You are on page 1of 2

Mohd Shukri Bin Dulkarim MT/PJ/BM 1 (Ambilan Januari 2012)

Pada semester ini, bagi subjek Pendidikan Jasamani, kami perlu memenuhi sukatan proforma berkaitan dengan lawatan ilmiah pengurusan dan pentadbiran sukan. Oleh yang demikian, kumpulan saya iaitu kumpulan MT/PJ/BM 1 telah bergabung tenaga dengan kumpulan MT/PJ/BM 2 untuk melaksanakan dan mengelolakan lawatan ilmiah ke zon yang telah ditetapkan iaitu di zon barat. Pada mulanya, kami telah diberikan taklimat oleh pensyarah penyelaran dan pensyarah penasihat berkaitan dengan proses serta prosedur pelaksanaan program lawatan ini. Bagi saya, taklimat seperti ini penting bagi memastikan setiap individu mendapat gambaran sebenar tentang perkara yang hendak dilaksanakan. Selepas mendapat taklimat, kami telah mengadakan mesyuarat bagi melantik organisasi jawatankuasa pengelola bagi lawatan ilmiah tersebut. Setelah terbentuk jawatankuasa, kami telah meneruskan perbincangan mengenai tempat yang akan dilawati. Pembahagian tugas mengikut jawatankuasa telah diberikan bagi melancarkan proses merancang dan melaksanakan program lawatan ini. Pada pendapat saya, sesebuah organisasi jawatankuasa bagi sesuatu program memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kelancaran programyang akan dijalankan. Selepas bersepakat membuat perbincangan, kami telah memilih Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara dan Sekolah Sukan Bukit Jalil sebagai destinasi lawatan ilmiah kami. Semua jawatankuasa telah memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan program lawatan tersebut. Sebelum bermulanya lawatan, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat bagi menyelarakan tugas-tugas jawatankuasa yang telah diberikan. Dalam melaksanakan sesuatu program, mesyuarat sangat penting dilaksanakan bagi memastikan keselarasan dan kelancaran proses persediaan sebelum bermulanya program. Melalui beberapa mesyuarat yang dijalankan, sedikit sebanyak ianya membantu kami menyelesaikan dan berbincang mengenai masalahmasalah yang dihadapi dalam setiap jawatankuasa. Pada tarikh 18 Februari 2013, kami telah bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 9 malam dan tiba ke destinasi pada jam 9 pagi dengan menaiki bas IPG. Sepanjang perjalanan, tiada masalah yang dihadapi dan berjalan dengan lancar. Kami telah melapor diri di IPG Kampus Bahasa Melayu Antarabangsa sebagai tempat penginapan kami selepas pergi ke Majlis sukan Olimpik. Pada hari kedua, kami telah memulakan lawatan ilmiah kami

ke Majlis Sukan Negara. Kami tiba di sana lebih kurang jam 9 pagi dan disambut meriah oleh kakitangan dan pegawai Majlis Sukan Negara. Kami telah dibawa oleh pegawai-pegawai untuk melawat sekitar kawasan MSN. Saya dan rakan begitu teruja dan terpesona dengan kemudahan-kemudahan tempat latihan atlet seperti padang,gym dan banyak lagi. Kami begitu bertuah kerana berpeluang melihat

sendiri latihan atlit angkat berat yang sedang menjalani latihan di MSN. Selepas dibawa melawat sekitar kawasan MSN, saya dan rakan-rakan yang lain telah diberikan taklimat oleh pegawai-pegawai MSN. Banyak input yang telah kami perolehi sepanjang taklimat pentadbiran, tersebut. dan Contohnya dari Pada segi pengurusan saya,

sukan,kemudahan,

sebagainya.

pandangan

pengurusan sukan terutamanya pentadbiran kewangan, penyelenggaraan dan kemudahan tempat sukan adalah suatu elemen yang sangat penting bagi memastikan sesbuah institusi sukan itu berjaya. Banyak juga soalan-soalan yang berkaitan dengan pengurusan sukan MSN telah diajukan dari pihak kami. Pada hari yang sama, kami telah pergi melawat ke Sekolah Sukan Bukit Jalil bagi melihat pengurusan dan pentadbiran sukan di sana. Banyak juga input yang telah kami perolehi sepanjang lawatan di sana. Melalui taklimat dan sesi soala jawab yang dijalankan, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak SSBJ dalam mencari bakatbakat baru untuk masuk ke sekolah tersebut. Bukan itu sahaja mereka telah membuat satu pengurusan yang sistematik bagi melatih serta mengajar murid supaya seimbang dari segi pelajaran dan juga sukan. Banyak pengorbanan yang dibuat oleh guru-guru yang mengajar di sana untuk mendidik anak murid yang berjaya dan dapat mengharumkan nama negeara dalam bidang sukan.Oleh yang demikian, sepanjang program lawatan ini berlangsung sama ada pada sebelum lawatan, semasa dan selepas lawatan banyak memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada saya dalam merancang rang merencanakan program. Melalui lawatan ilmiah ini, ianya sedikit membantu saya mengaplikasikan segala pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh sewaktu berada di sekolah kelak.

You might also like