You are on page 1of 23

SEMINAR INTERNASIONAL PENDIDIKAN GLOBAL

TEMA: TRANSFORMASI PENDIDIKAN TAJUK KAJIAN : CABARAN GURU MENGGUNAKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH
TARIKH: 24-25 FEBRUARI 2014

TEMPAT: FAKULTI PENDIDIKAN, UKM


DISEDIAKAN OLEH: MOHD SOFFIYUDDIN SOPIAN FAKULTI PENDIDIKAN, UKM

PENDAHULUAN
Pengajaran Berasaskan ICT Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk melayakkan semua sekolah di Malaysia mencapai taraf Sekolah Bestari Guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi meningkatkan motivasi pelajar

Matapelajaran matematik merupakan matapelajaran yang sukar untuk dipelajari dan kurang mendapat minat di kalangan pelajar

Norizan (2002) yang melihat kesediaan guru dalam penggunaan komputer mendapati guru-guru lebih mengetahui tentang komputer dan bukannya kebolehan menggunakan komputer

LATAR BELAKANG KAJIAN

Mengetahui cabaran sebenar yang dihadapi oleh guru matematik sekolah rendah yang menyebabkan mereka kurang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

PERMASALAHAN KAJIAN
Guru menganggap bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran adalah sesuatu yang membebankan

Guru tidak bersedia untuk mempelajari sesuatu perubahan yang sering berlaku dalam penggunaan ICT.

Keadaan ini bertentangan dengan hasrat KPM supaya guru mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka dan salah satu daripada kaedah yang disarankan adalah penggunaan ICT.

Belum mencapai tahap yang diinginkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

OBJEKTIF KAJIAN
1) Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru sekolah rendah dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. 2) Mengkaji perbezaan yang signifikan tahap kemahiran asas ICT berdasarkan jantina. 3) Mengkaji perbezaan yang signifikan tahap pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik berdasarkan tempoh pengalaman mengajar.

HIPOTESIS KAJIAN
Ho1: Tidak terdapat perbezaan siginifikan skor min tahap kemahiran asas ICT berdasarkan jantina. Tidak terdapat perbezaan siginifikan skor min tahap pengigterasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik berdasarkan tempoh pengalaman mengajar.

Ho2:

KAJIAN LITERATUR
Siti Mardziah (2013) ada menyatakan dalam kajiannya bahawa penggunaan teknologi berasaskan komputer dapat menjadikan proses pembelajaran lebih menarik di dalam kelas. Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim (2011) ada mengatakan dalam kajian mereka bahawa aplikasi persembahan elektronik bukan sahaja menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan. Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi (2011) mengatakan dalam kajian mereka bahawa ICT juga menyokong pendekatan konstruktivisme, di mana pelajar menggunakan teknologi untuk meneroka dan mencapai pemahaman konsep Matematik. Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi (2011) ada menyatakan dalam kajiannya bahawa komputer membolehkan pelajar menggunakan pangkalan data atau hamparan elektronik untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah.

Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi (2011) mengatakan dalam kajian mereka bahawa ICT dapat memperbaiki cara pengajaran Matematik dan meningkatkan pemahaman pelajar dalam konsep asas. Siti Mardziah (2013) turut menyatakan dalam kajiannya bahawa banyak masa yang terbuang dan juga menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan para pelajar di sebabkan pengajaran tidak sampai dengan mengunakan kaedah tradisional. Rosnaini Mahmud et all (2011) menyatakan bahawa guru sepatutnya boleh mengguna ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah, malahan boleh membantu dan membimbing pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak.

Menurut Hayes (2006), teknologi komputer membantu dalam pembelajaran pelajar melalui dua cara: Dengan membolehkan pengguna memperoleh maklumat serta kemahiran dan mempraktikkannya dengan membantu pelajar lain untuk menguasai kemahiran tersebut dan seterusnya mengaplikasikannya dalam situasi yang lain. Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi (2011) mengatakan dalam kajian mereka bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan salah satu cara untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk mengoptimakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Rosnaini Mahmud et all (2011) turut menyatakan dalam kajian mereka bahawa sejauh mana guru bersedia serta sanggup mengguna ICT dalam amalan pengajaran juga banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran teknologi yang ada pada mereka. Siti Mardziah (2013) juga mengatakan bahawa para guru juga kurang didedahkan dengan perisian yang baharu menyebabkan guru tidak berkemahiran menggunakan perisian yang terbaru dan penggunaan komputer di mana menyebabkan pembelajaran dan pengajaran tidak berjalan dengan lancar.

REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan demografi guru, tahap kemahiran asas ICT guru serta cabaran terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

INSTRUMEN KAJIAN
5 item Bahagian Jantina, pengalaman mengajar, kelulusan ikhtisas, subjek pengkhususan dan kemudahan komputer riba A

7 item Bahagian Kursus ICT yang pernah dihadiri B 5 item Tahap kemahiran asas ICT guru berdasarkan lima jenis aplikasi ICT iaitu pengoperasian Bahagian komputer, pemprosesan perkataan (Word), persembahan elektronik (PowerPoint), hamparan C elektronik (Excel), dan Internet 7 item Bahagian Penggunaan aplikasi ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran D

7 item Bahagian Halangan dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT di sekolah E

KAJIAN RINTIS
Kajian rintis tersebut melibatkan 30 orang guru yang dipilih secara rawak dari sebuah sekolah lain. Hasil kajian rintis kebolehpercayaan bagi keseluruhan item adalah 0.7. Nilai yang melebihi 0.6 menunjukkan item-item dalam setiap konstruk instrumen kajian mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh digunapakai (Jamil, 2002). Menurut DeVellis (2003), sekiranya nilai Cronbach Alpha melebihi 0.7, maka instrumen yang digunakan adalah dalam keadaan yang baik dan boleh dipercayaai.

INTERPRETASI SKOR MIN


Bahagian Tahap Kemahiran Asas ICT Skala Skor Min Kategori Rendah/ Kurang Mahir Sederhana/ Mahir Tinggi/Sangat Mahir Rendah Sederhana Tinggi

1.00 1.99
2.00 2.99 3.00 4.00

Tahap Pengintegrasian ICT

0.00 1.33 1.34 2.67 2.68 4.00

Halangan Guru Menggunakan ICT

Sumber : Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim (2011)

Profil Responden Kajian


Latar belakang Jantina guru Responden Lelaki Perempuan Jumlah Kurang 5 Tahun 6 10 Tahun 11 15 Tahun Lebih dari 15 Tahun Jumlah Sijil Diploma Pendidikan Kelulusan Sarjana Muda Lain-lain Jumlah Bahasa Frekuensi 15 20 35 5 11 5 14 35 0 8 27 0 35 8 20 7 35 35 0 35 Peratusan 42.9 57.1 100.0 14.3 31.4 14.3 40.0 100.0 0 22.9 77.1 0 100.0 22.9 57.1 20.0 100.0 100 0 100.0

Pengalaman

Subjek Pengkhususan

Sains & Matematik Lain-Lain Jumlah Ada

Kemudahan Komputer Riba

Tiada Jumlah

Skor Min & Sisihan Piawai Halangan Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik
Bilangan mencukupi Spesifikasi ketinggalan

Aspek komputer
komputer

Skor min
tidak yang 2.857 2.3714 2.6 2.4857

Sisihan Piawai
.8667 .6456 .7746 .7810

Tahap
Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana

Gangguan talian internet Kekurangan perisian pengajaran yang sesuai

Masa pengajaran mencukupi

yang

tidak

2.9429
2.9143

.6835
.7424

Tinggi
Tinggi

Kurang bantuan sokongan pihak pentadbir Kurang bantuan teknikal Halangan Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

2.6
2.6778

.7365
.7471

Sederhana
Tinggi

Analisis Kekerapan & Skor Min Item Halangan Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik
Item Halangan Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Tidak Setuju Bilangan komputer tidak mencukupi Spesifikasi komputer yang ketinggalan Gangguan talian internet Kekurangan perisian pengajaran yang sesuai Masa pengajaran yang tidak mencukupi Kurang bantuan sokongan pihak pentadbir Kurang bantuan teknikal 4 (11.4%) 2 (5.7%) 2 (5.7%) 2 (5.7%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 2 (5.7%) Kekerapan dan Peratus Skor Min

Kurang Setuju 8 (22.9%) 19 (54.3%) 14 (40.0%) 18 (51.4%) 9 (25.7%) 11 (31.4%) 13 (37.1%)

Setuju 18 (51.4%) 13 (37.1%) 15 (42.9%) 11 (31.4%) 19 (54.3%) 16 (45.7%) 17 (48.6%)

Sangat Setuju 5 (14.3%) 1 (2.9%) 4 (11.4%) 4 (11.4%) 7 (20.0%) 8 (22.9%) 3 (8.6%)

2.857 2.3714 2.6 2.4857 2.9429 2.9143 2.6

Ujian-t Sampel Tidak Bersandar


Jantina N Min Tahap Sisihan Piawai Nilai-t Signifikan Lelaki 15 3.2000 .41404

Perbezaan Kemahiran Asas ICT Antara Guru Lelaki Dan Perempuan

.926 Perempuan 20 3.3200 .35184

.361

Didapati nilai signifikan ujian yang dicatatkan adalah 0.361. Nilai ini adalah lebih besar berbanding nilai signifikan piawai p<0.05. Maka, hipotesis nol ujian ini diterima dan dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan siginifikan skor min tahap perbezaan kemahiran asas ICT antara jantina.

Ujian ANOVA 1 Hala


Pengalaman Mengajar Kurang 5 Tahun 6-10 Tahun 11-15 Tahun Lebih 15 Tahun Jumlah Bilangan (N) 5 11 5 14 35 Skor Min 3.4000 3.2208 3.2286 3.2245 3.2857 Min Kuasa Dua .044 .071 Sisihan Piawai .15649 .22464 .12778 .34411 .18004

Pengigterasian ICT Guru Jumlah Darjah Matematik Berdasarkan Tempoh Kuasa Dua Kebebasan Pengalaman Mengajar Antara Kumpulan Dalam Kumpulan Jumlah .133 2.207 1.102 3 31 34

Nilai F .624

Signifikan .605

Didapati nilai signifikan adalah 0.605. Nilai ini adalah lebih besar berbanding 0.025 (p<0.05). Maka hipotesis nol Ho diterima dan dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min bagi tahap pengigterasian ICT guru Matematik berdasarkan tempoh pengalaman mengajar bagi tahap pengigterasian ICT guru Matematik berdasarkan tempoh pengalaman mengajar.

PERBINCANGAN
Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru adalah aspek spesifikasi komputer yang ketinggalan, gangguan talian internet, kekurangan perisian pengajaran dan kurang bantuan teknikal. Hasil dapatan ini juga hampir menyamai dapatan kajian yang dijalankan oleh Jones (2004). Perbezaan jantina tidak memberi kesan kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan ICT. Guru yang lama dan guru yang baharu juga mampu untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran Matematik.

KESIMPULAN
Guru matematik sekolah rendah menghadapi pelbagai cabaran dalam pengigterasian ICT. Guru lelaki dan guru perempuan masing-masing mempunyai tahap kemahiran asas ICT yang baik. Guru-guru juga digalakkan untuk menghadiri pelbagai kursus yang berkaitan ICT. Guru yang telah lama berkhidmat hendaklah sentiasa berbincang dan berkongsi idea dengan guru yang baharu.

CADANGAN
Satu kajian yang lebih menyeluruh bagi mengetahui persepsi pelajar Matematik sekolah rendah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan juga keberkesanan penggunaan ICT terhadap pencapaian Matematik pelajar sekolah rendah.

You might also like