You are on page 1of 2

SEJARAH QASIDAH....

Qasidah merupakan salah satu medium hiburan islam yang merupakan cara mudah untuk mengasah cinta dan rindu kepada habibuna nabi Muhammad S.A.W... Lagi indah jika dapat kita fahami dan hayati bait-bait maksudnya, owh,bisa menusuk kalbu bagi sesiapa yang betul menghayatinya, kesan qasidah,subhanallah...insyaAllah,cuba hayati pasti anda akan ketemu jawapannya... Alhamdulillah, dengan munculnya gelombang qasidah melayu di nusantara umumnya, diharap semakin ramai yang merasai cinta nabi.

SALAH satu jenis muzik dan sastera tertua dalam Islam adalah qasidah. Bahkan jika dikaji dari sejarahnya, seni ini sudah ada sebelum kedatangan Islam. Orang Arab yang terkenal memilik cita rasa tinggi terhadap puisi dan syair memperkenalkan qasidah sebagai salah satu bentuk syair yang diagung-agungkan mereka. Dalam masyarakat pra-Islam, qasidah adalah bait- bait syair (terdiri daripada 6-10 bait) yang memuatkan puji-pujian dan penghormatan kepada tokoh atau orang tertentu yang dianggap berjasa kepada masyarakat. Ketika Islam datang, kandungan qasidah berisi puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Qasidah kemudiannya dilagukan dengan iringan muzik. Qasidah moden Di Malaysia, qasidah sering dikaitkan dengan muzik Arab atau gambus yang diiringi rebana atau alat muzik khas Arab lain. Seiring dengan kemajuan teknologi dan penerimaan orang Islam terhadap muzik, qasidah turut mengalami modenisasi. Beberapa kumpulan qasidah bahkan menamakan diri mereka sebagai kumpulan "qasidah moden". Nyanyian mereka tidak lagi hanya diiringi rebana tetapi juga alat muzik elektronik moden. Al- muhalhal bin rabiah al- tuglabi Para penulis sastera Arab berpendapat, orang pertama yang mencipta qasidah ialah penyair Arab alMuhalhal bin Rabiah al- Tuglabi yang hidup beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad SAW lahir. Qasidah kemudian mengalami perkembangan ketika para penyair pra- Islam terkenal seperti Umru alQais, Alqamah dan ubaid menulis syair-syair qasidah dan membacakannya di depan Kaabah. Bahkan ada beberapa qasidah yang ditulis oleh Umru al- Qais yang menjadi sebahagian daripada syair yang digantung di dinding Kaabah.

Rebana Biasanya lagu-lagu qasidah diiringi rebana dan tamborin. Rebana berfungsi sebagai alat muzik yang mengiringi nyanyian lagu keagamaan berupa pujian terhadap Allah SWT dan rasul-Nya. Oleh sebab fungsinya yang demikian itulah maka alat muzik ini disebut rebana. Rebana berasal daripada kata rabbana, yang maksudnya wahai Tuhan kami (suatu doa atau pujian terhadap Tuhan). Al- mutanabbi Qasidah mencapai kemuncaknya pada zaman Abbasiyah. Para penyair Islam seperti al- Mutanabbi, tidak hanya mencipta syair qasidah, tetapi juga mengembangkan ilmu yang menjadi kaedah penulisannya, iaitu 'ilm 'arud. Pada zaman Mamluk, qasidah mendapat perhatian bersungguh- sungguh. Al-Busyiri, seorang penyair, mengarang himpunan qasidah yang dikenali dengan qasidah Burdah. Qasidah ini memuatkan pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Penulisan syair lagu Qasidah berzanji yang kini popular di kalangan masyarakat di Indonesia dan Malaysia, banyak dipengaruhi oleh buku karangan al-Busyiri.

You might also like