You are on page 1of 7

BAB 5 : RAJAH

Rajah 1. Rajah adalah bahan grafik yang menyampaikn maklumat dan data geografi dalam bentuk lukisan. 2. Rajah bertujuan meringkaskan maklumat dan mepersembahkan data dengan lebih tepat, menarik serta lebih mudah di fahami 3. Tajuk, label dan maklumat merupakn ciri-ciri penting untuk sebuah rajah yang lengkap.

4. Rajah boleh dibahagikn kepd dua jenis, iaitu;a. Rajah Kitaran b. Peta Minda

5. Rajah kitaran dikategorikn kepada dua iaitu: Rajah tunggal Rajah yang meyampaikan keseluruhan maklumat dalam satu rajah. Rajah bersiri Rajah yang terdiri daripada beberapa rajah yang disusun menngikut urutan.

Rajah Kitaran: 1. Rajah kitaran boleh digunakan untuk menunjukkan saling kaitan interaksi, taburan dan proses kejadian. 2. Sebelum melukis sesuatu rajah kitaran beberapa panduan atau langkah perlu dilakukan terlebih dahulu seperti : Mengumpulkan maklumat Memilih fakta penting daripada maklumat Melukis dan melebelkan rajah kitaran

Rajah kitaran tunggal

Rajah kitaran air

Rajah Kitaran Bersiri

rajah 5.3 :Proses penanaman getah

Panduan mentafsir rajah kitaran. 1. Teliti tajuk dan label yang terdapat dalam rajah kitaran. 2. Fahami aliran (proses) rajah kitaran berdasarkn anak panah atau urutan nombor yang ditunjukkan. 3. Buat huraian dan kesimpulan tentang rajah kitaran tersebut. Contoh mtafsir rajah kitaran (Rajah 5.3) Rajah 5.3 menunjukkan proses penanaman getah .Kebanyakkan pokok getah ditanam dgn yang mengunakan kaedah cantuman terutama di kawasan ladang. Melalui kaedah ini, tunas pada kulit ranting pokok yang mengeluarkan hasil tinggi akan dipilih dan dipotong. Kemudian tunas ini akan dicantumkan pada anak pokok getah yang kurang mengeluarkn hasil. Bahagian yng dicantum akan dibalut sebelum dipotong. Balutan ini dibiarkan selama tiga minggu untuk mengeluarkan tunas. Pokok yang mengeluarkan tunas akan dibiarkan mbesar selama enam hingga tujuh tahun sebelum pokok getah tersebut dapat ditoreh.

Peta Minda
1. Peta minda adalah suatu rajah yang digunakna untuk meringkaskan dan merumuskan maklumat. 2. Panduan untuk melukis peta minda: 1 Mengumpulkan maklumat 2 Memilih fakta-fakta penting daripada maklumat yang diperoleh 3 Melukis dan melabel peta minda.

1. Maklumat dikumpulkan berdasarkan tajuk peta minda yang hendak dihasilkan. 2. Maklumat diperoleh melalui buku, majalah, soal selidik dan pemerhatian. 3. Contoh maklumat yang dikumpul tentang kesan kegiatan manusia terhadap lautan. Pencemaran laut kesan daripada tumpahan minyak, pembuangan bahan dari kilang, pembuangan sisa domestik dari kawasan kediaman dan pembuangan bahan radioaktif serta sampah sarap. Kepupusan hidupan laut disebabkn oleh penangkapan ikan secara berlebihan, kerosakan dan kemusnahan habitat, penangkapan ikan yang belum sempat membiak dan pencemaran air laut yang membunuh ikan. Perubahan kawasan pinggir laut kesan daripada aktiviti menebus guna laut, pembinaan tembok dan penambakan laut Kerosakan terumbu karang disebabkan oleh aktiviti menyelam, pembuangan bahan pencemaran dan penerokaan terumbu karang Peningkatan aras laut kesan daripada pemanasan global yang mencairkan ais di kawasan kutub yang menggelamkan kawasan sekitar pinggir laut.

1. Fakta -fakta penting dipilih daripada maklumat yang dikumpulkan. 2. Langkah ini bertujuan mudahkan proses melukis peta minda. 3. Kenal pasti maklumat penting tentang kesan kegiatan manusia terhadap lautan seperti: (a) pencemaran laut (b) kenaikn aras laut (c) kepupusan hidupan laut (d) kerosakn terumbu karang; & (e) perubahan keadaan pinggir laut.

1. Peta minda dilukis berdasarkn fakta-fakta penting yg telah dikenal pasti. 2. Rujuk Rajah di bawah yg munjukkn contoh peta minda berkenaan kesan kegiatan manusia terhadap laut.

PECEMARAN LAUT KENAIKAN ARAS LAUT KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP LAUTAN KEPUPUSAN HIDUPAN LAUT KEROSAKAN TERUMBU KARANG

PERUBAHAN KEADAAN PINGGIR LAUT Peta 5.4 : kesan kegiatan manusia terhadap laut

1. Panduan mentafsir peta minda (a) Teliti tajuk & label-label pada peta minda; (b) Kenal pasti perkara yang diterangkan; (c) Baca setiap huraian ringkas yang diberi; & (d) Buat huraian serta kesimpulan tentang peta minda. Contoh mentafsirkan peta minda (Rajah 5.4)
Rajah 5.4 menunjukkan beberapa kesan kegiatan manusia terhadap lautan. Kepelbagaian aktiviti seperti pembuangan sisa kilang dan radioaktif, tebus guna tanah, penambakan laut dan sebagainya memberi kesan terhadap lautan. Berlaku pencemaran laut akibat pembuangan bahan radioaktif, tumpahan minyak dan bahan buangan. Kenaikan aras laut turut berlaku hasil daripada kegiatan manusia yang meningkatkan suhu. Peningkatan suhu telah yang akibatkan ais di kawasan kutub cair dan meningkatkan aras laut. Peningkatan ini menyebabkan kawasan tanah rendah ditenggelami air laut. Kesan kegiatan manusia juga turut myebabkan kepupusan hidupan laut. Penangkapan secara berlebihan, kemusnahan habitat, penangkapan ikan yang belum sempat membiak dan pencemaran laut telah menyebabkan kesan tersebut. Berlaku perubahan keadaan pinggir laut kesan daripada aktiviti menebus guna laut, penambakan laut dan pembinaan tembok konkrit di pinggir pantai. Batu karang juga turut merima kesan hasil daripada kegiatan ini. Kerosakan yang berlaku diakibatkan oleh aktiviti menyelam, pengorekan terumbu karang dan pencemaran air laut.

You might also like