You are on page 1of 19

SUMBER ALTERNATIF

FIKIRKAN !
Sumber tenaga daripada petroleum akan pupus kerana sumber tenaga ini tidak dapat diperbaharui. Berikan pendapat anda, berserta contoh yang sesuai, apakah sumbersumber tenaga lain yang wajar dimajukan di negara kita?

Pengenalan:
Penggunaan sumber tenaga petroleum dengan banyak, bukan sahaja akan menyebabkan sumber tenaga ini pupus dengan cepat malah juga boleh mencemarkan alam. Oleh yang demikian, sumber-sumber baru perlu dicari.

Kuasa Hidroelektrik
Malaysia mempunyai banyak sungai dan mengalami hujan yang banyak sepanjang tahun.
Hal ini membolehkan negara kita berpotensi untuk menjana kuasa hidroelektrik Bekalan air yang berterusan membolehkan sumber tenaga ini tidak akan pupus.

Dengan membina empangan kita bukan sahaja dapat menjana tenaga elektrik malah menjamin bekalan air yang mencukupi. Penggunaan petrol digantikan dengan kuasa hidroelektrik untuk mengoperasi motor pam air bagi mengairi kawasan pertanian. Contoh, Empangan Bakun di Sarawak Empangan Tasik Kenyir di Terengganu

Tenaga Solar

Cahaya matahari bersinar sepanjang hari di negara kita. Cahaya matahari boleh ditukarkan menjadi tenaga suria dengan peralatan khas yang dapat menukarkan dan seterusnya menyimpan tenaga suria. Tenaga ini bersih dan mesra alam serta berpotensi menjadi tenaga alternatif yang penting. Alat yang digunakan untuk menukar tenaga solar adalah seperti panel solar.

Tenaga yang diperoleh daripada cahaya matahari dapat menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga tersebut boleh digunakan untuk memanaskan air dan membekalkan tenaga untuk peralatan elektrik.

Biomass
Di negara kita bahan sisa organik terbuang begitu sahaja, seperti hampas padi dan kelapa sawit, sekam padi dan tebu. Bahan ini boleh diproses untuk menjana sumber tenaga elektrik bagi kegunaan setempat sama ada kegunaan di rumah atau kepeluan industri. Sisa pertanian dan penternakan boleh diproses kepada sumber tenaga dan juga kepada bahan lain seperti baja organik.

SUMBER ALTERNATIF DI NEGARA LAIN


Tenaga biogas Tenaga ombak Tenaga angin Tenaga nuklear Tenaga geoterma

Tenaga Angin

Tenaga Nuklear

Tenaga Geoterma

Tenaga Ombak

TEKA SILANG KATA

MENEGAK: 1. Tenaga yang diperoleh daripada cahaya matahari menghasilkan tenaga _____. 2. Sumber akan _______ jika digunakan tanpa kawalan. 3. Tenaga yang diperoleh daripada matahari dipanggil tenaga _____. 4. Tenaga ____ digunakan di Perancis dan China. 5. Tenaga ____ digunakan di Jepun. MELINTANG: 1. ________ digunakan untuk mengurangkan pergantungan terhadap sumber semulajadi. 2. Sumber ____ akan pupus kerana sumber ini tidak dapat diperbaharui. 3. Bahan sisa pertanian menghasilkan tenaga elektrik ___. 4. Melalui pembinaan empangan, kita dapat menjana tenaga kuasa ___.

You might also like