You are on page 1of 12

02/1

BAHASA MELAYU
Kertas 1
2013
1 Jam
02/1
1:::5 1-------
PERCUBAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013
BAHASA MELAYU
PMR
Kertas 1
Satu Jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soa/an ini mengandungi 40 soa/an.
2. Jawab semua soa/an.
3. Tiap-tiap soa/an diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C
dan D. Bagi setiap soa/an, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan
jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
Kertas soa/an ini mengandungi 12 halaman bercetak
[Lihat halaman sebelah
www.lamanbahasa.wordpress.com
2
02/1
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
_______air kopi yang tertumpah di atas meja itu. 1. Semut - semut
A mendatangi
B mengerumuni
C mendekati
0 menghurungi
2. Banyak orang mengatakan bahawa bencana alam yang berlaku ketika ini
berpunca kerakusan manusia memanipulasi sumber
alam.
A dari
B daripada
C pada
o oleh
3. Puncak gunung itu kelihatan ,kerana diliputi kabus yang
tebal.
A berkepul-kepul
B berpintal - pintal
C berbalam - balam
o bergumpal - gumpal
4. Saya sungguh kerana tidak sempat berjumpa dengan
kawan lama saya di majlis itu.
A terharu
B terkilan
C terasa
o tersinggung
[Lihat halaman sebelah
www.lamanbahasa.wordpress.com
3
02/1
_______pakaian tradisional yang diperbuat
________pisang yang tua di kebunnya . 5. Pak Abu mencantas
A pelepah
B ranting
C batang
0 dahan
6. Peragawati itu sedang
daripada kain songket.
A mempamerkan
B menunjukkan
C memperagakan
0 mempersembahkan
7. Kenyataan yang dikeluarkannya dengan pendapat yang
diputuskan oleh jawatankuasa persatuan.
A bercanggah
B berubah
C bertelagah
o bersaing
Soalan 8 -14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesa/ahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
8. Kerani itu telah menampal surat r i ~ Jabatan Kastam p ~ papan
kenyataan untuk perhatian kakitangan jabatan itu. Tiada kesalahan.
C 0
9. Selepas kemangkatan ayahanda baginda, putera raja itu telah dilantik menjadi
A B
sultan bagi menggantikan Almarhum sultan. Tiada kesalahan.
C 0
10. Bila kedua-dua orang pelajar perempuan itu saling mencerca keburukan
A B
masing-masing maka terjadilah pergaduhan. Tiada kesalahan.
C 0
[Lihat halaman sebelah
www.lamanbahasa.wordpress.com
4
02/1
11. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih bahulu termasuklah
A B
telur putih, majerin, gula dan tepung gandum. Tiada kesalahan.
C 0
12. Emak menyuruh adik memperkemas ruang tamu kerana barang permainannya
A B
bersepah. Tiada kesalahan.
C 0
13. Penduduk kampung telah memberikan beberapa buah pandangan semasa
A B
sesi dialog dengan Pegawai Daerah baharu. Tiada kesalahan.
C 0
14. Haji Uzir mempersetujui untuk membiayai perusahaan ternakan ayam
A B
menantunya dengan meminjam wang daripada bank. Tiada kesalahan.
C 0
Soalan 15 -17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Oleh sebab hujan turun dengan lebatnya pagi tadi, kedatangan
pelajar ke sekolah adalah dingin sekali.
Sambutan perayaan Hari Kebangsaan pada tahun ini agak dingin
jika dibandingkan dengan tahun lalu.
Dalam kegelapan malam itu, dia meraba raba mencari selimut
untuk melindungi dirinya daripada dingin.
Sejak peristiwa itu, Halim bersikap dingin terhadap tunangnya.
I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
II dan IV sahaja 0 II, III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
11,1111 dan IV sahaja
C
o
Apabila ayah sampai di rumah, dia terus menjulang adik di atas
bahunya.
Api dari rumah yang terbakar itu menjulang sehingga jelas
kelihatan dari rumah saya.
Rakyat akan menjulang tinggi pemimpin yang bersih dan amanah
dalam menjalankan tugasnya.
Gadis itu menjulang kepalanya di tingkap untuk melihat ibunya
pulang dari kerja.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
15.
II
III
IV
A
B
16.
II
III
IV
A
B
www.lamanbahasa.wordpress.com
5
17. Pihak anggota keselamatan telah berjaya mengesan kedudukan
musuh yang diburu.
II Kebanyakan pelajar berazam untuk mencapai kedudukan yang
lebih baik dalam pelajaran.
III Nenek mengalami sakit pinggang akibat jatuh kedudukan semasa
hendak ke tandas kerana lantai licin.
IV Tempat kedudukan Siti di dalam kelas telah diubah oleh guru.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja 0 II, III dan IV sahaja
02/1
Soalan 18 - 21
Bahagian yang bergaris da/am ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesa/ahan dan tandakan
ojika tiada kesalahan.
18. Adnan mempunyai banyak pilihan untuk memperoleh tempat di institusi
pengajian tinggi.
A mempunyai banyak pilihan dalam
B banyak mempunyai pilihan untuk
C mempunyai pilihan yang banyak dalam
o mempunyai banyak pili han untuk
19. Basikal yang rosak itu telah ayah perbaiki.
A ayah telah baiki
B telah diperbaiki oleh ayah
C telah dibaiki oleh ayah
o telah ayah perbaiki
20. Pameran aeroangkasa itu ialah yang terbesar sekali di antara pameran
yang pernah diadakan dirantau ini.
A adalah yang terbesar antara
B ialah yang terbesar di antara
C adalah yang terbesar sekali antara
o ialah yang terbesar sekali di antara
[Lihat halaman sebelah
www.lamanbahasa.wordpress.com
6
21. Walaupun saya menafikannya, Cikgu Amir masih bertanya kepada saya
tentang tuduhan tersebut.
A masih bertanya saya
B masih bertanya pada saya
C masih menanyakan kepada saya
o masih bertanya kepada saya
02/1
Soalan 22 - 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.
22. Harga buku yang mahal akan menghalang usaha untuk memupuk
minat membaca dalam kalangan rakyat di negara ini
A Rakyat di negara ini kurang membaca kerana harga buku yang
mahal.
B Pemupukan minat membaca dalam kalangan rakyat di negara ini
menjadi semakin merosot lantaran kenaikan harga buku
C Usaha menanam minat suka membaca dalam kalangan rakyat
di negara ini terhalang oleh harga buku yang tinggi.
o Membaca buku sukar dijadikan amalan dalam kalangan rakyat
negara ini kerana melibatkan kos yang tinggi.
23. Persatuan Ibu Bapa dan Guru beriltizam untuk membantu pihak
sekolah menjalankan pelbagai aktviti pendidikan.
A Aktiviti pendidikan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah kerana
Persatuan Ibu Bapa dan Guru berhasrat untuk membantu.
B Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru berjanji akan bertanggungjawab
menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan di sekolah.
C Pelbagai aktiviti pendidikan akan dibantu oleh pihak sekolah
bersama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
o Pihak sekolah akan menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan
dengan adanya komitmen Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
[Lihat halaman sebelah
www.lamanbahasa.wordpress.com
7
24. MARDI ialah satu daripada institusi yang bertanggungjawab
membangunkan industri pengeluaran sayur-sayuran di negara ini.
A Institusi pengeluaran sayur-sayuran di negara ini merupakan
tanggungjawab MARDI.
B Industri pengeluaran sayur-sayuran sayur- sayuran di negara ini
dimajukan oleh MARDI.
C MARDI merupakan institusi yang bertanggungjawab mengeluarkan
sayur-sayuran di negara ini.
satu daripada institusi yang bertanggungjawab memajukan
industri pengeluaran sayur - sayuran ialah MARDI
Soalan 25 - 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25. I Sudah berhari-hari mereka membincangkan projek ternakan
kambing.
II Mereka sebulat suara mahu mengadakan jamuan kelas
di Restoran Minah Garang
III Oleh sebab ketiadaan wang, dia terpaksa menolak tawaran
ke sekolah berasrama penuh.
IV Di antara soalan yang diajukan adalah tentang penglibatan murid dalam
kegiatan kokurikulum.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
26. I Mereka sedang berbalas-balas e-mel.
II Baju milik Ahmad mahal - mahal belaka.
III Kedai Fiza menghadap Pejabat Tanah Daerah Muar.
IV Daun pokok mangga itu berguguran kerana cuaca panas amat.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
02/1
[Lihat halaman sebelah
www.lamanbahasa.wordpress.com
8
27. I "Tolong angkatkan beg ini ke bilik tetamu," kata ibu.
II "Sila siram pokok bunga di halaman rumah," kata kakak.
III "Eh, rupa rupanya kamu pun ada di sini!" kata Amin kepada Salim.
IV "Apa pandangan awak tentang kes kecurian di kampung ini?" tanya
Puteri Ameera.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 28 - 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
28. Peribahasa yang tidak menggambarkan maksud melakukan perbuatan yang
sia-sia ialah _
A bagai bersuluh di siang hari
B bagai pohon tidak berbuah
C bagai mencurah air ke daun keladi
D bagai mencurah garam ke laut
29. Peribahasa, malu berdayung perahu hanyut bermaksud _
A segan bertanya sesuatu, akibatnya akan sesat jalan
B sesorang yang tidak mahu belajar akan cetek ilmu pengetahuan
C perbuatan yang sudah terlanjur tentulah sukar diubah lagi
D disebabkan malas berusaha, seseorang sukar memperoleh kejayaan
30. "Saya sanggup berkongsi teknik belajar dengan anda kerana saya percaya
bahawa kecemerlangan ini ialah anugerah Tuhan dan bukannya untuk
dibanggakan," ujar Joshua sebelum meninggalkan pentas.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa _
A kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
B ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk
C berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
D buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
02/1
[Lihat halaman sebelah
www.lamanbahasa.wordpress.com
9
02/1
Soalan 31 - 35
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Fauzi meraba kepalanya. Pada dahinya terdapat benjol sebesar telur ayam yang
kelihatan lebam-lebam. ibunya telah mendemah benjol itu dengan air suam dan
menyapu minyak angin. Peristiwa itu amat memeritkan hatinya.
Saban hari, apabila ayah tirinya pulang dari sawah, dia pasti akan mengajukan
pelbagai soalan. Sudahkah dia membuat kerja rumah yang disuruh oleh gurunya. Ke
manakah dia pergi sehingga lewat pulang? Siapakah rakan-rakannya?
Yang paling membosankan Fauzi adalah apabila dia tidak dibenarkan menonton
televisyen, terutama siaran larut malam. Dia hanya dibenarkan menonton rancangan
yang membosankannya seperti Berita, Hal Ehwal Semasa atau Isu. Kata ayah
tirinya, rancangan itu memberikan faedah kepadanya.
Rancangan yang lain, terutama yang bercorak hiburan, ayah tirinya sama sekali tidak
membenarkan dia menonton. Kecuali sekali-sekali dia dibenarkan menonton siri
drama atau tayangan gambar Melayu.
Di sekolah, rakan-rakannya sering bercakap mengenai penyanyi kesukaan mereka,
cerita penyiasatan atau filem yang menyeronokkan. Sedangkan dia hanya
mendengar sambil mengangguk-anggukkan kepala seperti orang bodoh. Kadang-
kadang timbul rasa malu apabila rakannya mengatakan bahawa ayah tirinya itu
terlalu mengawal dirinya.
Memang benar, dia mengakui hal ini. Bukan ayah tirinya saja yang mengawal dirinya,
malah ibunya juga.ltu tidak boleh, ini tidak boleh.Fauzi percaya bahawa jika dia hidup
bersama-sama dengan ayahnya sendiri tentu dia tidak dikongkong seperti itu.
(Dipetik daripada cerpen Maar Kupinta,
Antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
[Lihat halaman sebelah
www.lamanbahasa.wordpress.com
10
31. Mengapakah Fauzi berasa sangat bosan?
A Rasa sakit akibat benjol di dahinya.
B Ayah tirinya asyik memarahi dirinya.
C Ayah tirinya suka mengajukan soalan kepadanya.
o Dia tidak dibenarkan menonton siaran televisyen kegemarannya.
32. Berdasarkan petikan ini, ayah tiri Fauzi sentiasa
A mengambil berat akan diri Fauzi
B menegur segal a tindak tanduk Fauzi
C mengutamakan pekerjaan sehariannya
o melarang Fauzi daripada menonton televisyen
33. Pernyataan yang berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam
cerpen ini, kecuali
A masyarakat yang ikhlas
B masyarakat yang mementingkan kebersihan
C masyarakat yang penyayang
o masyarakat yang bertanggungjawab
34. Apakah peristiwa dalam bahagian permulaan cerpen ini?
A Fauzi telah bergaduh dengan bapanya.
B Fauzi mengemas pakaian untuk pulang bercuti.
C Fauzi mengadu perihal ayah tirinya kepada neneknya.
o Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya tentang kesilapannya.
35. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan Fauzi memohon maaf
daripada bapa tirinya?
A Fauzi disedarkan oleh rakan-rakan dan guru tentang kebaikan bapa
Tirinya.
B Fauzi bersikap semakin matang dalam membuat keputusan setelah
tinggal di asrama.
C Fauzi dinasihati oleh neneknya agar meminta maaf daripada bapa tirinya.
o Setelah tinggal di asrama dan berjauhan daripada keluarga
menyebabkan dia rindu akan keluarganya.
02/1
[Lihat halaman sebelah
www.lamanbahasa.wordpress.com
11
Soalan 36 - 40
8aca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hari Guru
Selina S.F.Lee
Hari ini
adalah hari kita
menjunjung amanah
sandaran harapan insan berjuta
yang bernama ibu dan bapa
memikul misi murni
mengasuh mendidik
tunas bangsa
harapan nusa
ii
Hari ini
adalah hari yang menuntut kita
bertafakur
apakah tiang azam
masih tegak kukuh
apakah perdu semangat
tak tergoncang ribut
ataukah langkah kita
sudah pincang tertusuk
duri - duri duga?
iii
Hari ini
Ada bunga dikalungkan
Ada puji dilafazkan
Ada jasa dikenang
Ada salam dihulur
Tanda hormat
Pada insan yang bergelar GURU
(Dipetik daripada Antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2, Dewan Bahasa
dan Pustaka)
02/1
[Lihat halaman sebelah
www.lamanbahasa.wordpress.com
12
36. Antara berikut ialah tugas seorang guru seperti yang digambarkan oleh
penyajak, kecuali
A mendidik murid-murid
B menunaikan hasrat ibu bapa
C menjalankan tugas dengan amanah
o memastikan kejayaan misi Negara
37. Dalam rangkap kedua, penyajak menyatakan bahawa guru hendaklah
02/1
38.
A
B
C
o
sentiasa menilai diri sendiri
membulatkan azam
memastikan semangat sentiasa tinggi
menentukan langkah agar tidak pincang
Tiang azam
Baris di atas merujuk kepada gaya bahasa. _
39.
A
B
C
o
hiperbola
inversi
metafora
personafikasi
menjunjung amanah
sandaran harapan insan berjuta
yang bernama ibu dan bapa
Nilai murni yang diperoleh daripada baris-baris sajak di atas
A keikhlasan
B
C kejujuran
o kegigihan
40. Apakah tema sajak Hari Guru?
A Penghargaan jasa pam guru
B Pengiktirafan terhadap pengorbanan guru
C Kegigihan guru berbakti kepada masyarakat
o Tugas dan tanggungjawab guru
KERTAS SOALAN TAMAT
[Lihat halaman sebelah
www.lamanbahasa.wordpress.com

You might also like

  • Kedah BM K2 (A)
    Kedah BM K2 (A)
    Document6 pages
    Kedah BM K2 (A)
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Modul Latihan
    Modul Latihan
    Document6 pages
    Modul Latihan
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Tenik Menjwb Rumusan
    Tenik Menjwb Rumusan
    Document6 pages
    Tenik Menjwb Rumusan
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Cerpen N Prosa Klasik
    Cerpen N Prosa Klasik
    Document33 pages
    Cerpen N Prosa Klasik
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Latihan 1
    Latihan 1
    Document17 pages
    Latihan 1
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Dua Geliga Hikmat
    Dua Geliga Hikmat
    Document7 pages
    Dua Geliga Hikmat
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Modul HR
    Modul HR
    Document70 pages
    Modul HR
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Latihan
    Latihan
    Document3 pages
    Latihan
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Puisi
    Puisi
    Document39 pages
    Puisi
    Shuhainor Abdul Rahman
    100% (1)