You are on page 1of 5

Idaan adalah etnik yang menetap terutamanya di

sekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur


Sabah. Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 , etnik ini memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur di kawasan penempatan mereka.

Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat.

Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima


Islam pada awal kurun ke-13. Kedatangan Islam dalam kaum Bisaya adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak

pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan


mereka sehari-harian.

Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung

Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung


Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran.

You might also like