You are on page 1of 5

APAKAH ITU PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

PENGENALAN Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif. KONSEP PEMBESTARIAN

Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right

judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives. Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996

The smart school program will be re-modelled and its implementation fasttracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materialsdeveloped through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004

pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan modenmengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer danmengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005 SKOP PEMBESTARIAN SEKOLAH Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan: 1. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi

2. 3.

menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan

Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut: 1. 2. projek makmal Komputer Sekolah program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. rangkaian SchoolNet rancangan TV pendidikan projek Rintis Sekolah Bestari ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran mata Pelajaran yang Berasaskan ICT perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta latihan ICT Guru pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah. DASAR DAN MATLAMAT Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu: 1. 2. ICT untuk semua pelajar ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen

mata pelajaran 3. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan

Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

Persepsi Pelajar Sekolah Bestari Tentang Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu 1999 Maktab Perguruan Batu Lintang Razali bin Haji Yu razali@tm.net.my

Kajian ini cuba melihat secara umum kejayaan yang dicapai oleh sekolah bestari dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dari sudut pandangan pelajar. Tumpuan khusus ialah bahasa Melayu yang menjadi salah satu daripada empat mata pelajaran perintis dalam memperkenalkan sekolah bestari. Hasil penyelidikan yang melibatkan 190 orang pelajar dari sekolah-sekolah bestari di Sarawak menunjukkan persepsi yang positif terhadap pelaksanaan sekolah bestari.

Tujuan: 1. Mengetahui pandangan pelajar tentang pengajaran pembelajaran bahasa Melayu sekolah bestari. 2. Mengenalpasti cara pengajaran pembelajaran bahasa Melayu di sekolah bestari 3. Mengenalpasti aspek yang menarik minat dan perhatian pelajar tentang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah bestari Soalan: 1. Adakah pelajar suka terhadap perubahan yang cuba ditonjolkan melalui pengajaran pembelajaran bahasa Melayu yang berlandaskan konsep sekolah bestari? 2. Adakah perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah bestari ditonjolkan guru di bilik darkah? 3. Apakah aspek dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah bestari yang menarik minat pelajar?

Metodologi (Sampel): 1. Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah bestari di Sarawak yang dipilih secara rawak. Sekolah-sekolah berkenaan ialah SMK Three Rivers, Mukah, SMK (BM) Saratok dan Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri. Ia melibatkan pelajar kumpulan pertama diperkenalkan dengan sekolah bestari pada tahun 1998. 2. Secara kebetulan, guru yang mengajar kelas-kelas berkenaan ialah guru-guru bahasa Melayu yang telah mengikuti latihan 14 minggu sekolah bestari di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching.

Metodologi (Instrumen & Pentadbiran Kajian): Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Kajian dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diagihkan kepada pelajar-pelajar sekolah bestari secara rawak. Tumpuan khusus kajian ini ialah pelajar tingkatan satu dan empat yang belajar bahasa Melayu di sekolah bestari.

Dapatan Kajian: 1. Lebih 60% pelajar meminati pengajaran pembelajaran bahasa Melayu di sekolah bestari. 2. Perubahan-perubahan yang guru ketengahkan dalam konteks bahasa Melayu di sekolah bestari khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran telah mendapat sambutan yang amat positif. 3. Aspek yang paling diminati ialah iklim pembelajaran yang banyak memberi keluwesan, bahan yang mencabar dan berarahan kendiri yang jelas, guru yang dedikasi dan kreatif dan pengenalan kepada teknologi maklumat.

Cadangan: 1. Guru bestari harus diberi latihan yang secukupnya untuk memahami keseluruhan konsep pedagogi yang menjadi tunjang sekolah bestari. 2. Sebagai seorang guru, kita harus memberi keluwesan dalam banyak perkara kepada pelajar dan berikan mereka peranan yang mencabar serta galakkan mereka berfikir. 3. Sekolah bestari harus mempunyai iklim pembelajaran yang sesuai dengan ruang dan peluang untuk mendapatkan maklumat yang lebih terbuka dan pelbagai. Kemudahan teknologi yang mencukupi termasuk teknologi maklumat harus diambilkira oleh pihak pengurusan sekolah. Website: http://devadason.tripod.com/research/1999_04_Razali.html

https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:PyBOAU4vkfIJ:www.jurnalteknologi.utm.my /index.php/jurnalteknologi/article/download/724/709+kajian+sekolah+bestari&hl=en&gl=my &pid=bl&srcid=ADGEESgju7Hx05um8YaCfyAUJ5jrzYOVGHh26Zgduy_AD_O0N5KlKbJIwE_nmAK1MY8vmIfdY0VBVSBw3AU2 wvGS6jdKLqPwhG4asQcmKuOJ9XKtf13Y6fib86H3vNIqdsaC6nvYc9&sig=AHIEtbRH8S3WIzHS7qcOEhjvQNTVEZ9e_g

You might also like