You are on page 1of 22

KESIHATAN SEKOLAH

Pengenalan

Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dijalankan sejak tahun 1967 sebagai program bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1995, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memperkenalkan konsep Health Promoting School (HPS) berlandaskan kepada Piagam Ottawa.

Satu kata putus telah diambil iaitu memberi nafas baru kepada RKS yang sedia ada berpandukan konsep HPS yang diubahsuaikan mengikut keperluan kita. Lalu wujudlah apa yang dipanggil Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan pada 22 September 1997. Strategi dan aktiviti PBSS telah diolah bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan warga sekolah yang sihat dalam persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah menuju Wawasan 2020.

Teras Utama PBSS

Polisi Kesihatan Sekolah Persekitaran Fizikal Sekolah yang Sihat dan Selamat Persekitaran Sosial Sekolah yang Sihat dan Selamat Penglibatan Komuniti Kemahiran Kesihatan Diri Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Misi PBSS

Melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang sihat, selamat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Visi PBSS

Memastikan agar setiap sekolah dapat: 1. Menetapkan polisi kesihatan sekolah 2. Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat. 3. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat. 4. Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah.

5. Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan kesihatan yang baik agar setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. 6. Menyediakan perkhidmatan kesihatan sekolah dari aspek: Penilaian taraf kesihatan murid Khidmat rawatan (termasuk rawatan kecemasan), rujukan, bimbingan dan kaunseling. Pengawalan dan pencegahan kejadian penyakit. Mengenalpasti, merujuk dan membantu dalam penempatan kanak-kanak kurang upaya.

Perkhidmatan Kesihatan di Bawah PBSS Untuk Warga Sekolah

Menilai status kesihatan murid Memberi khidmat rawatan dan rujukan Memberi bimbingan dan kaunseling kesihatan Memberi penjagaan/rawatan kecemasan Mencegah dan mengawal kejadian penyakit Membantu penempatan kanak-kanak kurangupaya

Jawatankuasa PBSS
Jawatankuasa terdiri dari semua peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan. Manakala antara fungsi Jawatankuasa PBSS Menetapkan kenyataan polisi kesihatan Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan Membuat pemantauan dan penilaian Menyediakan laporan

Aktiviti Utama PBSS

Penilaian dan pemeriksaan fizikal Memberi imunisasi Mempromosikan kesihatan Memberi rawatan dan khidmat nasihat Membuat rujukan dan tindaksusul pelajar Menguruskan rekod dan reten / laporan bulanan /tahunan. Menjalankan projek khas Memantau kejadian morbiditi dikalangan wargasekolah

Penilaian dan pemeriksaan fizikal

Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. Antara aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan adalah: Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibubapa atau penjaga untuk Pemeriksaan kesihatan dan imunisasi murid.

Penilaian dan pemeriksaan fizikal

Rekod Kesihatan Murid hendaklah sentiasa dikemaskini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah murid tersebut tamat Tahun 6. Sekiranya seseorang murid itu bertukar sekolah, buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baru. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan. Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan5. Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.

Memberi imunisasi

Program imunisasi bagi bagi sekolah rendah dan menengah merangkumi BCG ( dos tambahan), difteria, polio, tetanus dan rubella.

Mempromosikan kesihatan

Aktiviti Pendidikan Kesihatan meliputi: Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal. Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalangan warga sekolah. Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

Memberi rawatan dan khidmat nasihat

Setiap sekolah hendaklah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih.

Membuat rujukan dan tindak susulan pelajar

Aktiviti rujukan dan tindakan susulan meliputi: Pemerhatian danrawatan awal terhadap kes yang dirujuk. Tindakan susulan olehguru, jururawat atau pegawai perubatan terhadap kes yangdirujuk.

Menguruskan rekod dan reten / laporan bulanan /tahunan

Menjalankan projek khas

Memantau kejadian morbiditi dikalangan wargasekolah


Aktiviti pemantauandan penilaian meliputi: Pemeriksaan status kesihatan Peratus murid yang diperiksa oleh jururawat dan doktor. Kadar pengesanan cacat penglihatan Liputan imunisasi Kadar kejadian penyakit Rujukan dan tindakan susulan Bilangan kes dirujuk Bilangan kes keciciran daripada kes rujukan

Tanggungjawap PPP Dalam Program Kesihatan Sekolah.

Melakukan penilaian status kesihatan yang meliputi pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menetukan tehap kesihatan murid sekolah. Membuat pengesanan awal bagi kanakkanak keperluan khas. Merujuk kes kepada Pegawai Kesihatan/ Pakar Kesihatan Keluarga untuk tindakan susulan.

Tanggungjawap PPP Dalam Program Kesihatan Sekolah.

Memberi khidmat nasihat kesihatan kepada warga sekolah seperti pemakanan dan cara hidup yang sihat. Melatih guru dan murid dalam bidang pertolongan cemas. Membantu dalam mempromosikan kesihatan melalui pameran dan hari kesihatan sekolah. Membantu mengawal penyakit berjangkit di kalangan murid sekolah.

Tanggungjawap PPP Dalam Program Kesihatan Sekolah

Membuat penyelidikan, kajian epidemiologi, serta menyediakan data dan laporan berkaitan kesihatan murid sekolah.

You might also like