You are on page 1of 24

Sama seperti zaman kolonialisme British, merangkumi : Tahap rendah, tahap menengah, latihan perguruan dan pendidikan tinggi

Sebelum tahun 1941 : Kadar pendaftaran murid di sekolah-sekolah kian meningkat Pusat-pusat pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan King Edward VII dan Raffles College tidak dapat berfungsi kerana digunakan untuk keperluan Kerajaan Jepun, ramai penuntut terhenti pengajian

Pada Tahun 1946 : Kolej-kolej tersebut dibuka semula Kerajaan British terpaksa menyediakan perbelanjaan yang agak tinggi untuk kerjakerja membaikpulih bangunan-bangunan dari segi infra struktur, kelengkapan dan kemudahan-kemudahan asas yang lain Kerajaan British juga merancang menstruktur semula sistem pendidikan negara Terhasil Rancangan Cheesman tetapi tidak berfokuskan kepada intergrasi sosial lalu lupus

Pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma dalam semia bahasa pengantar; Pendidikan peringkat menengah (sekolah pertengahan dan tinggi) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar; Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di semua sekolah vernakular

Pada Tahun 1949, selepas MU dimansuhkan : Orang Melayu menuntut reformasi dalam bidang pendidikan yang kemudiannya dimanifestasi dalam pelbagai laporan pendidikan Laporan-laporan termasuklah:
Laporan Barnes Laporan Fenn-Wu Ordinan Pelajaran 1952 Penyata Razak

Pada Tahun 1950, Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu. Jawatankuasa dipengerusikan oleh L.J.Barnes, Pengarah Bahagian Latihan Sosial Universiti Oxford ketika itu Jawatankuasa gagal mencadang sebarang penambahbaikan kepada sekolah-sekolah Melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhan.

Laporan Barnes pun mengemukakan satu cadangan radikal seperti yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran Melayu, Persekutuan Tanah Melayu (1951), iaitu menghapuskan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

Menubuhkan sekolah dwibahasa dimana bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan; Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi di sekolah. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang keranan pengajaran agama tidak diajar pada waktu persekolahan.

Berfokuskan kepada sekolah-sekolah Cina Pada Tahun 1951, Jawatankuasa Fenn-Wu ditubuhkan bawah pimpinan dua orang pengerusi, iaitu Dr Fenn, Setiausha Kerja Bersekutu kepada Lembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di negara China, dan Dr Wu yang bertugas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tanggungjawab Jawatankuasa : untuk mengkaji kehendak-kehendak masyarakat Cina yang mempunyai tanggapan bahawa Laporan Barnes berhasrat untuk menghapuskan bahasa dan budaya orang-orang Cina.

Hasil kajian :
- Orang Cina ingin mengekalkan bahasa ibunda mereka sebagai simbol identiti budaya - Orang Cina menyedari faedah dan manfaat mempelajari dan seterusnya menguasai tiga jenis bahasa; BC, BM dan BI - Orang India berkehendakkan bahasa-bahasa ibunda(Bahasa Tamil Telugu dan Punjabi) berkekalan di sekolah-sekolah Tamil.

Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dijadikan bahsa pengantar di sekolahsekolah vernakular

Kerajaan British menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pusat mengenai pendidikan Mengkaji cadangan-cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu serta mencari satu kompromi atau jalan tengah yang baik.

Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan Bahasa Inggeris secara beransuransur di sekolah-sekolah Melayu; Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina dan Tamil; Sekolah jenis kebangsaan (inggeris) dikekalkan; Pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan untuk murid-murid beragama Islam sama ada dalam kawasan sekolah mereka atau di kawasan lain yang berhampiran; Sekolah-sekolah vokasional diperkembagkan

Pada Tahun 1955, Kerajaan British menubuhkan satu Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pelajaran Jawatankuasa diketuai oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak b. Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu Tugas Jawantankuasa merangkumi:
-

Memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk perkara yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952; Mengesyorkan perubahan dan penyesuaian terhadap pendidikan

Laporan Jawatankuasa Pelajaran dikenali sebagai Penyata Razak yang dikemyukakan pada 6 Mei 1956 Matlamat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama; Kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling tanah air; Sukatan pelajaran yang mempunyai isi kandungan yang sama bagi semua sekolah

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah dan menengah; Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan; Dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik: sekolahsekolah rendah atau menengah yang menerima bantuan atau persendirian; Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti; Sistem peperiksaan yang berpusat dan sama bagi semua; Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan; Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional; Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan

Usaha melaksanakan satu sistem pendidikan kebangsaan telah bermula pada Tahun 1956 dengan penubuhan tiga buah sekolah, iaitu :
- Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh; - Sekolah Dato Abdul Razak di Seremban; - Sekolah Tun Fatimah di Johor Bahru
*untuk murid-murid lelaki *untuk murid murid perempuan

Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tidak diluatkuasa dengan serta merta. Murid-murid yang terpilih daripada sekolah rendah kebangsaan diberi tempoh satu tahun (Kelas Peralihan) untuk belajar Bahasa Inggeris secara intensif Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Hasil cadangan-cadangan Penyata Razak Dua buah maktab perguruan


- Kirkby Teachers Training College - Brinsford Lodge

Latihan perguruan juga ditawarkan di Tanah Melayu

Ditubuhkan pada Tahun 1952 Kirkby, Lancashire, Liverpool, England


Tujuan: - melatih guru-guru dari Persekutuan Tanah Melayu
- menampung kekurangan tenaga pengajar pada masa itu

Selepas Perang Dunia Kedua, negara menghadapi masalah kekurangan guru terlatih Kerajaan British mendapatkan Kirkby Teachers Training College untuk melatih bakal-bakal guru dari Tanah Melayu

Kampong Kirkby Seramai 149 orang pelajar Tanah Melayu telah melapor diri pada Januari 1952, kursus sepanjang dua tahun. Ambilan kedua pula telah berdaftar pada bulan November, 150 orang pelajar Syarat kemasukan: pangkat lulus Cambridge School Certificate Gred I dan II dengan kepujian dalam Bahasa Inggeris

Kurikulum : seni kraftangan, senaman, bahasa inggeris, geografi, sastera, matematik, bahasa melayu, pengembangan kanak-kanak, pisikologi dll Latihan khas diberi untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah rendah Pengetua pertama: Mr R. Williams (berkhidmat sehingga Tahun 1954) Pengganti: Mr G. J. Gurney (bertugas sehingga penutupan maktab perguruan pada Tahun 1962) Sebab penutupan: Maktab perguruan di Tanah Melayu bertambah

Tahun 1955, Kerajaan British mengambil Brinsford Lodge, Wolverhampton Berlaku sedikit perubahan dari segi kurikulum kursus perguruan Tujuan: Menyediakan guru-guru untuk mengajar di sekolah-sekolah menengah rendah Menyediakan bakal pensyarah-pensyarah untuk mengajar di maktab-maktab perguruan tempatan

Ketika zaman kolonialisme British, Universiti Malaya ditubuhkan di Singapura pada Tahun 1949 Penubuhan universiti : usaha Kerajaan British memenuhi keperluan dan permintaan rakyat tanah air

You might also like