You are on page 1of 24

BAB 3

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

3.1 Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan Di Tanah Melayu British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis yang besar pada akhir kurun ke-19. Negara-negara di Asia Tenggara yang kaya engan hasil buminya telah menjadi tumpuan kepada kuasa-kuasa besar Eropah seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia. Perancis berminat dengan Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk membinaSegentingKra yang akan mengancam perdagangan British di Singapore. Jerman berminat untuk mengambil Pulau Langkawi manakala Amerika Syarikat pula ingin mendapatkan Terengganu dan Rusia berhasrat untuk menduduki Ujung Salang.

Peta negeri-negeri melayu tidak bersekutu

Contohnya, Sultan Terengganu telah menerima Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang dan Sultan Kelantan telah memberikan konsesi tanah seluas776 966 hektar kepada Duff Development Company. British kemudiannya telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Siam yang dinamakan Perjanjian Pengisytiharan British-Siam pada tahun 1902. . Perjanjian ini menyatakan bahawa Negeri-Negeri Melayu Utara diletakkan dibawah naungan Siam dan British akan meletakkan beberapa wakilnya di sana sebagai penasihat sultan. Penasihat sultan ini ialah Meadowe Frost di Kedah, W.A.Graham di Kelantan, H.E.Duke diPerlis. Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 pula telah memberikan NegeriNegeri Melayu Utara kepada British. Raja-raja Melayu tidak berunding dengan British mengenai perjanjian ini lalu terpaksa mengakuinya.

Perjanjian Bangkok 1909


Antara syarat perjanjian ialah : 1. Siam menyerahkan negeri Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu kepada British 2. Siam tidak akan menyewakan mama-mana wilayahnya tanpa kebenaran British 3. British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam.

3.2 Penasihat british mengancam kedaulatan negeri-negeri Melayu Utara

Penasihat British di Kedah

Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf perjianjian Bangkok dan baginda enggan menerima Penasihat British Walau bagaimanapun, British tetap melantik George Maxwell sebagai Penasihat British pada tahun 1910. George Maxwell mengambil langkah mengukuhkan kuasa dengan menyerapkan sistem pentadbiran Barat dalam pentadbiran Kedah. Tindakan beliau menimbulkan konflik dengan anggota Majlis Meyuarat Negeri yang dipimpin oleh Tunku Mahmud.

Usaha Tunku Mahmud mengekalkan identiti negeri Kedah.

Usaha George Maxwell menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran Kedah.

Menggunakan bahasa melayu dalam penulisan surat rasmi dan perundangan. Surat rasmi tidak perlu ditapis. Penggunaan kalendar Hijrah. Cuti umum pada hari jumaat. Keutamaan melantik orang melayu dalam pentadbiran.

Menggunakan bahasa inggeris dalam penulisan surat rasmi dan perundangan. Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British. Penggunaan kalendar Masihi. Cuti umum pada hari ahad. Pelantikan pegawai British dalam pentadbiran kedah.

Tunku Mahmud telah berjaya mengekalkan identiti negeri Kedah melalui tindakan mahkamah.beliau menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack di kediamannya.

Penasihat British di Pelis

Raja Shed Alwi membantah tinddakan Siam menyerahkan negeri baginda kepada British. Kapten Meadowe Frost telah dilantik sebagai Penasihat british. Beliau juga menguasai jabatan Kewangan sebagai strategi untuk menguasai pentadbiran Perlis.

Penasihat British di Kelantan

Pada tahun 1910,Sultan Muhammad iv terpaksa menandatangani perjanjian dengan British bagi menempatkan Penasihat Britishdi Kelantan. J.S. Mason telah dilantik sebagai Penasihat British. Pada tahun 1915, kuasa mentadbir jajahan telah di ambil alih oleh Pegawai British.

Sultan Zainal Abidin lll tidak mengiktiraf perjanjian Bangkok dan telah menolak Pelantikan British di Terengganu. Namun demikian, pihak British tetap melantik W.L Conlay sebagai wakil British pada tahun 1910. Pada tahun1911,Sultan Zainal Abidin lll telah menggubal perlembangan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu bagi memelihara kedaulatan dan kemerdekaan terengganu. Sultan Zainal Abidin mangkat pada tahun 1918 dan digantikan oleh Sultan Muhammad ll.

Penasihat British di Terengganu

Langkah British Mengukuhkan Kuasa di Negeri-Negeri Melayu 1897 Perjanjian Sulit British-Siam 1902 Perjanjian Pengisytiharan British-Siam 1910 British menempatkan Penasihat British di Kedah,Pelis dan Kelantan

1909 Perjanjian Bangkok

1919 British menempatkan Penasihat British di Terengganu

3.3 Pemodenan Johor


Melambatkan Campur Tangan British

Temenggung Daeng Ibrahim Pemimpin berwibawa (1825-1826)


Daeng Ibrahim menjadi Temenggung Johor dan menggantikan ayahandanya Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1825. Pada tahun 1855,perjanjian persahabatan telah ditandatangani antara Temenggung Ibrahim dengan Sultan Ali. Erjanjian itu telah membetri kuasa kepada Temenggung ibrahim menjadi pemerintah Johor kecuali di Wilayah Kesang.

Persetiaan antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim pada Mac 1855
Antara syarat persetiaan ialah : 1. Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran itu tidak boleh diwariskan kepada keturunan baginda. 2. Kawasan pemerintahan baginda adalah di Wilayah Kesang.

Sultan Abu Bakar menaiki takhta kerajaan Johor selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1862. Sultan Abu Bakar telah memodenkan pentadbiran Johor dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya. Bagi menjamin keamanan negeri Johor, pasukan polisdan tentera telah ditubuhkan. Baginda meneruskan Sistem Kangcu untuk memantapkan ekonomi negeri Johor. Melalui perjanjian 1885, Johor diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi.

Muka hadapan undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Undang-undang ini merupakan perlembangan bertulis yang pertama dan menjadi asas kepada pembentukan institusi Raja Berpelembangan di negara kita.

Pemimpin yang berwibawa

Pembangunan dan pemodenan Johor wujud disebabkan adanya persepakatan antara sultan dengan pembesar. Beberapa pemimpin terkemuka Johor seperti Dato Abdul Rahman bin Andak, Dato Jaafar bin Muhammad,Dato Muhammad Salleh bin Perang dan Dato Muhammad Ibrahim Munsyi telah memainkan peranan masing-masing dengan berkesan untuk memajukan Johor. Kepintaran mereka dalam menjalankan pentadbiran menyebabkan British tidak mempunyai alasan untuk campur tangan.

Dato Jaafar bin Muhammad adalah Setiausaha kerajaan Johor yang pertama(1868) dan juga Menteri Besar yang pertama(1882-1919). Beliau juga digelar sebagai Datuk Bentara. Beliau telah mewajibkan semua pegawai British yang berkhidmat di Johor memakai pakaian rasmi kerajaan Johor.demi menjaga maruah dan kedaulatan negeri, saya mengarahkan bendera Union Jack iaitu bendera British dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor. Bagi mempertabatkan bahasa Melayu, penggunaan bahasa ini dalam penulisan suratrasmi ke pejabat kerajaan diwajibkan.

Dato Abdul Rahman bin Andak

Dato Abdul Rahman bin Andak adalah setiausaha Sultan Johor(1885) dan setiausaha kerajaan Johor(1893)-(1909). Beliau dianugerahi gelaran Dato Seri Amar Diraja dan berperanan dalam hal ehwal hubungan luar negeri. Beliau bertanggungjawab mengawal hubungan Johor dengan British. Beliau lah perintis kepada Penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888 yang merupakan badan persuratan terulung di tanah air pada masa itu .

Dato Muhammad Salleh bin Perang

Dato Muhammad Salleh bin Perang telah memegang beberapa jawatan dalam pentadbiran kerajaan seperti Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah. Sebagai Pesuruhjaya Polis , beliau bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan negeri Johor. Beliau telah melukis peta pembangunan negeri Johor yang menunjukkan semua jalan dan bandar akan dimajukan. Ini memudahkan perancangan pembangunan seperti di Muar,Endau, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat.

Dato Muhammad Ibrahim Munsyi


Sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada tahumn 1883. Beliau telah mendirikan banyak sekolah dan mendesak supaya pendidikan diwajibkan kepada semua rakyat Johor. Saya dianugerahi gelaran Dato Bentara Dalam dan digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor. Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri yang pertama pada tahun 1893 .

Didediakan oleh :

Mas ayu bt ahmad Tan saw hun


( happy always)

You might also like