You are on page 1of 5

PUISI PEGANGAN ADAT

OLEH KUMPULAN 2

Adalah saya bak kata orang, kok ibarat umur baru bertukar muda, pendapatan pun belum ada, pandangan pun belum banyak, pengalaman pun belum jauh, PUISI PEGANGAN ADAT kok darah belum setampuk pinang, kok jalan kurang pasa, kalau begitu kedatangan saya ini, inda.

Pengenalan puisi

Teromba merupakan salah satu puisi yang tergolong dalam puisi tradisional melayu. merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. dikenali juga sebagai puisi adat berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau. Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri Sembilan yang melahirkan dan mengamalkan Adat Perpatih. Oleh itu teromba yang ditulis merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai puisi adat.

Secara ringkas teromba berfungsi memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang-undang dibentuk, membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni, mengekal norma yang tertentu di dalam masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak turun-temurun.

Sinopsis Puisi

Pepatah tersebut menyatakan bahawa kerana pusaka sawah ladang, hutan dan tanah merupakan daerah milik bagi seorang penghulu tempat dan hidup suku yang dipimpinnya.

Kalau pusaka tersebut sudah terjual, sukunya akan berpindah ke suku lain dengan pindahnya hak milik yang menjadi wilayah tersebut. Walaupun pada lahirnya pusaka tersebut masih tetap pada tempatnya semula.
Amanah orang tua akan hilang dan bangsa yang terdiri daripada kaum yang berkembang di tanah tersebut juga akan kehilangan daerahnya. Daripada penerangan maksud teromba di atas, jelas dilihat bahawa masyarakat Minangkabau menggunakan puisi melayu iaitu teromba sebagai agen pesanan kepada anak cucu kaum tersebut.

You might also like