You are on page 1of 16

KEMENTERIAN PENDIDKAN MALAYSIA

KECENDERUNGAN KERJAYA KEUSAHAWAAN DALAM KALANGAN PELAJAR PERHEBAT DI KOLEJ KOMUNITI


YUFIZA BINTI MOHD YUSOF KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT fairlady_iz@yahoo.com

Adventure Works: The ultimate source for outdoor equipment

PERUTUSAN TAHUN BAHARU KP JPKK, 2013


..Keutamaan turut diberi kepada program keusahawan yang mempunyai peranan yang besar sebagai peneraju perubahan dalam pembangunan negara. Justeru itu, beberapa program telah dirangka untuk mencapai hasrat tersebut. Antaranya ialah program pembudayaan dan pemantapan keusahawanan. Beberapa program pengukuhan dan Flagship Program akan diperkukuhkan dengan pelbagai agenda seperti cabaran keusahawanan, showcase Usahawan Kolej Komuniti: 1 e-Tech 1 Bisnes, online business challenge dan keusahawanan sosial. Bagi melahirkan usahawan yang berjiwa murni, pendedahan kepada keusahawanan sosial juga akan diberi keutamaan. Pada tahun ini, Anugerah Keusahawanan akan diperkenalkan, sebagai dorongan ke arah melahirkan pelajar, tenaga pengajar, serta kolej komuniti yang cemerlang dan komited dengan usaha pembangunan keusahawanan..

PENGENALAN
Laporan dari Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) mengatakan bahawa senario usahawan di Malaysia sentiasa berubah mengikut masa. Perkembangan ekonomi negara yang dinamik telah menggalakan lagi pertumbuhan usahawan dan turut memberi cabaran kepada institusi-institusi pembangunan usahawan Malaysia. Kini konsep keusahawanan agak berbeza dari masa lalu, sejajar dengan perubahan masa.

PENGENALAN
Nor Aishah Buang (2002) menyatakan bahawa sikap keusahawanan atau kecenderungan ke arah keusahawanan banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai hidup seseorang itu. Tidak semua orang boleh menjadi usahawan yang berjaya sekiranya tidak ada ciri-ciri atau sifat semulajadi ke arah keusahawanan dalam diri seseorang. Ciri-ciri atau sifat ini dikatakan boleh dibentuk atau keadaan semulajadi yang ada dalam diri seseorang.

PERSOALAN KAJIAN
Adakah pelajar PERHEBAT mempunyai ciri-ciri ketrampilan usahawan dalam diri mereka? Adakah pelajar PERHEBAT mempunyai kecenderungan untuk menceburi bidang keusahawanan.

PERNYATAAN MASALAH
Keusahawanan adalah sesuatu yang menjadi ciri wajib dan relevan untuk mendokong kejayaan Model Baru Ekonomi. Sebagai pelajar di kolej komuniti, golongan PERHEBAT juga tidak ketinggalan untuk menceburi diri mereka dalam alam keusahawanan. Kursus kemahiran yang diambil membolehkan mereka menambahkan pengetahuan teknikal mereka untuk mengembangkan potensi diri di masa hadapan. Dengan kemahiran yang dimiliki apakah mereka benar-benar akan menjadi usahawan. Persoalannya di sini, adakah mereka benar-benar ingin menjadi usahawan dan apakah faktor yang menarik mereka untuk menceburi bidang keusahawanan tersebut.

KAJIAN LITERATUR
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera, 1994 di bawah kuasa Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Penubuhan perbadanan ini adalah atas nasihat Panel Pelaburan dengan kelulusan Menteri Pertahanan dan persetujuan Menteri Kewangan. Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1994 ini telah diwartakan pada 25 Ogos 1994 dan berkuatkuasa mulai 30 Ogos 1994. Pada tahun 2010, PERHEBAT telah menjalinkan kerjasama dengan PERNAMA memperkenalkan Program Usahawan Francais 7 Eleven kepada pesara ATM. Di bawah program ini, pesara ATM mendapat peluang perniagaan mengusahakan outlet 7 Eleven dengan kos modal yang rendah melalui sumber pembiayaan PUNB dan PERNAMA.

KEUSAHAWANAN
Keusahawanan adalah aktiviti merebut peluang tanpa henti yang melibatkan pengwujudan sebuah organisasi dengan harapan terdapat nilai tambah dalam penglibatan dari kewujudan tersebut. Ab. Aziz Yusof (2000) menyatakan bahawa usahawan bukan sahaja mulia disisi agama semata-mata kerana kerja yang dilakukan memberi kebaikan kepada orang lain, tetapi juga disebabkan ciri-ciri dan sikap yang ada pada diri mereka. Di antaranya termasuklah berani mencuba, penetapan matlamat yang jelas, kreatif, inovatif, cekal, yakin diri, bertanggungjawab dan lain-lain lagi

KETRAMPILAN USAHAWAN YANG BERJAYA


Antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada diri seorang usahawan untuk berjaya mengikut pandangan Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1997), Zafir dan Fazilah (2003) terdiri daripada tekun bekerja, rajin dan gigih, tabah hati, menetapkan standard untuk berjaya, tumpuan pada masa hadapan, tidak bergantung kepada nasib, bertanggungjawab, berdikari, yakin diri, berwawasan, kreatif dan inovatif, mencari maklum balas, desakan supaya berjaya, bekerja berpasukan, berorentasikan peluang, boleh dipercayai dan jujur, kemampuan fizikal yang memuaskan, tabah menghadapi kesamaran dan kegagalan dan mengambil risiko.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG INDIVIDU MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN


Kolvereid (1996) telah mengklasifikasikan 11 jenis item-item pendorong memilih bekerja sendiri berbanding bekerja makan gaji, yang terdiri daripada keselamatan, peluang ekonomi, kuasa dan autonomi, persekitaran sosial, beban kerja, cabaran, kepuasan diri, penglibatan diri dalam semua proses keusahawanan, mengelakkan diri dari tanggungjawab dan kerjaya. Menurut Hisrich (2000), karier keusahawanan dipengaruhi oleh latarbelakang pekerjaan ibubapa di mana seseorang usahawan kebiasaannya mempunyai bapa yang bekerja sendiri sebagai usahawan dan begitu juga dengan ibu yang merupakan seorang usahawan .

METODOLOGI KAJIAN
Populasi dan sampel kajian ini terdiri daripada 83 orang pelajar-pelajar PERHEBAT 16 orang pelajar dari Kolej Komuniti Sungai Siput dan 67 orang pelajar dari Kolej Komuniti Selayang. Data-data akan dianalisis menggunakan perisian SPSS 14.0 (Statistical Package for Social Science). Pekali Kebolehpercayaan item adalah
0.74 untuk ciri-ciri ketrampilan usahawan dan 0.89 untuk faktor pendorong menceburi bidang keusahawanan

DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS


FAKTOR DEMOGRAFI Jantina Usia Lelaki ITEM JUMLAH 75 KEKERAPAN (%) 90.4

Perempuan
36 - 40 41 - 45 Lebih 46 Kolej Komuniti Kelulusan Akedamik KKSS KK Selayang PMR / LCE SPM / MCE DIPLOMA / STPM

8
20 59 4 16 67 28 49 6

9.6
24.1 71.1 4.8 19.3 80.7 33.7 59.0 7.2

Tahap Kesihatan

Biasa / Sederhana
Baik Amat Baik

12
47 24 21 62

14.5
56.6 28.9 25.3 74.7

Mengikuti Kursus Keusahawanan

Ya Tidak

MIN KESELURUHAN KETRAMPILAN USAHAWAN


Bil. Perkara Min
3.95

Tahap
Tinggi

1. Komitmen, Tanggungjawab, Keazaman Dan Kreativiti

2. Inovasi, Menghadapi Risiko,


Berwawasan Dan Bertenaga 3 Berpengetahuan, Jujur Dan

3.39 Sederhan a
3.59 Sederhan a 3.68 Sederhan a

Kepimpinan
Min Keseluruhan Ketrampilan Usahawan

MIN KESELURUHAN KECENDERUNGAN MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN


Bil. Perkara Min Tahap

1. Kepuasan & Kebebasan 2. Pendidikan, Pengetahuan & Inovasi

3.74 Sederhana 4.12 Tinggi

3. Peranan, Kejayaan Dan Pengiktirafan 4.04


Min Keseluruhan Kecenderungan Menceburi Bidang Keusahawanan 3.93

Tinggi
Tinggi

KESIMPULAN DAN RUMUSAN


Menceburi bidang keusahawanan adalah merupakan keinginan pelajar PERHEBAT kerana faktor-faktor yang mendorong mereka adalah pada tahpa yang tinggi. Dari segi kepuasan dan kebebasan mereka menyatakan bahawan menjadi ingin menceburi bidang tersebut. Pendidikan dan pengiktirafan juga merupakan factor mereka ingin meceburi bidang keusahawanan. Skor min keseluruhan bagi kedua item ini adalah pada tahap tinggi. Kesimpulannya di sini, dapatlah dikatakan bahawa pelajar PERHEBAT ingin menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka setelah tamat pengajian di kolej komuniti.

Terima kasih

Adventure Works: The ultimate source for outdoor equipment

You might also like