You are on page 1of 3

Soalan perbincangan

Soalan 1. moden Permodenan Meiji pada tahun 1868 merupakan suatu peristiwa yang penting dalam sejarah Jepun. Tumpuan utamanya ialah untuk mengembalikan Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo. Pada bulan Disember 1868, Eo telah ditukar kepada Tokyo. Maharaja Meij yang masih muda telah muncul dari tempat pengasingannya di Kyoto ke Tokyo yang berjarak 6.4 kilometer. Beliau telah diiringi oleh seribu orang bangsawan, pembesar, samurai dan lain-lain pegawai tinggi. Pemilihan tersebut tidak memperlihatkan Maharaja Meiji mempunyai kuasa autokratik untuk memerintah negaranya. Sebaliknya, Maharaja Meiji hanya merupakan ketua negara yang simbolik. Kuasa politik terletak terutamanya dalam tangan beberapa orang pemimpin samurai muda yang telah menjalankan inisiatif menjatuhkan rejim Tokugawa. Pemimpin-pemimpin baru Meiji menyedari bahawa Jepun tidak dapat menandingi kuasa-kuasa imperialisme Barat yang telah memaksa negara tersebut supaya Bincangkan sejauhmana sumbangan Meiji kea rah pembinaan Jepun

menandatangani perjanjian-perjanjian tidak adil. Tambahan pula, pemimpin-pemimpin ini juga sedar bahawa kuasa-kuasa Barat yang berada di puncak imperialisme mereka, merupakan satu ancaman utama kepada kedaulatan Jepun. Oleh yang demikian, mereka menyedari satu-satunya cara untuk mengatasi ancaman ini ialah dengan mewujudkan sebuah negara moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat. Oleh itu, tujuan utama, kerajaan baru ialah Fukoku Kyohei(sebuah negara yang kaya dan tentera yang kuat). Bagi mencapai hasrat tersebut, pemimpin-pemimpin Meiji sengan teliti telah menggubal suatu dasar modenisasi yang tertumpu terutamanya keatas penyerapan teknologi, pengetahuan, institusi barat secara besar-besaran. Sehubungan dengan perkara ini, asas intelektual bagi pengaliran dan penyerapan pengetahuan Barat telah

disumbangkan oleh Fukuzawa Yukichi iaitu salah seorang intelek moden teragung dalam sejarah Jepun. Fukuzawa Yukichi yang telah melawat Eropah dan Amerika Syarikat telah menyebarkan tamadun Barat sebagai asas bagi modenisasi dan mewujudkan Jepun sebagai sebuah negara yang kukuh. Proses modenisasi ini merangkumi pembentukan semula secara besar-besaran dalam aspek institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial berdasarkan garis panduan dari Barat. Perubahan-perubahan yang luas dan drastik ini menyebabkan berlaku satu revolusi dalam masyarakat dan kerajaan Jepun.

Langkah pertama ke arah proses modenisasi Jepun ialah penghapusan sistem feudal. Oligarki Meiji khususnya Kido, Okubo,Itagaki dan Okuma telah berjaya

mempengaruhi golongan daimo dari suku kaum Choshu, Satsuma, Tosa dan Hizen supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela pada maharaja. Dalam bulan Julai 1869, semua daimo yang lain telah diperintahkan oleh kerajaan Meiji agar menyerahkan tanah mereka. Pada mulanya, tanah-tanah yang telah diserahkan oleh semua daimo tidak berada dalam kawalan terus maharaja. Sebaliknya, pembesar-pembesar feudal telah dilantik sebagai Gabenor di dalam kawasan-kawasan penguasaan mereka sendiri. Namun, pada 29hb Ogos 1871, maharaja telah mengumumkan penghapusan semua tanah feudal. Semua tanah menjadi hak milik diraja. Pada bulan berikutnya semua tentera feudal telah dibubarkan dan dengan itu meninggalkan Kerajaan Pusat sebagai satu-satunya pemilik sah pasukan tentera di Jepun. Dengan penghapusan tanah-tanah feudal ini, nagara Jepun telah dibahagikan kepada daerah-daerah (Ken) yang diketuai oleh pagawai-pegawai pentadbir. Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan Kerajaan Meiji Baru. Ia membolehkan Kerajaan mempunyai bidang kuasa yang sepenuhnya keatas seluruh penduduk dan negara, selain dari meletakkan hasil-hasil pendapatan bekas Han dibawah penguasaan Kerajaan Pusat. Ini memberi jalan kearah mewujudkan sebuah negara moden. Langkah selanjutnya kearah modenisasi ialah penghapusan sistem atau hiraki sosial ketat yang telah diwujudkan oleh Kesyogunan Tokugawa. Pemimpin-pemimpin Meiji telah menghapuskn sistem kelas yang terdiri dari golongan samurai, petani, petukang dan saudagar dalam tahun 1871. Golongan samurai telah menikmati taraf sosial yang tinggi semasa era atau zaman Tokugawa telah terjejas oleh penghapusan hiraki sosial tersebut. Dalam bulan september 1871, golongan samurai telah kehilangan hak menggunakan pedang terhadap kelas-kelas yang lebih rendah. Pada bulan Mac 1876, Kerajaan telah mengharamkan pemakaian pedang oleh samurai. Golongan samurai juga telah kehilangan hak tradisional mereka sebagai pahlawan. Kerajaan Meiji telah memberi tumpuan khusus kepada pengwujudan sebuah angkatan Tentera Darat dan Laut yang kuat mengikut cara Barat. Ini perlu bagi menentang ancaman kuasa-kuasa Barat di Jepun. Pemimpin-pemimpin Meiji sedar tentang keunggulan kuasa-kuasa Barat dari segi organisasi ketenteraan dan alat-alat kelengkapan senjata. Mereka yakin bahawa Jepun hanya dapatberdiri dengan teguh melalaui proses memodenisasikan angkatan tenteranya. Selain itu, ia juga disebabkan oleh faktor Rusia yang sedang giat mengamalkan dasar perluasan pengaruhnya di Asia Timur. Rusia dibawah pemerintahan Tzar dalam tahun 1870an sedang menunjukkan minat yang semakin besar ke atas Korea iaitu jiran Jepun yang paling hampir. Tambahan pula, ramai pemimpin Meiji

sedar bahawa orang-orang Rusia mungkin akan memperluaskan pengaruh mereka ke Hokkaido. Oleh yang demikian, mereka mendesak kerajaan Meiji supaya melaksanakan suatu kerahan tenaga moden mengikut cara Barat. Mereka juga telah mengesyorkan penubuhan akademi-akademi tentera untuk melatih pegawai dan askar dan penubuhan sebuah biro bekalan tentera untuk membekalkan mereka senjata-senjata ketenteraan. Sistem kerahan tentera telah dilaksanakan ke atas mereka yang telah berusia 20 tahun. Askar-askar yang telah dikerah harus berkhidmat dalam Angkatn Tentera Darat atau Laut. Angkatan tentera telah dibahagikan kepada Pasukan Tetap dan Pasukan Simpanan. Pada tahun 1878, Yamagata Aritomo telah menyusun semula pentadbiran Angkatan Tentera Ala Negara Jerman. Beliau menambahkan tempoh perkhidmatan kerahan tenaga dari tahun 1878 sehingga tahun 1883 dan ini mewajibkan seorang askar kerahan supaya berkhidmat dalam Angkatan Tetap atau Simpanan selama 12 tahun iaitu 3 tahun dalam Angkatan Tetap dan 9 tahun dalam Angkatan Simpanan. Sebagai tambahan 200,000 orang dikerakan pada waktu darurat atau perang. Angkatan Tentera Jepun juga diperkukuhkan oleh senjata-senjata moden termasuk senapang dan meriam yang dibuat oleh industri-industri tempatan. Caracara latihan juga telah diperbaiki dan beberapa orang pegawai tentera asing telah diambil berkhidmat untuk melatih teknik-teknik berperang kepada pegawai-pegawai dan askar-askar Jepun.

You might also like