You are on page 1of 4

Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa.

Bentuk ialah objek tiga dimensi yang mempunyai nilai kecekungan atau kecembungan yang tertentu. Bentuk mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri iaitu keluasan, ketinggian, kelebaran ketebalan dan jisim serta lebih dari satu permukaan. Bentuk adalah satu kawasan yang menonjol keluar daripada ruang. Bentuk mengisi ruang dan menetap di dalamnya. Bentuk terhasil akibat perbezaan dari segi ton, warna, garisan, jalinan, saiz atau bahan. Bentuk juga boleh dihasilkan dengan menambahkan form. Bentuk mempunyai perhubungan yang rapat kesan bayangan dan cahaya. Rangka bentuk akan dihasilkan dengan gambaran yang menunjukan tanda mainan cahaya di atas permukaan bentuk. Sinaran dari satu punca cahaya akan jatuh ke atas sesebuah bentuk mengikut rangkanya. Biasanya permukaan yang dekat pada cahaya akan kelihatan lebih cerah. Form sesuatu bentuk dapat diwujudkan dengan menggunakan kesan nilai yang terang.

Ciri-Ciri Bentuk
a) Bentuk Dua dimensi Mempunyai ciri-ciri jalinan, garisan, warna dan ruang untuk menimbulkan ilusi dalam karya dan menjadikan imej yang terbentuk kelihatan realistik. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi : i)Bentuk Geometri

ii)Bentuk Abstrak

iii)Bentuk Gambaran

b) Bentuk Tiga Dimensi Mempunyai ciri-ciri isi padu,panjang,kelebaran sifat-sifat fizikal yang lengkap. Bentuk tiga dimensi dibahagikan kepada dua kategori : i) Bentuk tiga dimensi sebenar -bahan sebenar yang mempunyai dimensi tinggi, lebar, panjang. Contohnya meja, kerusi dan sebagainya.

ii) Bentuk tiga dimensi tiruan -bentuk dua dimensi yang dimasukkan elemen bayang, garisan dan sebagainya. Contohnya gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.

Jenis-Jenis Bentuk
a)Bentuk konkrit (padu)

Ialah bentuk objek yang sebenar dan bersifat tiga dimensi. Ia dapat dilihat, disentuh dan dirasa. Ia terdiri daripada objek-objek yang maujud. Antara karya seni berbentuk konkrit ialah arca, tembikar dan anyaman.

b)Bentuk Ilusi

Bentuk ilusi ialah bertuk yang bersifat dua dimensi iaitu karya yang direka di atas permukaan rata seperti gambar,lukisan,catan dan cetakan. Ia hanya dapat dilihat dan tidak dapat dirasa dengan deria sentuh. Bentuk ilusi yang sama rata apabila disentuh juga disebut bentuk maya kerana dicipta melalui penggunaan unsur-unsur seni yang menimbulkan gambaran ilusi. Bentuk ilusi menimbulkan kesan psikologi kepada penghayat seni. Ruang maya yang wujud pada minda memberi gambaran menarik untuk dihayati.Bentuk ilusi memberikan kesan memdalam.

c)Bentuk Manusia Melukis bentuk manusia memerlukan pemerhatian yang tajam dan latihan yang tekun.Untuk mencapai taraf kesempurnaan dalam bentuk lukisan ini, gerak-geri, penyataan muka, bahagian tangan dan kaki orang yang hendak dilukis haruslah dititik berat. Setiap bahagian bentuk tubuh manusia mempunyai ukuran saiz yang tertentu.Pengetahuan anatomi manusia penting untuk melukis bentuk badan manusia.Anatomi manusia boleh dibahagikan kepada nisbah tertentu iaitu biasanya menggunakan (8)unit untuk lelaki dan tujuh setengah untuk perempuan(7)unit untuk perempuan. Kadar terpilih adalah menurut seperti menurut unit-unit berikut : a)Kepala-1 unit b)Badan-2 unit c)Kepala ke lutut-5 unit d)Kepala ke tapak kaki-7 unit

You might also like