You are on page 1of 8

Sample of good assignment

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2012

HBAE2203 SMP MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

SOALAN (A) Apa itu arca? Arca merupakan satu daripada empat bidang yang terkandung dalam

seni halus. Walaubagaimana pun ia mempunyai ciri-ciri yang jauh berbeza daripada tiga bidang lain iaitu lukisan, catan dan cetakan. Berasal daripada perkataan sculpture, yang bermaksud menebuk, memotong, melarik dan sebagainya. Ia merupakan hasil seni visual yang berbentuk tiga dimensi (3D). Dalam gubahan arca, beberapa prinsip rekaan iaitu imbangan harmoni, penegasan, dan kepelbagaian adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Arca biasanya diperagakan dalam ruang tertentu untuk nilai estatik atau gunaan. Biasanya arca dibuat daripada logam besi, batu, kayu lilin, plaster of Paris dan lain-lain. Antara arca yang paling awal ditemui ialah arca ukiran tanduk, gading, tulang dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenian pada kira-kira 8000SM. Stabil dan mobail ialah dua contoh arca estatik, yang mana ia boleh berbentuk bebas, berbentuk realistic atau abstrak mengikut cita rasa pengarca. Arca-arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188 1976), seorang pengarca dan jurutera Amerika yang banyak menggunakan besi, berasaskan latarbelakang beliau sebagai jurutera. Jean Tinguely (1922) lahir di Switzerland pula menghasilkan arca daripada bahan terbuang seperti tayar besi, enjin kenderaan dan enjin kilang. Arca stabil diperagakan diatas tanah, boleh bergerak tetapi gerakkannya adalah terhad kerana ia mempunyai tapak yang kukuh dan berjisim, tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang. Pengarca menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah menampilkan dalam peragaan arca yang seterusnya diterima sebagai karya seni.

Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris 1

Kelebihan arca stabil dan mobail kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak


STABIL

Kanak-kanak dapat mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan dengan memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek stabil. Disamping itu kanak-kanak juga dapaat mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan arca stabil. Kanak-kanak juga boleh menggunakan kreativiti mereka bagi mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan sesuatu arca. Memilih dan menggunakan alat dan media yang bersesuaian dalam pengolahan rekabentuk arca stabil. fungsinya. Kanak-kanak juga perlu memikirkan bagaimana untuk mempamer dan mempersembahkan arca stabil dan membuat apresiasi mengikut

MOBAIL

Persembahan yang kreatif dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik dapat membentuk satu komposisi gubahan yang aristik. Selain daripada itu, bagi menghasilkan mobail yang asli, unik dan berketrampilan kanak-kanak perlu mencari penemuan baru melalui percubaan cuba jaya yang tidak kenal putus asa, pemerhatian, penelitian dan ramalan kepada rekabentuk baru dan bersifat futuristic. Disamping itu mobail lebih mudah dihasilkan oleh kanak-kanak berbanding dengan arca stabil. Ini adalah disebabkan alat dan media yang digunakan adalah peralatan yang asas dan mudah didapati.

Kekurangan arca stabil dan mobail kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak


STABIL

Peralatan dan media seperti gerudi, player, pisau dan lain-lain sangat bahaya dan kurang sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan memerlukan pengawasan teliti orang dewasa. Media juga sukar didapati. Arca yang tidak kukuh juga adalah merbahaya kepada kanak-kanak. Bagi menghasilkan arca stabil, kanak-kanak perlu sentiasa ditemani oraang dewasa yang dapat membantu mereka melakukan kerja-kerja yang berbahaya seeprti memotong dan menggunting. mereka. 2 Ini akan membantutkan kreativiti

MOBAIL

Peralatan yang tidak relevan dengan bahan akan menyebabkan kesukaran menghasilkan mobail yang dikehendaki, misalnya batu yang amat pejal dan keras amat sukar untuk di tebuk atau digerudi. Bahan yang mudah pecah atau rosak juga akan menyebabkan arca yang dihasilkan tidak seperti yang diingini. Manakala penggunaan bahan yang pelbagai yaini yang mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza adalah sukar digabung.

Soalan (B) Bagaimana untuk memperkembangkan daya kreativiti kanak-kanak? Kreatif bagi Herbert Read (1958) ialah jika seseorang itu sering membayangkan suatu penemuan bagi mewujudkan sesuatu yang belum pernah dihasilkan atau sesuatu yang memberi makna kepada anda. Bagi June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada, adalah kreativiti dan Carl Rogers pula mentafsirkan kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. Kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir yang bermakna ia boleh di bentuk dan dilatih. Individu yang kreatif biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana mereka dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). Bagi Lowenfeld (1975) setiap kanak-kanak adalah kreatif dengan cara mereka sendiri di sebabkan oleh rasa ingin tahu mereka. Disamping itu ia melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir. Adalah penting bagi guru Seni Visual merancang aktiviti yang sesuai bagi menjamin proses pembelajaran tersebut berjalan lancar. Dalam menjana idea, pengarca perlulah menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya, walaupun ada kalanya pengarca tidak dapat menetapkan haluan penghasilan karya kerana ia bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Oleh itu guru PSV perlulah membimbing kanak-kanak dalam menentukan hala tuju penghasilan karya. Sekiranya diabaikan , dikuatiri kanak-kanak mungkin tidak mampu menghasilkan karya. Antara kaedah yang boleh dijalankan bagi menjana kreativiti kanak-kanak, guru PSV bolehlah: a. merangsang pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku-buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto dalam sesi sumbangsaran. b. membuat lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan. c. beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.

d. beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan. e. kritikan yang keterlaluan terhadap karya mereka akan membantutkan kreativiti kanakkanak. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan. f. pemberian ganjaran atau insentif akan menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan lebih kreatif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik. g. mengadakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar. 2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - bagi memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya, kanak-kanak hendaklah digalakkan membuat penerokaan dan eksperimen terhadap bahan-bahan yang difikirkan boleh digunakan untuk penghasilan arca yang dirancang. Sebagai contoh: Tema : (a) Alam semula jadi dan objek persekitaran (b) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi Si Pelukis (c) Aliran dan tema sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. contoh wau bulan, wau kucing dll (d) Keperluan dan pengalaman hidup harian peralatan kegunaan harian. Bagaimana perkembangan dan penghalusan idea (a) Pemerhatian dan kajian visual penggunaan bahan dalam menghasilkan karya. (b) Perubahan cara bekerja - Membuat percubaan yang tidak putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan. (c) Penerokaan simbol dan makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru. Penerokaan dan ekperimen bahan 1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula. 2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya. 3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan sebagainya 4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki 5

kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain. Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi 1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan. 2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek. 3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan. 4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk. 5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan. 6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. 7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar. 8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan. 9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan. 10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya. 11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan. 12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi. Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik 1. Kesesuaian topik, tema dan teknik 2. Membuat tumbnail-print / lakaran 3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia 4. Pilih teknik membuat yang sesuai. 5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. 6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik. 7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik dijadikan kemasan akhir produk. 8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Rumusan Merangsang pemikiran kreatif sangat penting semasa melaksanakan aktiviti membuat arca stabil maupun mobail. Rangsangan terhadap pemikiran yang kreatif akan menghasilkan dapatan yang asli, unik dan berketrampilan. Disamping itu penggunaan alat dan media turut mempengaruhi arca yang dibina. Oleh itu guru PSV perlulah lebih kreatif menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.

You might also like