu petang

Aktiviti mewarna

12

3.

Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (PPKKS) 3.1 Nutty-Notty. Koperasi Sekolah telah melaksanakan program Keusahawanan. Terdapat hanya satu kumpulan yang menjalankan projek ini. Projek tersebut merupakan penjualan alat bantu membuka tayar iaitu Nutty-Notty. Pihak koperasi telah memilih kumpulan yang menjalankan projek penjualan alat bantu membuka tayar iaitu Nutty-Noty untuk

dipertandingkan untuk program PPKKS peringkat sekolah.

Penggunaan nNutty-Notty pada tayar

13

You might also like