You are on page 1of 32

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Tajuk : Mazhab Idealisme dan Realisme


Disediakan oleh : Muhammad Asyraf Safwan Nurul Huda. Siti Haridah

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Idealisme dan Pendidikan


Mazhab falsafah paling tua dalam falsafah Barat Berkembang pada zaman Socrates dan Plato

Meta fizik Idealisme


Percayai bahawa realiti sebenar adalah alam idea;

World of Perfect Ideas; World of Forms (Alam Dunia Syumul)


Percayai bahawa alam fizikal sentiasa berubah; tidak

tetap, oleh itu ia bukan realiti muktakhir.

Idealisme dikaitkan dengan fahaman Hinduisme percayai

bahawa alam jagat ditadbir oleh kuasa kosmik yang

mencipta tetapi tidak dicipta.


Alam Idea Syumul ilmu tertinggi; sumber nilai mutlak;

hanya dapat ditaakul bukan difahami melalui deria, bersifat


unggul, kekal dan tidak binasa.

Manusia yang tidak berupaya memahami alam ini

diibaratkan terperangkap di dalam gua (Allegory of the Cave)


Dari segi ontologi, manusia sebelum dilahirkan

berkomunikasi dengan alam ini tetapi

komunikasi ini terputus sewaktu kelahiran.


Setiap manusia mempunyai potensi yang terputus

perlu dicungkil semual melalui proses pendidikan yang bersifat dialectic.

Epistemologi Idealisme
Menenekan ilmu pengetahuan a priori kerana

kebenarannya yang diperoleh oleh taakulan sematamata.


Dalam karyanya, The Republic, Plato percaya bahawa

golongan ahli falsafah mempunyai tahap ilmu paling tinggi kerana mereka menaakul.
Ilmu pengetahuan paling tinggi tahapnya adalah ilmu

yang berteraskan prinsip matematik


Ilmu paling tinggi sumber segala nilai kebaikan dan

kebenaran.

Ilmu pengetahuan yang rendah tahapnya

menekankan kemahiran asas yang tidak banyak elemen taakulan.

Aksiologi Idealisme
Nilai bersifat sejagat, nilai ini merupakan nilai yang paling

tinggi berada dalam Alam Idea Syumul seperti kebaikan, kebenaran, keindahan, keadilan sejagat (kekal dan unggul, mutlak)
Nilai-nilai ini perlu diterap dalam kehidupan manusia

melalui etika/moral, peraturan masyarakat, kesusasteraan, agama, falsafah dan estetika.


Nilai mencerminkan konsep yang seimbang dan harmonis.

Prinsip Pendidikan Idealisme


Matlamat
Tumpuan kepada pembinaan minda; pendidikan

untuk matlamat pencapaian sesuatu yang bersifat kekal (yang tidak terdapat di alam fizikal); mind over matter; menguasai ilmu pengetahuan bersifat abstrak
Pendidikan untuk mencari erti kebenaran sejagat;

pembentukan peribadi mulia

Proses Pengajaran-Pembelajaran
Berusaha menimbulkan kesedaran secara

berperingkat bukan mendadak kerana setiap individu


dididik berbeza dari segi potensi
Berusaha untuk mencapai kebenaran dan pemahaman

sejagat
Kaedah p&p yang dialectic (kaedah yang digunakan

oleh Socrates)

Kurikulum
Menekankan pemahaman dna penguasaan konsep;

menekankan kandungan; penguasaan mata pelajaran


bersifat knosep dan simbol.
Mengutamakan mata pelajaran seeprti matematik,

logik, falsafah, bahasa klasik, drama, kesenian dan kesusasteraan


Tidak mementingkan disiplin vokasional dan jasamni

Mata pelajaran yang ditekankan mempunyai nilai intrinsik

bukan nilai kegunaan dan ekstrinsik


Guru dan Pelajar. Guru manusia unggul; role model; mempunyai hikmah;

penyebar ilmu dan kebenaran; dihormati; pakar; berusaha membentuk aspek kerohanian dalam diri pelajar
Murid/pelajar perlu berusaha gigih; dianggap oleh guru

sebagai unik dan berbeza dari segi potensi dan penguasaan ilmu

Tokoh-tokoh Idealisme
Socrates dan Plato mewakili Idealisme tradisional

Rene Descartes mewakili Idealisme moden

falsafah Skepticisme; Butler; Mortimer J. Adler (tokoh pendidikan Idealisme); Immanuel Kant

REALISME DAN PRINSIP PENDIDIKAN


Mazhab tradisional selepas Idealisme, wujud pada

zaman Yunani purba


Realisme klasik, Realisme Agama, Realisme Saintifik,

Realisme Rasional dan Realisme Natural.

Metafizik
Menolak metafizik Idealisme bahawa realiti sebenar

wujud hanya dalam bentuk idea, menolak Teori Alam


Idea Syumul.

Realiti sebenar wujud di alam nyata/fizikal; realiti sebenar

bersifat materialistik atau merujuk kepada obejk atau benda yang disah oleh deria.( (Reality is objective and is composed of matter and form; matter is ultimate reality; a world of things)
Realisme Klasik (Aristotelian Realisme) Aristotle (384-322) Pelajar di Academy (pusat pengajian ditubuh oleh Plato)

selama 20 tahun; kemudian menubuhkan pusat pengajian sendiri LYCEUM

Aristotle berpendapat bahawa idea atau forms seperti idea

tentang tuhan atau pun idea tentang pokok, batu dsbnya boleh wujud tanpa jirim, tetapi tidak akan wujud jirim tanpa bentuk (jisim)
Setiap objek yang mempunyai jirim mempunyai ciri

universal dan khusus (universal and particular). Sbg cth manusia dari ciri sejagatnya adalah sama; yang berbeza dari sifat khususnya (warna kulit; rambut dsb)
Konsep sejagat manusa ataupun kemanusiaan tidak

berubah; yang berubah ialah ciri khususnya

Aristotle ialah seorang saintis dan juga ahli falsafah. Bagi Aristotle, setiap benda yang wujud mempunyai tujuan/

matlamat. Cth matlamat atau tujuan kewujudan ikan ialah untuk berenang; burung terbang. Manusia yang dianugerah akal tujuannya ialah menggunakan akal tersebut.
Realiti bagi Realisme adalah objektif (saintifik) dan merujuk

kepada objek fizikal yang mengandungi elemen jirim dan jisim


Hukum alam tidak tertakluk kepada persepsi manusia

mengenainya

Konsep keseimbangan (balance) adalah teras kepada prinsip Realisme

oleh Aristotle. Jirim dan jisim tidak terpisah dari sesuatu objek fizikal.
Jika falsafah Idealsime menekankan elemen idea dan bentuk (forms),

Realisme Aristotle berusaha menyepadukan alam fizikal dendgan alam idea.


Konsep actuality dan potentiality; actuality merujuk kepada bentuk

yang lengkap dan sempurna manakala potentiality merujuk kepada keupayaan atau potensi sesuatu objek untuk menukar atau berubah keoada bentuk yang lengkap dan sempurna

Perkara ini dijelaskan lagi oleh Aristotle melalui konsep 4 Penyebab yang menggerakkan objek berteraskan prinsip potentiality dan actuality

1)
2) 3) 4)

Penyebab Material jirim yang menghasilkan sesuatu objek


Penyebab Formal bentuk/rekabentuk yang membentuk sesuatu objek Penyebab Cekap (efficient) agen yang menghasilkan sesuatu objek Penyebab Muktakhir hala tuju/matlamat proses perubahan sesuatu objek

Cth. Objek rumah (penyebab material kayu, besi dsb; penyebab

Formal rekabentuk sesebuah rumah; penyebab Cekap tukang rumah; buruh membina rumah; penyebab Muktakhir rumah sebagai tempat tinggal)
Jirim melalui satu proses ke arah pencapaian sesuatu matlamat

(prinsip Aristotle ini = konsep evolusi.)


Kuasa yang mencipta segala yang wujud bagi Aristotle ialah

tuhan. Tuhan adalah realiti muktakhir; Pencipta Pertama; Penggerak yang Tidak Digerakkan (Unmoved Mover) yang melampaui semua jirim dan jisim.
Bagi Aristotle, konseo tuhan adalah penjelasan logikal tentang

peraturan alam jagat, pengstukturan dan pentadbirannya.

Metafizik kewujudan/ontologi manusia


Menurut Realisme manusia adalah rasional kerana

dianugerah akal di samping roh dan juga jasad.(dualisme)


Jika kedua-dua akal dan roh seimbang, maka

kewujudan manusia juga seimbang; matlamat kehidupan mnausia akan menjadi sempurna jika akal digunakan; aktiviti pemikiran adalah aktiviti paling penting dalam kehidupan manusia

Manusia berbeza dari haiwan kerana haiwan tidak ada

elemen intelek; manusia tidak berbeza dari haiwan kerana kedua-dua manusia dan haiwan ada deria/sensasi(lower appetites) iaitu kecenderungan kepada tuntutan nafsu, proses pembiakan, pemakanan dan pernafasan.
Manusia sebagai haiwan intelek berupaya menggunakan

akal dalam pemikiran secara simbolik, logik, abstrak


Manusia yang cemerlang dari segi moral ialah manusia yang

menekankan elemen akal /intelek

Epistemologi Realisme
Ilmu pengetahuan yang benar ialah ilmu tentang

realiti alam fizikal yang bersifat objektif


Proses mengetahui sesuatu mestilah berkaitan

objek fizikal yang wujud di alam nyat dan dikaji melalui deria
Proses mengetahui melibatkan dua tahap iaitu

(1) peringkat sensasi/deria (peringkat rendah) (2) taakulan (peringkat tinggi)

Di peringkat taakulan, objek-objek yang mempunyai ciri

persamaan diletakkan dalam kategori tertentu; proses ini

memerlukan pengasingan objek-objek fizikal berdasarkan


ciri-ciri perlu dan mencukupi (necessary and sufficient condition)
Aristotle memperkenalkan silogisme (logik deduktif) untuk

memahami alam jagat

Aksiologi Realisme
Matlamat dan nilai kehidupan paling tinggi ialah

kebahagiaan. Kebahagian bergantung kepada jiwa yang seimbang dan sifat peribadi mulia dalam diri seseorang. Peribadi mulia (virtues) ini dapat diwujudkan melalui kebiasaan dan dibentuk melalui proses pendidikan.
Peribadi mulia dapat dibentuk melalui prinsip Jalan

Tengah (Golden Mean).

Falsafah Pendidikan Realisme

1)

Matlamat
Memupuk aspek intelek yang merupakan aspek paling tinggi lagi mulia dalam diri pelajar melalui pengajaran mata pelajaran yang berstruktur. Mengembangkan potensi pelajar ke tahap paling maksima ke arah pemikiran dan aktiviti rasional

1)

Kurikulum Realisme

Mata pelajaran yang mengikut kategori dan struktur masing-masing; perkaitan antara mata pelajaran dari segi kaitan konsep. Cth. Mata pelajaran sains menekankan proses inkuiri dan penemuan. Tumpuan kepada kandungan (sains; sastera dan kemanusiaan; logik); 3M di peringkat rendah. Proses P&p Mengajar kemahiran tertentu kpd pelajar; Guru pakar dalam ilmu pengetahuan; dapat kaitkan antara mata pelajaran secara konsep Pelajar perlu memberi tumupan kpd ilmu yang diajar; perlu gigih dan berdisiplin tinggi. Cth. Pelajar yang mempelajari sejarah perlu gunakan pendekatan sejarah dalam prose pembelajaran.

1)

2)

Scholasticisme/Realisme Agama
Pengasas St. Thomas Aquinas (1225-1274) Falsafah Realisme Aristotle mempunyai impak yang

besar ke atas agama Kristian.


Aquinas merupakan tokoh terkemuka dalam

mengembangkan prinsip Realisme pada Zaman Pertengahan di Eropah.


Dalam penulisan beliau,Summa Theologica, Aquinas

gunakan kaedah rasional dalam menghurai persoalan berhubung agama Kristian

Penganut agama Kristian Roman Katolik

menganggap Thomisme/Scholasticisme sbg prinsip falsafah penting mereka.


Aquinas percaya bahawa tuhan bersifat sempurna

dan pencipta alam dan semua bentuk kehidupan.


Nabi Isa diiktiraf sebagai penyelamat manusia yang

mewarisi dosa warisan asal (original sin)

Aquinas menyepadukan keimanan dan

kerasional/taakulan untuk memahami prinsip ajaran agam Kristian bersifat kekal dan jasad yang tidak kekal; elemen intelek/akal dalam aktiviti pemikiran manusia. adalah sentiasa berdamping dengan tuhannya.

Manusia dikurniakan tuhan dengan roh yang

Kehidupan manusia yang dianggap sempurna


Tuhan adalah Pencipta Utama (First Cause).

Prinsip Pendidikan Scholasticisme


1)

Di pengaruhi oleh metafizik, epistemologi dan aksiologi Realisme. Thomisme prinsip falsafah yang paling berpengaruh ke atas sistem pendidikan agama Roman Katolik. Matlamat Pendidikan menerapkan kasih sayang manusia sejagat; Bible sumber ilmu pengetahuan mutlak. Menolak nilai bersifat relatif.

2)

3)

4)

5)

Pendidikan juga melibatkan gereja; pendidikan sepanjang hayat.

6. Kurikulum Scholasticisme bersifat hirarki;


disiplin penting ialah disiplin berteraskan teori dan konsep (matematik, logik, falsafah. Sejarah, sains); disiplin kurang penting disiplin yang menekankan jasmani dan kemahiran 7.Guru role-model; murid berdisiplin tinggi dan gigih dalam proses pembelajaran

Sekian

You might also like