Professional Documents
Culture Documents
Keusahawanan Perhebat
Keusahawanan Perhebat
PENGENALAN
Laporan dari Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) mengatakan bahawa senario usahawan di Malaysia sentiasa berubah mengikut masa. Perkembangan ekonomi negara yang dinamik telah menggalakan lagi pertumbuhan usahawan dan turut memberi cabaran kepada institusi-institusi pembangunan usahawan Malaysia. Kini konsep keusahawanan agak berbeza dari masa lalu, sejajar dengan perubahan masa.
PENGENALAN
Nor Aishah Buang (2002) menyatakan bahawa sikap keusahawanan atau kecenderungan ke arah keusahawanan banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai hidup seseorang itu. Tidak semua orang boleh menjadi usahawan yang berjaya sekiranya tidak ada ciri-ciri atau sifat semulajadi ke arah keusahawanan dalam diri seseorang. Ciri-ciri atau sifat ini dikatakan boleh dibentuk atau keadaan semulajadi yang ada dalam diri seseorang.
PERSOALAN KAJIAN
Adakah pelajar PERHEBAT mempunyai ciri-ciri ketrampilan usahawan dalam diri mereka? Adakah pelajar PERHEBAT mempunyai kecenderungan untuk menceburi bidang keusahawanan.
PERNYATAAN MASALAH
Keusahawanan adalah sesuatu yang menjadi ciri wajib dan relevan untuk mendokong kejayaan Model Baru Ekonomi. Sebagai pelajar di kolej komuniti, golongan PERHEBAT juga tidak ketinggalan untuk menceburi diri mereka dalam alam keusahawanan. Kursus kemahiran yang diambil membolehkan mereka menambahkan pengetahuan teknikal mereka untuk mengembangkan potensi diri di masa hadapan. Dengan kemahiran yang dimiliki apakah mereka benar-benar akan menjadi usahawan. Persoalannya di sini, adakah mereka benar-benar ingin menjadi usahawan dan apakah faktor yang menarik mereka untuk menceburi bidang keusahawanan tersebut.
KAJIAN LITERATUR
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera, 1994 di bawah kuasa Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Penubuhan perbadanan ini adalah atas nasihat Panel Pelaburan dengan kelulusan Menteri Pertahanan dan persetujuan Menteri Kewangan. Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1994 ini telah diwartakan pada 25 Ogos 1994 dan berkuatkuasa mulai 30 Ogos 1994. Pada tahun 2010, PERHEBAT telah menjalinkan kerjasama dengan PERNAMA memperkenalkan Program Usahawan Francais 7 Eleven kepada pesara ATM. Di bawah program ini, pesara ATM mendapat peluang perniagaan mengusahakan outlet 7 Eleven dengan kos modal yang rendah melalui sumber pembiayaan PUNB dan PERNAMA.
KEUSAHAWANAN
Keusahawanan adalah aktiviti merebut peluang tanpa henti yang melibatkan pengwujudan sebuah organisasi dengan harapan terdapat nilai tambah dalam penglibatan dari kewujudan tersebut. Ab. Aziz Yusof (2000) menyatakan bahawa usahawan bukan sahaja mulia disisi agama semata-mata kerana kerja yang dilakukan memberi kebaikan kepada orang lain, tetapi juga disebabkan ciri-ciri dan sikap yang ada pada diri mereka. Di antaranya termasuklah berani mencuba, penetapan matlamat yang jelas, kreatif, inovatif, cekal, yakin diri, bertanggungjawab dan lain-lain lagi
METODOLOGI KAJIAN
Populasi dan sampel kajian ini terdiri daripada 83 orang pelajar-pelajar PERHEBAT 16 orang pelajar dari Kolej Komuniti Sungai Siput dan 67 orang pelajar dari Kolej Komuniti Selayang. Data-data akan dianalisis menggunakan perisian SPSS 14.0 (Statistical Package for Social Science). Pekali Kebolehpercayaan item adalah
0.74 untuk ciri-ciri ketrampilan usahawan dan 0.89 untuk faktor pendorong menceburi bidang keusahawanan
Perempuan
36 - 40 41 - 45 Lebih 46 Kolej Komuniti Kelulusan Akedamik KKSS KK Selayang PMR / LCE SPM / MCE DIPLOMA / STPM
8
20 59 4 16 67 28 49 6
9.6
24.1 71.1 4.8 19.3 80.7 33.7 59.0 7.2
Tahap Kesihatan
Biasa / Sederhana
Baik Amat Baik
12
47 24 21 62
14.5
56.6 28.9 25.3 74.7
Ya Tidak
Tahap
Tinggi
3.39 Sederhan a
3.59 Sederhan a 3.68 Sederhan a
Kepimpinan
Min Keseluruhan Ketrampilan Usahawan
Tinggi
Tinggi
Terima kasih