You are on page 1of 1

assalamualaikum w.t.

b, untuk pengetahuan semua warga IPG KPI, ITC GEN 9 dengan kerjasama MTEN dan Biro Dakwah JPP 2014 akan melancarkan satu program iaitu Oh Kakiku Auratku! Kita semua sedia maklum bahawa aurat bagi muslimat ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Akan tetapi bahagian kaki sering diabaikan segilintir muslimat yang gemar berfesyen seiring dengan aliran fesyen moden sehingga melupakan perintah Allah yang wajib. Dengan adanya program sebegini, insyaallah kaum muslimat akan terhindar daripada pandangan maksiat seterusnya menjaga kehormatan diri. Untuk makluman semua, kami telah membekalkan sebanyak 100 unit stokin sepanjang program ini berlangsung. Justeru, program ini diadakan khas untuk menyedarkan masyarakat luar tentang syariat Islam disamping melahirkan warga IPG KPI yang sentiasa memberi sumbangan demi kebaikan umat Islam. Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk : 1. Melahirkan sifat suka bersedekah dalam diri masyarakat demi membantu individu yang kurang berkemampuan 2. Selain itu juga, ianya bertujuan untuk menarik anak-anak muda supaya tertarik untuk lebih mendekati, meminati serta memahami ajaran islam dengan baik. Sasaran kami ialah semua warga IPG KPI yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, staf dan ahli keluarganya serta masyarakat Bandar Baru Bangi. Projek kami ini mempunyai dua fasa yang mana fasa pertama kami akan sasarkan dalam IPG KPI, kemudian fasa yang kedua kami akan laksanakan kepada masyarakat luar khususnya di sekitar Bandar Baru Bangi. Untuk fasa pertama ini, kami akan membuka gerai yang bertempat di dataran HEP. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan RM5 sebagai wakaf, bolehlah berkunjung ke gerai kami. Bagi fasa yang kedua kami akan mengedarkan stokin yang telah diwakafkan kepada masyarakat luar secara percuma. Kesimpulannya, semoga program yang kita adakan ini berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan Allah seterusnya dapat menjaga kehormatan dan pandangan kaum muslimat dan juga muslimat. Sekian terima kasih.

You might also like