You are on page 1of 14

Topik X Muzik

10
1. 2. 3. 4.

Masyarakat Malaysia Caklempong

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Mengenal pasti latar belakang muzik tradisional Caklempong di Malaysia; Mengenal pasti ciri-ciri dan klasifikasi alat muzik caklempong; Mengenal pasti elemen-elemen muzik caklempong; dan Menghasilkan lirik untuk lagu caklempong.

X PENGENALAN
Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kesenian termasuk muzik tradisi? Negara ini didiami pelbagai bangsa dan kaum yang bebas mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing. Dari negeri Perlis hinggalah ke Sabah, pelbagai jenis muzik tradisi boleh anda pelajari. Antaranya adalah muzik caklempong yang terkenal di Negeri Sembilan. Muzik caklempong berasal dari Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Perpindahan masyarakat Minangkabau ke Negeri Sembilan pada sekitar abad ke-19 dahulu turut membawa kesenian Minangkabau. Ada juga pendapat yang menyatakan caklempong berasal dari Asia Tenggara yang mempunyai kaitan dengan agama Hindu yang menyebarkannya ke seluruh kepulauan Nusantara termasuklah Sumatera Barat. Dalam kepercayaan mitos, alat muzik caklempong ini datangnya dari kayangan. Kemungkinan mitos ini timbul bagi tujuan memuliakan alat muzik caklempong jika dibandingkan dengan alat muzik lain.

154 X TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

Tahukah anda? Permainan caklempong digunakan dalam majlis rasmi dan majlis perkahwinan. Permainan caklempong juga digunakan dalam persembahan randai. Selain dari caklempong yang dimainkan secara duduk, caklempong pacik yang dimainkan secara berdiri juga banyak dimainkan oleh masyarakat Minangkabau.

SEMAK KENDIRI 10.1


1. 2. Jelaskan falsafah muzik caklempong. Berikan ciri-ciri muzik caklempong.

10.1 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG


Falsafah muzik caklempong mementingkan kelembutan dan kesopanan. Ianya mencerminkan elemen-elemen ini yang telah diwarisi oleh masyarakat Minangkabau. Persembahan caklempong adalah gambaran kehidupan masyarakat yang mementingkan aspek kekeluargaan, menghormati antara satu sama lain dan menghormati orang-orang tua. Caklempong atau dikenali sebagai talimpung merupakan alat muzik Melayu tradisi yang diwarisi turun temurun sejak dahulu lagi (Rajah 10.1). Ianya sangat terkenal di Negeri Sembilan. Ensembel muzik caklempong ini berasal dari Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatera Barat. Ianya telah lama wujud semenjak abad ke-12 lagi. Muzik ini telah dibawa ke Negeri Sembilan semasa penghijrahan orang-orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Kewujudan ensembel muzik caklempong hingga ke hari ini adalah demi menjaga dan mempertahankan warisan budaya yang telah diamalkan oleh generasi dahulu. Bagi mereka, nilai yang tersirat dalam permainan caklempong terlalu tinggi. Kaedah pembelajaran muzik ini adalah kaedah rote learning iaitu satu kaedah yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara berguru.

TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

W 155

Rajah 10.1: Persembahan caklempong Sumber: http://laguminanglamo.wordpress.com

Fungsi muzik tradisional pada asasnya digunakan untuk mengiringi pekerjaan, ritual perubatan, kehidupan, upacara rasmi, keagamaan, tarian dan mewakili sanubari. Fungsi ini termasuklah permainan muzik caklempong. Muzik tradisional pada asasnya mempunyai tujuan untuk berhibur. Pada zaman dahulu, di kampung-kampung tidak mempunyai hiburan lain selain daripada muzik tradisi. Muzik ini juga sebagai penghubung antara satu sama lain. Dalam karya lagu Mudik Arau misalnya; lagu ini memberi gambaran tentang kekecewaan untuk memiliki cinta seseorang. Perihal kekecewaan dan sebaliknya mampu dirasai oleh orang lain. Selain daripada itu, fungsi muzik caklempong adalah sebagai muzik untuk pesta, perkahwinan, majlis-majlis rasmi dan upacara yang melibatkan pegawaipegawai kanan sesebuah negeri. Ia juga digunakan untuk memperkenalkan identiti budaya kepada pelancong-pelancong asing. Caklempong kini telah diterima oleh semua golongan, tempat dan masa. Jika dahulu caklempong hanya dipersembahkan di kampung-kampung bagi tujuan menyambut perkahwinan atau majlis-majlis kecil, kini caklempong mampu mengiringi persembahan nyanyian lagu-lagu popular, mengiringi tarian piring, tarian lilin, silat dan sebagainya. Caklempong pada waktu ini telah melalui perubahan. Alat-alat muzik caklempong telah ditambahkan dengan alat muzik moden seperti kibod synthesizer, set dram lengkap, gitar bes dan gitar. Alat-alat ini dikategorikan dalam elektrofon. Ensembel ini tidak mempunyai ciri-ciri caklempong yang asli. Ia telah mengalami pengaruh dari muzik Barat.

10.1.1 Ciri-ciri Muzik


Antara ciri-ciri muzik caklempong adalah seperti berikut: (a) Permainan caklempong menggunakan notasi dan simbol seperti notasi dan simbol-simbol tanda rehat muzik Barat. Skor lagu-lagu caklempong ditulis dan dibaca dalam skor standard notasi Barat. Walau bagaimanapun ada sesetengah penggiat muzik menggunakan sistem nombor seperti di bawah bagi mewakili setiap not dan pic yang dimainkan. Sila rujuk jadual di bawah.

156 X TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

Sistem: Notasi Barat Nombor C 1 D 2 E 3 F 4 G 5 A 6 B 7 C 1

(b)

Ensembel muzik caklempong kebiasaannya dipersembahkan dalam tiga posisi yang utama iaitu: Tegak iaitu semua pemain berdiri di mana gong-gong kecil atau bonang diletakkan di dalam tepak kayu yang mempunyai kaki setinggi satu meter. Duduk iaitu semua pemain bermain dalam keadaan duduk bersila dan kedudukan tepak kayu yang berisi gong-gong kecil atau bonang itu diletakkan di atas lantai. Berjalan atau pacik. Permainan caklempong sambil berjalan atau berarak dipanggil Pacik. Ia dimainkan dengan memegang dua gong kecil atau bonang dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi bagi tujuan mengetuk atau memukul. Permainan ini seakan bermain kompang.

(c)

Muzik caklempong mempunyai tekstur homofoni. Ensembel caklempong mengandungi lebih daripada dua lapisan suara dan mempunyai muzik iringan. Gereteh 1 memainkan melodi utama, gereteh 2 memainkan lapisan kedua, sauwa dan tingkah memainkan dua not serentak dalam pelbagai corak irama. Gendang ibu dan anak mengiringi permainan hingga selesai. Ensembel caklempong menggunakan serunai untuk memainkan bahagian solo dan bahagian melodi utama secara bergilir-gilir dengan gereteh. Ada kalanya serunai dimainkan secara improvisasi atau ad-lib.

TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

W 157

10.1.2 Klasifikasi Alat Muzik yang digunakan


Sesebuah ensembel caklempong terdiri daripada enam hingga lapan orang pemain muzik. Permainan caklempong terdiri daripada alat-alat muzik tiupan (erofon), gendangan (membranofon) dan alat paluan yang diperbuat daripada tembaga (metalofon). Secara terperincinya alat-alat muzik adalah seperti berikut (Rajah 10.2): (i) (ii) Gereteh Sauwa

(iii) Tingkah (iv) Gendang Ibu (v) Gendang Anak

(vi) Serunai (vii) Bangsi (viii) Pupuik Caklempong juga mengalami perubahan seperti permainan muzik tradisional yang lain. Ada sesetengah permainan caklempong menggunakan alat muzik moden seperti gitar, tamborin, set dram, gitar bes, akordian, flut dan kibod. Setiap alat-alat muzik caklempong mempunyai bentuk dan bunyi yang berlainan yang pastinya mempunyai peranan-peranan yang tersendiri.

Rajah 10.2: Alat muzik asas permainan caklempong

158 X TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

SEMAK KENDIRI 10.2


Bincangkan peranan setiap alat muzik dalam permainan caklempong.

10.2 MENGANALISA KARYA / CONTOH MUZIK CAKLEMPONG


10.2.1 Mengenalpasti dan Penerangan Elemen-elemen Muzik yang Terdapat dalam Karya Muzik Caklempong
Dalam membuat pengenalpastian dan penerangan elemen-elemen muzik dalam caklempong, anda perlu memahami aspek-aspek yang boleh dianalisakan. Antaranya adalah seperti berikut: (i) (ii) Alat Muzik Bentuk

(iii) Skala (iv) Melodi Jeda dan Interval (v) Dinamik (vi) Irama (vii) Tekstur Skor selepas ini adalah keratan skor sebuah lagu yang sering dimainkan dalam permainan ensembel caklempong yang bertajuk Sogo ciptaan Nazar Abu Samah akan dijadikan contoh untuk anda membuat analisa. Alat muzik yang digunakan dalam lagu Sogo adalah gereteh 1, gereteh 2, sauwa, tingkah, canang, gendang ibu dan gendang anak. Dari sudut elemen-elemen dinamik, kurang ditandakan dalam skor lagu tersebut. Kebiasaannya tekanan dimainkan pada detik pertama. Paling ketara adalah bahagian alat muzik gendang. Tahap kekuatan dan kelembutan muzik yang sesuai dapat menghidupkan lagu dan menghasilkan sesuatu yang indah dan harmoni. Dari sudut harmoni pula, gabungan not-not yang dimainkan alat muzik sauwa tidak menghasilkan kord yang lengkap. Bentuk lagu Sogo adalah binari. Skala dalam lagu ini adalah skala C major. Lagu ini mempunyai tekstur homofoni.

TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

W 159

Mempunyai lebih dari satu lapisan pic dengan iringan gendang, sauwa (dua not dimainkan serentak) dan tingkah. Lagu ini menggunakan tanda masa yang bermaksud empat detik krocet dalam setiap bar.

160 X TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

10.2.2 Mengenal Pasti Alat-alat Muzik yang Digunakan dalam Karya


Sebelum anda ingin mengenal pasti alat-alat muzik yang digunakan dalam sesebuah karya, anda perlu memahami peranan yang dimainkan oleh setiap alat muzik. Alat-alat tersebut adalah gereteh, sauwa, tingkah, gendang dan alat-alat tiupan. Gereteh berperanan sebagai pembawa melodi. Kebiasaannya dalam sesebuah kumpulan caklempong mempunyai dua orang pemain gereteh. Set caklempong gereteh mempunyai 15 hingga 16 gong kecil yang disusun di atas tepak kayu. Baris depan mempunyai tujuh buah gong kecil dan di baris belakang mempunyai lapan buah gong kecil. Tuning atau penalaan bagi setiap gong ini mempunyai tuning yang standard seperti piano. Tingkah dalam muzik caklempong mempunyai lapan buah gong kecil yang sama bentuk dengan sauwa. Tingkah berfungsi memberi iringan kepada gereteh. Tingkah memainkan lapisan harmoni kepada melodi yang dimainkan oleh gereteh mengikut kord. Kebiasaannya pukulan irama pada tingkah dimainkan mengikut pola irama gendang. Ia dimainkan dalam bentuk ostinato. Dua not dimainkan serentak. Not pertama dimainkan dengan tangan kiri dan not ketiga dengan tangan kanan. Sauwa juga bertindak seperti tingkah. Ianya mempunyai lapan buah gong kecil yang sama bentuk dengan tingkah. Sauwa memainkan irama ostinato dan bergerak mengikut kord lagu yang dimainkan. Pemain sauwa akan mengetuk dua not serentak. Campuran caklempong tingkah dan sauwa akan membentuk kord lengkap bagi mengiringi melodi yang dimainkan oleh caklempong gereteh. Gendang ibu dan anak adalah terdiri dalam kategori alat yang dipalu dan perbuat dari kulit. Ianya ditegangkan dan bergetar apabila dipalu atau dipukul. Gendang ibu dan anak dikategori dalam keluarga membranofon. Badan gendang ini diperbuat daripada kayu. Kebiasaannya ianya diperbuat daripada kayu nangka. Gendang ibu lebih besar daripada gendang anak supaya menghasilkan getaran yang rendah yang dipanggil bass. Gendang Ibu berfungsi memainkan paluan dalam kiraan beat yang memberi tempo kepada pemain lain. Ia merupakan paluan asas. Gendang ibu dimainkan untuk mengawal rentak dengan pukulan yang sama dan berterusan. Ia juga dikenali sebagai pukulan dasar. Gendang Anak pula berperanan untuk memainkan paluan meningkah. Ia merupakan variasi atau bunga kepada paluan asas. Bangsi, serunai dan pupuik dikategorikan dalam alat muzik erofon. Alat muzik ini berperanan memainkan melodi kedua atau kaunter melodi dalam sesebuah persembahan caklempong. Bangsi adalah sebuah alat yang dibuat dari buluh. Warna ton yang terhasil sangat lembut dan mengeluarkan bunyi yang merdu. Penggunaannya bergantung pada kemahiran peniup. Jika peniup bangsi tinggi

TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

W 161

kemahirannya, dia akan memainkan melodi utama atau membuat ad-lib dan fillin terhadap melodi yang dimainkan oleh pemain gereteh. Serunai dan serunai berkembar merupakan alat yang lebih kecil daripada bangsi. Alat ini juga mempunyai fungsi sama dengan bangsi tetapi mempunyai not yang terhad iaitu hanya lima not sahaja.

AKTIVITI 10.1
Anda dikehendaki mencipta corak irama satu bar untuk gendang bagi tujuan iringan permainan muzik caklempong

10.3 AKTIVITI MENCIPTA


10.3.1 Mencipta Irama dalam Stail Muzik Caklempong
Gendang dalam permainan caklempong menggunakan sistem neumonik iaitu menggunakan huruf p bagi bunyi Pak dan b bagi bunyi Bum selain menggunakan notasi muzik Barat. Pak terhasil daripada bunyi yang dipalu pada bahagian tengah gendang dan bunyi Bum pula terhasil daripada paluan di tepi permukaan gendang. Contoh notasi yang menggunakan huruf sistem neumonik ini ditulis seperti rajah di bawah. |b b p p d p p |b b p p d p p ||

Fungsi garisan di bawah huruf p dan b adalah menggambarkan paluan tersebut dalam nilaian kuaver atau separuh daripada nilai satu detik; manakala huruf yang tidak bergaris itu membawa maksud nilainya satu detik atau nilaian krocet. Rajah di bawah adalah sistem notasi Barat bagi contoh notasi dalam huruf di atas.

Anda boleh mencipta pola irama dalam bentuk corak iramanya satu bar yang diulang-ulang bagi tujuan mengiringi permainan caklempong. Gereteh merupakan alat utama dalam permainan caklempong. Kebiasaannya dua set gereteh digunakan dalam caklempong. Satu set memainkan lapisan melodi pertama dan satu set lagi memainkan lapisan melodi kedua. Contoh di bawah adalah corak irama yang dimainkan oleh alat muzik gereteh.

162 X TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

Sauwa dan tingkah menggunakan set bonang yang sama. Anda boleh mencipta corak irama bagi mengiringi permainan caklempong. Sila lihat contoh di bawah ini.

Corak irama satu bar

Corak irama satu bar

10.3.2 Mencipta Lirik Lagu yang Dinyanyikan dengan Iringan Muzik Caklempong
Anda boleh menggunakan ensembel caklempong untuk menyanyikan lagu-lagu yang anda suka, sama ada lagu pop atau lagu rakyat. Cuba lihat lirik lagu Sayang Tak Sudah dalam bahasa Minang di bawah ini. Sayang Tak Sudah Iyo, iyo, taluak bayua ikannyo banyak Baok mamapeh, baok mamapeh, hai dari sampan Iyo, iyo, taluak bayua ikannyo banyak Baok mamapeh, baok mamapeh, hai dari sampan Ayam sikua, ayam sikua, musang kok banyak Raso ka lapeh, raso ka lapeh hai dari tangan Ayam sikua, ayam sikua, musang kok banyak Raso ka lapeh, raso ka lapeh hai dari tangan Iyo, iyo, rang Parik Putuih balapau randah Mambaok balam dalam sarangnyo Iyo, iyo, rang Parik Putuih balapau randah Mambaok balam dalam sarangnyo Kasih putuih, kasih putuih, sayang tak sudah Lauik nan dalam, lauik nan dalam nan dihadangnyo Kasih putuih, kasih putuih, sayang tak sudah Lauik nan dalam, lauik nan dalam nan dihadangnyo

TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

W 163

Jika anda perhatikan, lirik lagu di atas mempunyai empat baris di dalam setiap rangkap. Di akhir setiap baris pertama dan ketiga, baris kedua dan keempat mempunyai rima yang sama. Lirik lagu di atas juga jika dikaji mempunyai pengulangan. Lihat baris pertama dan ketiga. Begitu juga baris kedua dan keempat. Cuba anda kaji lirik lagu Ayam Deh Lapeh. Ayam Deh Lapeh Luruihlah jalan Payakumbuah Babelok jalan Kayu Jati Dima ati indak karusuah Ayam den lapeh ai ai ayam den lapeh Mandaki jalan Pandaisikek Basimpang jalan ka Biaro Di ma ati indak kamaupek Awak takicuah ai ai ayam den lapeh Sikucapang sikucapeh Saikua tabang saikua lapeh Tabanglah juo nan karimbo Oilah malang juo Pagaruyuang Batusangka Tampek bajalan urang baso Duduak tamanuang tiok sabanta Oi takana juo ai ai ayam den lapeh Den sangko lamang nasi tuai Kironyo tatumpah kuah gulai Awak ka pasa alah usai Oi lah malang denai O hoi ayam den lapeh
(Dipopularkan oleh Gumarang/Oslan Husein)

164 X TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

Anda boleh mencipta lirik lagu dengan menetapkan tema-tema tertentu. Tema yang boleh digunakan adalah tema kasih sayang, ekonomi, alam sekitar, kemanusiaan dan ketuhanan. Anda perlu memastikan lirik tersebut mempunyai bentuk-bentuk tertentu. Jika dalam muzik, sesebuah lagu mempunyai bentuk sama ada binari, tenari, stropik atau through-compose. Seperti contoh dalam lagu Ayam Deh Lapeh mempunyai lima rangkap. Anda dikehendaki mencipta sebuah lirik empat rangkap. Setiap rangkap mempunyai empat baris. Untuk menghasilkan lirik yang baik, perlu ambil kira penggunaan rima yang sama pada hujung setiap baris seperti sebuah pantun atau syair. Anda boleh mengumpul lagu-lagu dalam permainan muzik caklempong. Kebanyakan lagu-lagu caklempong dimainkan dalam bentuk instrumental. Berikut adalah senarai lagu-lagu caklempong yang sangat sinonim dengan masyarakat Minangkabau. Antara lagu-lagu yang sering dimainkan dalam ensembel caklempong adalah: (i) (ii) Mudik Arau Tak Tun Tun Gemalai Jagong

(iii) Sogo (iv) Kelok Sembilan (v) Ayam Deh Lapeh

(vi) Tupai Bagaluik (vii) Arak Marapulai (viii) Rantak (ix) Endang (x) Tarian Piring

(xi) Tiang Sembilan (xii) Raja Baradu

Fungsi muzik caklempong adalah sebagai muzik untuk pesta, perkahwinan, majlis-majlis rasmi dan upacara yang melibatkan pegawai-pegawai kanan sesebuah negeri. Ia juga digunakan untuk memperkenalkan identiti budaya kepada pelancong-pelancong asing.

TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

W 165

x x

Gereteh caklempong mempunyai dua lapisan susunan gong. Fungsi gereteh adalah memainkan melodi. Kebiasaannya dalam sesebuah kumpulan caklempong mempunyai dua orang pemain gereteh. Pada asasnya, muzik tradisional digunakan dalam mengiringi pekerjaan, ritual perubatan, kehidupan, upacara rasmi, keagamaan, tarian dan mewakili sanubari. Gendang ibu dan anak dikategori dalam keluarga membranofon. Gendang dalam permainan caklempong menggunakan sistem neumonik iaitu menggunakan huruf p bagi bunyi Pak dan b bagi bunyi Bum selain menggunakan notasi muzik Barat. Caklempong tingkah mempunyai lapan buah gong kecil yang sama bentuk dengan sauwa. Tingkah berfungsi memberi iringan kepada gereteh. Bangsi, serunai dan pupuik dikategorikan dalam alat muzik erofon. Alat muzik ini berperanan memainkan melodi kedua atau kaunter melodi dalam sesebuah persembahan caklempong. Serunai mempunyai lima pic dan berukuran 15sm hingga 16.5sm dan mempunyai empat lubang. Caklempong pacik yang dimainkan secara berdiri dan ada kalanya berjalan, banyak dimainkan oleh masyarakat Minangkabau.

x x

x x x

166 X TOPIK 10 MUZIK MASYARAKAT MALAYSIA CAKLEMPONG

Bangsi Elektrofon Erofon Gendang Ibu dan Anak Gereteh Membranofon Minangkabau

Muzik Rakyat Pacik Pupuik Sauwa Serunai Tingkah

Abdul Hamid Adnan (2004). Muzik caklempong. Ampang: Dawama Sdn. Bhd. Mohamed Ghouse Nausruddin. (2003). Muzik tradisional Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan S.B., & Matusky, P. (1998). Pengantar muzik Malaysia buku 1. Pulau Pinang: The Asian Centre. http://www.musicmall-asia.com/malaysia/folk/caklempong.html http://www.fascinatingmalaysia.com/unik/lempong.html http://www.caklempong.com/sejarah.htm http://www.about-malaysia.com/negeri_sembilan/culture-heritage.htm http://musicparadise.8m.com/malay_inst.htm http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Idio_Caklempong.htm http://www.warisenibudaya.com/caklempong.htm http://www.caklempong.com/muzik.asp

You might also like