You are on page 1of 3

TANAMAN CILI Cara menanam cili

Pertama sekali kita perlulah mencari tapak. Tapak tanaman adalah kriteria yang wajib ada sebelum melakukan sebarang aktiviti penanaman atau pertanian. antara ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap tapak adalah: - agak luas/tidak terlalu sempit - segi empat sama atau petak memanjang, bengkang-bengkok adalah dilarang kerana akan menyukarkan aktiviti penanaman. - mestilah tidak terlindung dari cahaya matahari. - tidak mudah ditenggelami/dinaiki air, pastikan semua saliran berfungsi dengan baik. - tidak terdedah dengan haiwan perosak tanaman seperti musang, kambing, lembu dan sebagainya. - berdekatan dengan jalan - mudah mendapat bekalan air dan elektrik - persekitaran yang bersih bagi mengelakkan gangguan serangga yang melampau.

Penyediaan Tapak: Di Ladang Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan. (sumber jabatan pertanian) Dalam Polibeg/Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan cocopeat, isikan cocopeat kedalam polibeg. gunakan cocopeat 100%. ATAU Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

Menanam:
1.

Di Ladang Apabila Anak benih mencapai umur 6 minggu sudah boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris. (sumber jabatan pertanian) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Anak pokok boleh diubah selepas 4 minggu disemai di tray. Setiap pasu atau polibeg perlu diisi dengan satu/dua pokok sahaja, tetapi saya cuma mengesyorkan 1 pokok bagi 1 polybag sahaja. Jarak bagi pokok adalah 90cm diantara pokok dan 1.2meter diantara garisan. MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting. Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

2.

PENJAGAAN: Menyiram Di Ladang - Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan. Di polibeg/pasu - gunakan timer pada pam air supaya penyiraman lebih efisen/teratur. siraman perlu dilakukan 5 kali sehari. Membaja 1. Di Ladang Tabur baja NPK Blue Special (12:12: 17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu. 2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu. 3. Dalam Polibeg

Gunakan baja cecair A+B sepanjang penanam cili, baja A+B boleh dibeli di kedai baja pertanian.

MEMUNGUT HASIL Sudah pastinya memungut hasil adalah detik yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penanam.

(1)

Di Ladang

Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg. Cili HIjau Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00. Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00. Cili Merah Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00. Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00 (2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok. Cili boleh dipetik selang sehari.

Di mana ada usaha , di situ ada kejayaan.

You might also like