You are on page 1of 12

KESAHAN UJIAN

Kesahan bermaksud tepat atau benar. Kesahan ujian merujuk kepada setakat mana sesuatu ujian dapat memenuhi objektifnya. Ujian diharapkan dapat betul-betul mengukur dan menilai dengan tepat tujuan menguji. Jika sesusutu ujian itu sah maka dikatakan ujian itu mengukur apa yang sepatutnya diikur.

Jika objektif pengajaran memerlukan pelajar dapat merumuskan teks berdasarkan bahan rangsangan maka ujian yang sah ialah memberikan pelajar ruang untuk merumuskan berdasarkan bahan rangsangan.
Jika pelajar dikatakan telah menguasai objektif tersebut serta dapat menunjukkan kebolehan mereka dalam ujian maka guru boleh mentafsirkan pelajar tersebut telah menguasai objektif perlakuan yang telah ditetapkan.

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Ujian yang sah dapat membantu guru dalam

mengenal pasti pelajar yang telah menguasai kemahiran yang belum menguasai kemahiran tersebut.

Kesahan ujian

untuk perkara khusus, mengikut perubahan masa, mengikut keadaan pentadbiran ujian dan mengikut populasi atau kumpulan sasaran yang khusus.

Kesahan isi

Ciri ujian yang penting dan paling kerap digunakan. Ujian itu dikatakan ujian yang benar dan tepat menguji isi kandungan mata pelajaran mengikut tujuan dan aras kemahiran yang ditentukan. Cara penentuan ialah melalui Jadual Penentuan Ujian (JPU). Ini dapat menentukan item-item yang digubal tidak terkeluar daripada isi yang hendak diuji jika JPU dirancang dengan teliti.

Kesahan gagasan

Ciri yang sah yang terkandung dalam ujian yang digunakan untuk
mengukur trait, tingkah laku atau trait mental manusia.

Banyak digunakan
untuk mengkaji tingkah laku dan interaksi manusia dalam masyarakat banyak bergantung kepada teori psikologi dan sosiologi.

Contohnya ujian untuk menguji nilai moral manusia yang disandarkan kepada beberapa hipotesis. Jika hipotesis tersebut dapat dibuktikan kebenarannya, maka ujian yang digunakan itu mempunyai ciri kesahan gagasan yang tinggi.

Kesahan ramalan

Ciri ujian yang berkaitan dengan


kebolehan meramal keupayaan kelayakan sesorang calon dalam menjalankan tugas kerjayanya pada masa depan.

Keputusan peperiksaan percubaan boleh meramalkan keputusan peperiksaan awam. Keputusan peperiksaan STPM dapat meramalkan kelayakan calon untuk melanjutkan pelajaran ke IPT

Ujian UKELP, MEdSI dapat meramal kualiti guru yang berkesan. Untuk mendapat kesahan ramalan yang tinggi ujian yang dibina perlulah benar-benar menguji perkaraperkara yang berkaitan dengan

keupayaan, kemahiran atau kelayakan yang diperlukan

Kesahan serentak

Merujuk kepada
pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian adalah selaras dengan pencapaian dahulu dalam sesuatu ujian lain. Ciri kesahan serentak ditentukan dengan mentadbirkan dua set ujian yang serupa dalam masa yang berlainan. Sekiranya keputusan ujian hampir sama, boleh dikatakan ujian tersebut mempunyai kesahan serentak yang tinggi.

Faktor yang mempengaruhi

Kelemahan membina butiran


Guru tidak mengawal aras kesukaran dengan baik. Penulisan ayat yang kabut sama ada dalam arahan atau dalam butriran ujian. Terdapat petunjuk dalam soalan yang memudahkan calon memperoleh jawapan. Kesalahan dalam mengenal pasti aras objektif pengajaran bagi butiran ujian.

Ujian tidak terlalu pendek. Kelemahan dalam mentadbi ujian dan memarkat ujian. Gerak balas pelajar.

You might also like