You are on page 1of 3

ISL MINGGU 14 (PENULISAN REFLEKTIF )

Sepanjang mengikuti kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profession (EDU 3108), banyak yang saya pelajari mengenai profession keguruan, cabaran-cabaran pendidik, isu-isu etika guru dan banyak lagi berkenaan dengan Profession Keguruan. Puan Nurul selaku pensyarah pembimbing banyak memberi input dan beliau tidak pernah lokek memberi maklumat dan berkongsi pengalaman beliau sepanjang menajdi seorang pendidik.Sepanjang belajar mata pelajaran ini, antara tajuk yang memberi kesan kepada saya ialah berkenaan dengan guru ponteng disebabkan kurangnya pemantauan dari pihak pentadbir.

Dalam era liberalisasi dan pendemokrasian pendidikan, prestasi sekolah tidak boleh bergantung kepada kepimpinan Guru Besar sahaja. Pentadbir mempunyai tugas dan kewajipan untuk menggembang dan menggilapkan guru-guru menjadi pemimpin. Pentadbir yang prihatin seharusnya mengambil berat akan masalah kakitangan bawahan. Bukan bermaskud untuk mencampuri urusan guru berkenaan, tetapi bagi mengelakkan berlakunya salah laku dalam kalangan guru yang menjejaskan tugas mereka. Kurang galakan dan pemantauan dari pihak pentadbir menjadi salah satu faktor guru melanggar etika keguruan termasuklah wujudnya isu guru sering ponteng sekolah atau ponteng kelas dan majlis yang diadakan di sekolah.

Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengan sebab yang tidak munasabah. Antara alasan-alasan yang sering diutarakan oleh guru ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Terdapat juga guru yang ponteng sekolah dengan mengambil peluang pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Ponteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat masuk ke dalam kelas dengan sengaja. Sikap guru yang tidak serius dan suka melepak di kantin sekolah, bergosip, melayari facebook dan berjualan memberi kesan yang mendalam kepada murid.

Guru ponteng merupakan salah satu isu yang semakin menjadi perhatian banyak pihak apabila bilangan kes guru ponteng dilaporkan semakin meningkat dari hari ke hari.

Keratan akhbar di atas dipetik daripada sebuah akhbar tempatan terkemuka, Berita Harian bertarikh 27 Jun 2010 yang melaporkan bahawa kes salah laku guru terutama guru ponteng semakin meningkat dan perlu dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada para guru yang ponten mengajar bahawa mereka yang melakukan demikian akan dikenakan tindakan disiplin (Berita Harian,2010). Guru yang ponteng kerja dianggap telah melanggar peraturan dan etika kerja seorang guru.

Kesannya pencapaian murid akan merosot disebabkan guru tidak dapat mengajar dan menghabiskan silibus. Ramai murid juga akan tercicir dalam pelajaran dan tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam ujian atau peperiksaan yang dijalankan. Menurut Finlayson (2003) sekiranyaseorang guru melakukan masalah dan masalahnya tidak bertambah baik, maka ianya akan memberi kesan yang negatif terhadap tahap pendidikan. Guru yang sering ponteng juga akan dikenakan tindakan disiplin seperti digantung kerja atau diberikan sesi kaunseling. Selain daripada itu, tahap produktiviti guru juga semakin berkurang dan hasilnya pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan tidak berkualiti sekaligus mencemarkan imej sekolah.

Pembangunan insan dan Negara terletak pada seorang guru dan kini guru berhadapan dengan pelbagai isu yang sememangnya boleh menjejaskan imej

professionalism keguruan. Peranan dan tanggungjawab seorang guru memberi impak yang besar samaada kepada diri sendiri, sekolah, murid dan juga masyarakat. Profession perguruan merupakan profession paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada anak bangsa. Seharusnya sebagai seorang guru, kita perlu sedar dan memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dan melaksanakan tugas dengan penuhh integriti. Pelbagai faktor yang menjadi penyumbang berlakunya isu etika guru dan akhirnya membawa kepada banyak implikasi yang tidak baik kepada pelbagai pihak.

Kesimpulannya, dalam menempuh kehidupan sebagai seorang guru, seseorang itu hendaklah membuat persediaan yang rapi dari pelbagai aspek terutamanya dari segi ketahanan mental. Ini kerana dalam dunia globalisasi pada hari ini, kerjaya seorang guru dilihat sebagai perkhidmatan yang mencabar dan ia sememangnya memerlukan pengorbanan yang tinggi. Oleh itu sebagai seorang guru perlu kena meningkatkan

kebolehan diri dan melaksanakan tanggungjawab mendidik generasi akan datang agar dapat melahirkan insan yang berpengetahuan dan juga seimbang dari segi tingkahlaku dan emosi. Selain daripada itu, guru juga perlu bijak menangani masalah yang timbul dengan meningkatkan kemahiran melalui program atau kursus-kursus yang dianjurkan bagi guru.

You might also like