You are on page 1of 1

ISU KEHAMILAN PENDARAHAN - DALAM TEMPOH KEHAMILAN Pendarahan dalam tempoh kehamilan merujuk kepada pendarahan yang keluar

menerusi faraj (vagina) semasa mengandung. Walaupun anda tidak perlu rasa takut dan keliru bila darah keluar ketika sedang hamil, jangan sekali-kali mengambil mudah. Beri perhatian serius dan perhatikan simptom yang timbul bersama, seperti kemungkinan krem. Adalah penting bagi anda untuk memahami sebab-sebab timbul pendarahan ketika hamil. Anda juga wajar segera menemui doktor, pengamal berpengalaman atau ke hospital supaya nasihat yang wajar dapat diberikan. Pendarahan semasa mengandung ini selalunya terjadi dalam trimester pertama kehamilan, tetapi biasanya anda masih boleh terus mengalami kehamilan yang normal sehingga bersalin. Keguguran biasanya menjadi faktor utama yang lazim kepada pendarahan ketika hamil. Ini bermakna kalau anda mengalami pendarahan dalam tempoh yang dimaksudkan di atas, ada kemungkinan ia menjadi tanda kepada keguguran. . Ada sumber memaklumkan bahawa 50% daripada mereka yang mengalami pendarahan vagina mungkin akan mengalami keguguran. Walaupun dilaporkan 15-20 % kehamilan membawa kepada keguguran, tidaklah ini bermakna bila darah keluar melalui faraj mesti membawa kepada keguguran.

You might also like