You are on page 1of 6

KELAB AERO PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAS

1.0

NAMA PERSATUAN / IPTA Kelab Aero Universiti Teknologi Malaysia

2.0

TUJUAN KERTAS KERJA Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan bagi menjalankan program lawatan sambil belajar ke syarikat penerbangan dan perkhidmatan, Malaysia Airlines (MAS).

3.0

PENDAHULUAN Lawatan industri merupakan salah satu proses pembelajaran yang berupaya memberikan impak yang lebih positif dan berkesan kepada para mahasiswa. MAS merupakan organisasi antarabangsa yang berasaskan kejuruteraan dan pengurusan penerbangan yang amat dikenali dan disegani pelbagai pihak.

Syarikat-syarikat ini mempunyai kepakaran pada perkhidmatan yang mereka sediakan kepada pelanggan.

Kelab Aero berasa amat berbesar hati untuk menganjurkan program ini dan berharap dapat memberi impak yang mendalam kepada peserta-peserta lawatan akademik ini.

4.0

NAMA PROGRAM Lawatan sambil belajar ke MAS

5.0

JENIS PROGRAM Ilmiah/Lawatan Sambil Belajar

6.0

MATLAMAT Untuk menambah ilmu pengetahuan dan minat mahasiswa terhadap bidang kejuruteraan aeronautic serta mendedahkan mereka ke pada ilmu pengetahuan yang menjurus kepada aspek kejuruteraan dan pengurusan penerbangan.

7.0

TEMA Menjelajah ke Dunia Industri Kejuruteraan Aeronautik dan Pengurusan Penerbangan

8.0

PENGANJUR Kelab Aero dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar.

9.0

OBJEKTIF 9.1 Mendedahkan mahasiswa dengan lebih jelas tentang perkembangan bidang Kejuruteraan Aeronautik dan Pengurusan Penerbangan di negara ini. 9.2 Mengembangkan ilmu pengetahuan dan minda mahaiswa dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan secara global. 9.3 Menanam minat yang mendalam di kalangan mahasiswa dalam bidang kejuruteraan aeronautic dan pengurusan penerbangan. 9.4 Meneruskan wawasan UTM untuk menjadi salah sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf dunia.

10.0

JUSTISIFIKASI / TUJUAN PROGRAM Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silatur rahim sesama ahli dan seterusnya mewujudkan interaksi berkesan antara ahli-ahli kelab.

11.0

TARIKH PELAKSANAAN 8 Januari 2014

12.0

TEMPAT PROGRAM MAS, Subang.

13.0

PENYERTAAN 37 orang ahli persatuan Kelab Aero

14.0

JAWATANKUASA PROGRAM Rujuk Lampiran A

15.0

TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B

16.0

RINGKASAN EKSEKUTIF Rujuk Lampiran C

17.0

PENUTUP Kelab Aero UTM berharap penganjuran program ini dapat membentuk satu generasi mahasiswa yang cenderung dan minat dalam bidang kejuruteraan aeronautik dan pengurusan penerbangan yang semakin berkembang di negara ini. Adalah diharapkan bahawa program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang kesulitan. Akhir kata, semoga program ini akan dapat menjana Universiti Teknologi Malaysia sebagai sebuah university bertaraf dunia kelak.

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PROGRAM Lawatan Sambil Belajar ke Malaysia Airlines, (MAS).

PENGARAH Mohd Zamri Bin Mhd Nasir

TIMBALAN PENGARAH Nur Fatin Binti Mohamad Idris

SETIAUSAHA Mohd Syafiq Naim Bin Mohd Zabidi

BENDAHARI Ahmad Hafizuddin Bin Ismail

KETUA UNIT KESELAMATAN Muhammad Aiman Bin Talib

KETUA UNIT PENGANGKUTAN Mohamad Hafiz Bin Shafie

KETUA UNIT DOKUMENTASI Abdul Halim Bin Abdul Hadi

KETUA UNIT PENDAFTARAN Jamilah Binti Mohd Rafi

KETUA UNIT PUBLISITI Muhammad U-zair Bin Suhud

KETUA UNIT TEKNIKAL Muhammad Haikal Bin Jamal

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

ISNIN, 02 DISEMBER 2013

MASA

AKTIVITI

0445

- Berkumpul di perhentian bas Kolej 9, UTM Skudai

0500

- Bertolak ke DCA, Subang

0900

- Tiba di MAS, Subang

0920 1230

- Lawatan bermula di MAS, Subang - Waktu rehat, makan tengahari.

1330

- Bertolak ke DCA, Subang

1400 1420

- Tiba di DCA, Subang - Lawatan bermula di DCA, Subang

1730

- Bertolak pulang ke UTM, Skudai

LAMPIRAN C

RINGKASAN EKSEKUTIF IPTA Nama Program Jenis Program Matlamat dan Objektif Program Universiti Teknologi Malaysia Lawatan Sambil Belajar Ke MAS. Ilmiah/Lawatan Sambil Belajar MATLAMAT Untuk menambah ilmu pengetahuan serta minat mahasiswa dalam bidang kejuruteraan aeronautic dan pengurusan

penerbangan. Selain itu, mendedahkan pelajar kepada ilmu pengetahuan yang menjurus kepada aspek kejuruteraan

aeronautic dan pengurusan penerbangan.

OBJEKTIF 1. Mendedahkan kepada pelajar dengan lebih jelas tentang perkembangan bidang kejuruteraan aeronautik dan pengurusan penerbangan di negara ini. 2. Mengembangkan ilmu pengetahuan dan minda siswa-siswi secara global. 3. Menanam minat yang mendalam di kalangan peserta dalam bidang kejuruteraan aeronautik dan pengurusan

penerbangan. 4. Meneruskan wawasan UTM untuk menjadi salah sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf dunia.

Anjuran Tarikh dan Tempat Bilangan Peserta

Kelab Aero dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar. 08 Januari 2014 di MAS, Subang. 37 orang ahli persatuan Kelab Aero UTM Skudai

You might also like