You are on page 1of 14

Menjaga kesihatan diri adalah keutamaan kepada semua individu.

Ini bagi mengelakkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, hipertensi, diabetes, kanser dll. Penyakit ini mungkin berpunca dari amalan gaya hidup yang kurang sihat atau pemakanan yang tidak seimbang.

Setiap individu digalakan melakukan ujian saringan kesihatan sekali setahun. Antara contoh-contoh ujian adalah: - ujian tekanan darah - Ujian air kencing - Ujian senaman berperingkat - Pemeriksaan payudara dan testis

Dilakukan untuk mengesan penyakit hipertensi. Dilakukan menggunakan sfigmomanometer yang terdiri daripada pengepam, meter beraksa, cuff dan stetoskop. Dua kadar berbeza akan diambil iaitu sistolik(tinggi) dan diastolik(rendah). Tekanan darah normal adalah 120/70 mmHg.

Tujuan : ujian dadah, ujian steroid, ujian alkohol, ujian nikotin, ujian kehamilan dan ujian glukosa.

Untuk mengesan kandungan glukosa bagi pesakit diabetes dilakukan dengan

menggunakan Diabur Test 5000.


Sampel urin dimasukkan ke dalam botol kecil. Alat pengesan (Dipstik) berwarna kuning akan dicelup selama 2 minit dan perubahan

warna akan berlaku.

Warna dipstik akan dibandingkan dengan label warna pada penguji untuk mengetahui paras glukosa di dalam air kencing.

Semakin tinggi paras glukosa, semakin gelap perubahan warna pada dipstik.

Untuk mengesan penyakit jantung. Aktiviti semasa jantung berdenyut dapat dikesan dengan elektrokardiogram (ECG). Pesakit dikehendaki berlari di atas treadmill dengan peningkatan intensiti secara

berperingkat.

Huraikan mengenai langkah- langkah pemeriksaan sendiri payudara (P)


Huraikan mengenai langkah- langkah pemeriksaan sendiri testis (L)

1. Mengesan Perubahan Di Hadapan Cermin. -tanggalkan pakaian pada paras pinggang dan berdiri di hadapan cermin. -Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala. -Periksa payudara dari setiap sudut.

-turun tangan ke sisi.


-Pusing badan ke kanan dan kiri untuk periksa sebarang perubahan. -tegangkan otot-otot bahagian dada dengan mencekak pinggang dan

menolak dada ke atas.

2. Mengesan Dengan Cara Berbaring


- Letakkan bantal di bawah bahu kanan untuk meninggikan kedudukan payudara kanan. - Letakkan tangan kanan di bawah kepala. - Periksa payudara kanan dengan tangan kiri menggunakan kaedah:

a) urutan menaik menurun,


b) urutan kedalam-keluar c) urutan pusingan. - Ulang langkah yang sama untuk bahagian kiri.

SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG LELEHAN ATAU BENJOLAN SEMASA PEMERIKSAAN KENDIRI, DAPATKAN PEMERIKSAAN LANJUT DI KLINIK/ HOSPITAL.

Mandi dengan air panas. Suhu yang agak panas akan merelakskan skrotum dan memudahkan anda merasainya.

Berdiri di depan cermin dan periksa jika terdapat tanda-tanda bengkak atau lebam pada kulit.

Periksa testis kanan dengan jari. Letakkan ibu jari di atas testis dan jari hantu dan telunjuk di bawah testis. Gerakkan perlahan-lahan dengan jari-jari tersebut. Periksa sebarang benjolan. Benjolan sering terjadi paca bahagian depan dan tepi testis. Ulangi langkah untuk bahagian kiri. SEKIRANYA TERDAPAT BENJOLAN ATAU KETULAN KERAS BERSAIZ BIJI KACANG, DAPATKAN PEMERIKSAAN LANJUT. INI MUNGKIN SEL KANSER PERINGKAT AWAL.

You might also like