You are on page 1of 6

PENGENALAN 1885-1905 Post impressionism bergerak dari Perancis.

s. Post- Impresionisme bukanlah sebuah kumpulan seni lukis yang terancang, tetapi merupakan satu istilah yang digunakan untuk menamakan sekumpulan pelukis yang aktif berkarya pada abad ke-19 di Paris. Pada dasarnya, tetapi mereka itu merupakan merasakan pelukis-pelukis prinsip-prinsip

impresionis,

kemudiannya

Impresionisme terlalu sempit dan terhad. Istilah Post-Impresionisme telah diberikan oleh pelukis dan pengkritik seni Inggeris Roger Fry pada 1910. Paul Cezanne, Georges seurat, Paul Gauguin adalah antara pelukis yang berasal dari Perancis kecuali Van Gogh dan kebanyakan mereka adalah bermula sebagai impressionist. Mmenegaskan kesan figutif warna dan cahaya. Fry telah ke Perancis mengumpulkan karya-karya Cezanne, Gaugin, Van Gogh, Seurat dan Matisse untuk dipamerkan di galeri seni di London. Beliau menamakan pameran tersebut Post-Impresionisme. Selain bermaksud pelukis-pelukis yang datang selepas Impresionisme, Fry dalam catalog pameran menjelaskan yang Post-Impresionis adalah pelukis yang tidak meniru bentuk; tidak meniru sesuatu yang hidup , tetapi mencari persamaan (seni) kepada yang hidup. Mereka membuat imej secara logic dan bernas, berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan kita, seperti juga benda-benda dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti kita.

2 PRINSIP POST-IMPRESIONISME 1. Minat terhadap kekukuhan bentuk, sebagaimana yang terdapat dalam karya-karya Cezanne dan Seurat. Ini mempengaruhi banyak aliran dan gaya seni pada abad ke-20 seperti kubisme, De Stijl dan Seni Abstrak. 2. Minat untuk menggunakan warna, garisan dan corak secara ekspresif dan simbolik seperti dalam karya-karya Van Gogh dan Gaugin. Ini melahirkan Ekspresionisme dan Surealisme.

TEKNIK Aliran ini adalah lanjutan daripada aliran impressionisme yang memilih perkara di persekitaran mereka sebagai hal benda. Bagaimanapun, ia mengadunkan eleman saintifik dan kajian analitikal terhadap warna dan cahaya. Ia lebih kepada warna-warna simbolik, terang dan tidak begitu neutral. warna diaplikasikan secara pertindihan, kombinasi beberapa warna. Teknik ini digunakan untuk menghasilkan warna ilusi kepada audian yg lihat. Sebagai contoh: Teknik yang digunakan oleh Georges Seurat dalam A Sunday Afternoon On The Island Of A La Grande Jatte. Kalau Impressionisme pelukisnya menggunakan teknik yang serupa kapada tema ringan serta komited dengan tema sosial. Hal ini telah mempengaruhi aliran Kubisme dan Ekspresionisme. Ia juga dibawa dari Perancis pada tahun 1884. Pelukis menggunakan semua warna termasuk warna hitam. Hal benda yang telah diubah akan diabadikan.

GAYA SENI Tempoh post impressionism di cipta oleh pengkritik seni inggeris iaitu Roger Fry. Paul cezanne, georges seurat, paul gauguin adalah orang perancis kecuali Van Gogh. Antara pelukis lain ialah Henry de toulouse-lautrec, camille pissarro, Henry rousseau. Kebanyakan daripada mereka bermula sebagai impressionists. Dimana segala hasil karya telah menerima kritikan yang hebat kerana menggunakan teknik dimana mereka merakamkan imej dengan mementingkan rakaman cahaya dan campuran warna yang menggambarkan kesan cahaya yang jatuh pada sesuatu imej yang dilukis.. Kemudian semasa aliran post impressionism, Gauguin bersama pelukis muda yang bernama Emile Bernard telah bersama-sama mencari kebenaran yang lebih mudah dan keindahan yang lebih tulen dalam seni. Dia bersama Emile mengkaji warna buram, garis berat dan kualiti berhias kaca berwarna dan manuskrip kuno pencahayaan. Mereka menjelajah dan mengkaji dengan bersungguh-sungguh dengan penuh perasaan tentang warna tulen dan garis. Gauguin menggunakan warna eksotik dan rasa keharmonian untuk mencipta puitis tahitians. Dari brushstrokes dia telah

menggunakan baris-baris yang berlengkok2 serta warna yang bertenaga ke dalam catannya (berbanding pada masa

impressionisme). Gauguin mewarna dengan penuh perasaan dan menggunakan warna yang bertenaga dan banyak menghasilkan catannya dalam bentuk lanskap semula jadi.

PELUKIS-PELUKIS POST-IMPRESIONISME

Paul Cezanne
Cezanne menegaskan bahawa kesemua bentuk terbahagi kepada tiga kategori asas iaitu kun, silinder dan sfera. Dalam karyakaryanya, tidak kira landskap, figura mahupun alam benda, Cezanne memberi tumpuan kepada persoalan bentuk. Justeru itu, imej-imej figuranya kelihatan padu dan berstruktur bagaikan arca. Kesan ini dicapai menerusi sapuan-sapuan warnanya yang tebal menerusi teknik Impasto. Pegangan Cezanne terhadap persoalan bentuk lebih ketara dalam catan-catan alam bendanya. Di samping itu, dalam lanskap seperti siri Mt. St. Victoire, para penghayat dapat mengesan perubahan stail yang agak naturalistic kepada yang bersifat semi-mujarad. Bentuk-bentuk bersegi-segi (geometrik) terjelma dan ini telah memberi ilham kepada tercetusnya aliran Kubisme yang

dipelopori Picasso dan Braque pada awal abad ke-20. Contoh-contoh karya 1. Self- Portrait (1879) 2. Mont St. Victoire (1886-88) 3. Still Life With Apples And Oranges (1895-1900) 4. The Bathers (1898-1905)

Georges Seurat
Seurat menghasilkan karyanya dengan mengkaji teori-teori warna secara saintifik. Beliau menggunakan sapuan-sapuan berus yang halus seperti titik warna yang ditindan-tindan dan diatur sebelah menyebelah. Gaya ini dikenali juga sebagai Neo-Impresionisme, Divisionisme atau Pointilisme. Seperti para impresionis yang menggambarkan landskap seperti serta panorama kehidupan kota, Seurat juga banyak

merakamkan suasana

sedemikian, seperti gaya

hidup golongan

pertengahan di Paris yang bersiar-siar di pantai pada hujung minggu. Ini secara tidak langsung menggambarkan subjek-subjek baru serta

kecenderungan terhadap kemodenan menjelang abad baru. Contoh-contoh karya 1. Bathers (1884-85) 2. Sunday Afternoon On The Island Of La Grande Jatte (1884-1886) 3. The Eiffel Tower (1889)

Paul Gauguin
Gauguin banyak menimba aspirasi daripada kesenian oriental dan seni masyarakat peribumi. Bentuk-bentuk dalam karyanya bersifat papar dengan penggunaan warna yang dekoratif sebagai suatu kaedah meluahkan emosi. Contoh-contoh karya 1. Vision After The Sermon (1888) 2. The Spirit Of The Dead Watching (1892)

Van Gogh
Seperti Gauguin, beliau ingin meluahkan emosi menerusi seni lukis. Ini dihasilkan menerusi warna yang simbolik dan sapuan berus yang tertentu. Karya-karya Van Gogh, terutamanya potret diri seakan-akan menjelmakan nilai-nilai psikologi yang kuat. Unsur-unsur kecemasan malah kesunyian terjelma menerusi ekspresi wajah serta sapuan-sapuan berus yang berlingkaran dan berpusaran. Gauguin dan Van Gogh banyak memberi inspirasi hingga tercetusnya Ekpresionisme. Contoh-contoh karya 1. Sunflowers (1886) 2. Self-Portrait (1889) 3. Starry Night (1889) 4. Corn Field And Cypress Trees (1889)

Henri De Toulousse-Lautrec
Lautrec banyak menggambarkan suasana kelab malam, teater, caf, restoran, dan rumah pelacuran dalam karya-karyanya. Di antara cirri-ciri utama dalam karya-karya beliau itu ialah penggunaan garis luaran yang

kuat serta warna papar dalam pembentukan imej serta figuradan suasana persekitaran. Karya-karya Lautrec mengingatkan penghayat kepada seni grafik khususnya seni poster, serta menjelmakan pengaruh seni cetakan kayu Jepun (Ukiyo-e) yang kuat. Dalam kesenian Jepun itu, garis luaran memberi kekukuhan pada imej yang lazimnya melukiskan gambaran kehidupan kota masyarakat Jepun, seperti para geisha, pelakon teater dan drama. Contoh-contoh karya 1. At The Moulin Rouge(1892) 2. Yvette Guilbert Taking A Curtain Call (1894)

Edvard Munch
Seorang pelukis berbangsa Norway, ciri-ciri ketegangan, ketakutan dan hysteria diadunnya dalam karya-karya yang berkaitan dengan

persoalan-persoalan seks, kematian dan kesunyian. Munch terpengaruh dengan karya-karya Van Gogh, Gauguin dan Lautrec. Warna

digunakannya untuk meluahkan perasaan dan gayanya itu kemudiannya mempengaruhi pelukis-pelukis ekspresionis Jerman pada abad ke-20. Contoh-contoh karya 1. the scream (1893) 2. the dance of life (1899)

You might also like