You are on page 1of 1

MAKNA LEKSIKAL Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata.

Makna leksikal atau kata merupakan subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna lesikal, iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut. Menurut John T. Jensen (1990:16).beliau menganggap leksikon hanya sebagi suatu senarai tentang apa yang tidak diramalkan tentang morfem salam sesuatu bahasa, dalam organnisasi dalaman terutamanya berdasarkan anggapan Bloomfield (1993:274) bahawa leksikon sebenarnya adalah hamparan tatabahasa,iaitu suatu senarai tentang ketaklanaran yang asas. Contoh makna leksikal rumah ialah sejenis tempat tinggal. Penjelasan ayat:. Rumahnya besar dan cantik. Rumah sukan saya ialah rumah biru. Dalam ayat (2) rumah tidak membawa makna leksikal lagi, tetapi sebaliknya membawa membawa makna kumpulan atau pasukan Perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarianmemiliki makna lesikal , kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,ber+, ber+....+an(...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna lesikal melainkan memiliki makna gramatis. Walaubagaimana pun, apabila imbuhan tersebut digabungkan dengan kata dasar maka ia memberi makna pada kata dasar tersebut.

You might also like