You are on page 1of 35

1.

PENGENALAN REKA BENTUK PENGAJARAN

1.1

DEFINISI REKA BENTUK PENGAJARAN

Reka bentuk pengajaran atau nama singkatannya RP telah wujud 40 tahun lalu dan ia pada mulanya adalah digunakan untuk

membangunkan pelbagai jenis pengajaran seperti bahan bercetak, pengajaran berbantukan komputer serta melalui televisyen. Reka bentuk pengajaran telah dibuat beberapa kajian terhadapnya dan terdapat pelbagai pendapat yang berlainan mengenai reka bentuk pengajaran ini. Terdapat beberapa kupasan definisi reka bentuk pengajaran. Antaranya ialah seperti berikut:

Satu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Dick & Reiser (1989)

Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk penegembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran. Richey (1986)

Kaedah-kaedah pengajaran iaitu sebagai satu disiplin yang memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedahkaedah pengajaran Reigeluth (1983)

Reka bentuk pengajaran juga ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Terdapat enam perkara yang menjadi asas di mana ia merangkumi seluruh proses pengajaran iaitu :

ENAM ASAS REKA BENTUK PENGAJARAN

a. Menentukan keperluan pelajar

d. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

b. Menentukan matlamat dan objektif c. Membina prosedur penilaian

e. Mencuba sistem pengajaran

f. Menilai keseluruhan sistem g.

Rajah 1.1 : Enam Asas Reka Bentuk Pengajaran

1.2

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

Terdapat beberapa jenis model reka bentuk pengajaran yang dihasilkan oleh beberapa tokoh. Namun Gustafon (1991) telah membahagikan model reka bentuk pengajaran kepada tiga tumpuan iaitu:

Model berorentasikan bilik darjah

Model berorentasikan produk

Model berorentasikan sistem Rajah 1.2: Reka Bentuk Pengajaran

1.3

PERANAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Reka bentuk pengajaran memainkan peranan yang penting kepada para pendidik dan murid khususnya. Antara peranan reka bentuk pengajaran ialah seperti:

Tingkatkan profesion perguruan

Membantu memahami keperluan

Membantu menyelesaikan masalah

Menentukan Fokus pengajaran

Rajah 1.3 : Peranan Reka Bentuk Pengajaran


3

2.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT PRINSIP BERASASKAN MODEL REKABENTUK PENGAJARAN

2.1

MODEL ASSURE

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan

menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai.

Proses

pengajaran

dan

pembelajaran

akan

menjadi

lebih

sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan.

Menurut Goh Boon Cheng dalam Buku Pengurusan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1996) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model
4

ASSURE bermaksud mempastikan atau to assure pembelajaran berlaku. Model ini mengandungi enam langkah iaitu:

1. A : Analyse learners (Analisis Pelajar)

4. U: Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber)

2. S: State Objectives (Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)

5. R : Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

3. S : Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan sumber

6. E : Evaluate and revise (nilai dan semak semula)

Rajah 1: Langkah-Langkah Model ASSURE

Dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut model ASSURE ini, pada langkah pertama iaitu analisis pelajar, terdapat beberapa aspek pelajar yang kami analisis. Antaranya ialah ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan atau pengalaman sedia ada dan gaya belajar. Dari aspek ciri pelajar pula, murid yang kami ajar ialah murid tahun 6 Bijak iaitu berumur 12 tahun. Murid kami ialah seramai 36 orang, iaitu terdiri

daripada 22 orang pelajar perempuan, manakala pelajar lelaki seramai 14 orang. Kebanyakan murid yang diajar terdiri daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi yang sederhana dan tinggal di kawasan petempatan yang berhampiran antara satu sama lain. Daripada analisis kami juga, aspek pengetahuan sedia ada murid tentang tajuk ini ialah semua murid mengetahui lokasi petempatan manusia di kampung mereka. Pengetahuan sedia ada murid ini kami kenalpasti melalui sesi soal jawab di dalam kelas, pencapaian pembelajaran murid dalam unit terdahulu dan juga melalui ujian diagnostik. Disamping itu, kami juga mendapati murid mendapat pengetahuan tentang tajuk pembelajaran melalui media massa seperti televisyen, majalah dan juga radio.

Selain itu, dalam aspek gaya pembelajaran pelajar pula kami melihat bahawa setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri iaitu lebih menjurus kepada Multiple Intelligence Gadner atau lebih dikenali sebagai Kecerdasan Pelbagai. Antara gaya pembelajaran murid yang paling jelas adalah lebih kepada verbal-linguistik, interpersonal dan intrapersonal. Berdasarkan gaya pembelajaran murid yang telah dikenalpasti, aktiviti yang dirancangan juga berkait rapat dengan gaya pembelajaran murid. Antaranya ialah melaksanakan aktiviti secara individu mahupun kumpulan. Gaya pembelajaran pelajar sangat perlu untuk diketahui kerana iainya amat mempengaruhi cara murid memproses maklumat, membentuk persepsi, merupakan faktor motivasi dan juga

tingkahlaku pelajar. Oleh itu, jika guru berjaya mengenalpasti gaya pembelajaran murid, maka guru dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.

Seterusnya, langkah kedua dalam model ASSURE ini ialah nyatakan objektif atau hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. Penyataan objektif atau hasil pembelajaran ini dalam membantu guru untuk memilih media dan kaedah pengajaran yang sesuai. Bukan itu sahaja, penyataan objektif juga membantu guru dalam membuat penilaian terhadap pencapaian

pengajaran. Antara kriteria pernyataan objektif atau hasil pembelajaran yang baik ialah seperti berikut:

Kumpulan sasaran -Siapa yang hendak capai?

Perlakuan -Apa yang hendak dicapai?

Syarat -Bagaimana hendak dicapai?

Tahap - Apakah tahap pencapaian minimu?

Rajah 2.1.1 :Kriteria Pernyataan Objektif yang Baik

Untuk Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini juga, hasil pembelajaran kami untuk subjek Kajian Tempatan dalam tajuk

Perkembangan Corak Petempatan Manusia ialah seperti murid dapat: i. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua daripada tiga corak petempatan awal manusia. ii. Membanding beza dua jenis petempatan awal manusia

Pemilihan hasil pembelajaran ini juga adalah berdasarkan kepada kriteria yang terdapat didalam Model Assure seperti yang dijelaskan diatas dan ianya juga bergantung kepada tahap kemampuan pelajar

memandangkan kelas yang kami ajar adalah dari kelas sederhana.

Setelah menganalisis murid dan menyatakan objektif atau hasil pembelajaran, langkah ketiga Model Assure ialah pilih kaedah, media, dan bahan sumber. Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber ini merangkumi tiga langkah iaitu:

Pemilihan Kaedah Diasaskan kepada ciri pelajar, pengalaman sedia ada, gaya pembelajaran dan objektif.
Pemilihan Media Bentuk fizikal sesuatu mesej disampaikan Cth: video, gambar, petikan, slaid Pemilihan Bahan Sumber Merupakan isi pelajaran yang difokuskan. Cth:artikel, petikan dll Rajah 2.1.2 : Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
8

Dalam aspek ini, kami memilih kaedah pembelajaran koperatif untuk memastikan setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran mencapai hasil pembelajaran. Kaedah pembelajaran koperatif ini dapat dilihat melalui aktiviti secara berkumpulan yang dilakukan pada langkah dua dan langkah tiga pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan kaedah

pembelajaran koperatif ini sekaligus mengasah kemahiran berkomunikasi murid dengan rakan sekelas atau dikenali sebagai kecerdasan pelbagai intrapersonal. Manakala dalam pemilihan media pula, kami memilih

format media seperti kertas edaran, kad gambar, teks, slaid dan juga gambar serta model gua. Manakala pemilihan bahan sumber yang kami gunakan ialah said MS PowerPoint, pencetak, komputer dan projektor LCD.

Seterusnya, langkah empat Model Assure ialah gunakan media dan bahan. Untuk langkah ini, tindakan yang kami lakukan untuk memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber ialah: i. Semak / Pratonton/ Kaji bahan sumber sebelum menggunakannya dalam kelas. ii. iii. Menyediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber. iv. Menyediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.
9

v.

Menyediakan pengalaman pembelajaran untuk pelajar.

Tambahan pula, dalam langkah lima Model Assure pula ialah libatkan pelajar dalam pembelajaran. Murid dapat belajar dalam keadaan yang kondusif sekiranya mereka terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi, masalah akan ditimbulkan oleh murid yang bersikap pasif di dalam bilik darjah. Oleh itu, untuk memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran, kami memilih untuk melakukan aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan. Ini adalah bertujuan untuk memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar. Sebagai contoh melalui aktiviti sesi soal jawab bersama guru semasa set induksi, aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan juga aktiviti latihan secara individu seperti yang terdapat dalam langkah ke tiga pengajaran dan

pembelajaran.

Bukan itu sahaja, selain aktiviti yang dijalankan oleh guru, pemilihan media dan bahan sumber yang menarik juga mampu merangsang minat dan pernglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, kami menggunakan model gua, kad gambar dan juga slain MS Power Point untuk menggalakkan penglibatan aktif semua pelajar di dalam bilik darjah.

10

Kemudian, dalam langkah terakhir bagi Model Assure ini ialah melibatkan langkah penilaian dan menyemak semula perancangan. Penilaian melibatkan dua aspek iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian pembelajaran boleh berlaku dalam dua bentuk samada penilaian informal dan penilaian formal. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kami hanya memilih penilaian secara informal iaitu melalui pemerhatian hasil kerja murid, pembentangan kumpulan, dan juga melalui soal jawab dengan murid. Dalam aspek penilaian juga kami melakukan penilaian sepanjang proses P & P ini untuk memastikan pemilihan objektif media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Manakala penilaian pengajaran pula kami lakukan dengan membuat refleksi setelah selesai sesi pengajaran dan

pembelajaran. Dalam refleksi kami mendapati bahawa murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan seronok dan sekaligus dapat mencapai dua objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditentukan.

11

2.2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran Tahun Bilangan Murid Tarikh Masa Tema Tajuk Isi Pelajaran Hasil pembelajaran

: Kajian Tempatan : 4 Bijak : 30/30 Orang : 11 Ogos 2011 : 60 minit. : Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia : Perkembangan Corak Petempatan Manusia : Sejarah Awal Petempatan Manusia : Pada akhir pembelajaran murid dapat, i. Menyenaraikan sekurang-kurangnya

dua daripada tiga corak petempatan awal manusia. ii. Membanding beza dua jenis

petempatan awal manusia Pendekatan pengajaran Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Penerapan nilai Kemahiran Generik KBKK : Kerjasama, berbangga : Kemahiran merumus : Kemahiran menghubungkait, mengkatogerikan, menganalisis idea : Deduktif , kemahiran berfikir : Koperatif

12

Kecerdasan Pelbagai

Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal,

Bahan Bantu Mengajar

Buku teks, Kertas edaran, 1 laptop, Projektor LCD, kad gambar, Teka Silang Kata, Model Gua, MS.Power Point.

Pengetahun sedia ada

: Murid mengetahui lokasi petempatan manusia di kampung mereka.

13

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Catatan

Set induksi ( 5 minit )

Model Gua

1. Guru menunjukkan model gua kepada murid-murid .

Bahan Bantu Mengajar: Model Gua,

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang model gua. a) Adakah kamu semua

Laptop, LCD

KBKK : - Kemahiran menghubung kait

pernah melihat gua? b) Apakah bentuk gua ini? c) Pada pendapat kamu, adakah gua sesuai

dijadikan tempat tinggal? Model -

Kecerdasan pelbagai:

3. Guru

mengaitkan

Interpersonal

Gua dengan isi pelajaran

- Verbal linguistik

Langkah 1 ( 10 minit )

Sejarah Petempatan Awal Manusia Gua Kawasan lapang. Pinggir sungai/ tasik

1. Guru memberi penerangan secara sejarah terperinci tentang awal

Bahan Bantu Mengajar: Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 4,laptop LCD.

petempatan

manusia di gua, kawasan lapang dan pinggir sungai atau tasik menggunakan MS power point.

14

BCB : Mencatat nota

Langkah 2 ( 15 minit )

Kad gambar aktiviti manusia di kawasan petempatan awal Gua Kawasan lapang Pinggir sungai/ tasik

1. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan.

Bahan Bantu Mengajar : Buku teks

2. Guru gambar

memberikan bagi

kad setiap

Kajian Tempatan Tahun 4, kad gambar,

kumpulan 3. Guru meminta ahli dalam setiap kumpulan berbincang dan menyenaraikan kegiatan manusia yang dilakukan di kawasan petempatan awal

kertas edaran

KBKK : Kemahiran menjana idea, menganalisis idea

Lampiran 1

seperti yang terdapat dalam kad gambar di kertas edaran yang disediakan. Berburu binatang Bercucuk tanam Membina pondok Menangkap ikan Memungut hasil hutan

Kecerdasan pelbagai : - Intrapersonal I Interpersonal

- Verballinguistik

4. Wakil setiap kumpulan di minta membuat pembentangan di hadapan kelas. Penerapan nilai : Kerjasama Berani Yakin
15

Langkah 3 ( 15 minit )

Lampiran 2: Teka Silang kata

1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang sama.

Bahan Bantu Mengajar: Buku teks Kajian Tempatan Tahun 4, Kertas Edaran

Tekalah daku 2. Guru menegedarkan teka silang kata Tekalah Daku kepada setiap kumpulan. 3. Guru meminta ahli dalam setiap kumpulan berbincang tentang jawapan bagi teka silang kata tersebut. 4. Setelah selesai, guru jawapan kata -

Teka Silangkata

KBKK : Kemahiran menjana idea, menganalisis idea.

membincangkan bagi teka

silang

tersebut.

Kecerdasan pelbagai : Intrapersonal Verballinguistik Koperatif

Penerapan nilai : Kerjasama

16

Langkah 4 (10 minit) Membanding beza di antara dua corak petempatan awal manusia. Gua Pinggir sungai/ tasik 2. Guru murid kepada berbincang tentang dengan jawapan corak KBKK : - Kemahiran Menjana idea, menganalisis idea. 1. Guru memilih secara rawak murid untuk melengkapkan jadual perbezaan corak Bahan Bantu Jadual Perbezaan Corak Petempatan Manusia

petempatan awal manusia yang di Papan Perbezaan yang disediakan oleh guru.

perbezaan

petempatan awal manusia.

Kecerdasan pelbagai : Intrapersonal Verballinguistik - Penerapan nilai : Kerjasama berani,yakin KBKK: Penutup ( 5 minit ) Rumusan dan refleksi. 1. Guru membuat rumusanKemahiran merumus Kajian Masa Depan

tentang isi pelajaran dan mengaitkannya dengan

tajuk yang akan datang

17

LAMPIRAN 1

GUA

18

KAWASAN LAPANG

19

KAWASAN PINGGIR SUNGAI/TASIK

20

LAMPIRAN 2 : TEKA SILANG KATA

TEKALAH DAKU

21

JAWAP SOALAN TEKA SILANG KATA INI:

1. Aktiviti petempatan awal manusia di kawasan lapang 2. Perkataan berlawan bagi binatang peliharaan 3. Manusia zaman dahulu tinggal disitu bagi memudahkan mereka mendapatkan sumber air 4. Lokasi petempatan awal manusia yang membolehkan mereka bercucuk tanam. 5. Contoh petempatan awal manusia di kawasan lapang. 6. Contoh lokasi petempatan awal manusia di pinggir sungai 7. Antara lokasi petempatan manusia yang paling awal pada zaman dahulu 8. Sumber makanan bagi manusia yang tinggal di pinggir sungau.

22

3.0

RUMUSAN/KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran dan terdapat enam perkara yang menjadi asas di mana ia merangkumi seluruh proses pengajaran iaitu menentukan keperluan murid, menentukan keperluan matlamat dan objektif, membina prosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran dan juga yang terakhir menilai keseluruhan sistem.

Selain itu, reka bentuk pengajaran terdiri daripada beberapa jenis model antaranya ialah model berorentasikan produk, model

berorentasikan sistem dan model berorentasikan bilik darjah seperti Model ASSURE. Bukan itu sahaja, model reka bentuk pengajaran ini juga mempunyai peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran keguruan, yang mana guru ianya mampu meningkatkan keperluan profesion dan

membantu

memahami

pelajar

menyelesaikan masalah serta menentukan fokus yang perlu diberikan oleh guru dalam pengajaran.

Disamping

itu,

Model

ASSURE

yang

merupakan

model

berorentasikan bilik darjah ini sangat penting dan menjadi panduan untuk

23

merancang

dan

mengendalikan

pengajaran

yang

memerlukan

penggunaan media. Model ini juga mengandungi enam langkah iaitu:

A Analyse learner (Analisis pelajar) S State objective (Nyatakan objektif) S Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) R Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar) E Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Konklusinya, jelaslah bahawa model reka bentuk pengajaran khususnya Model ASSURE memainkan peranan penting dalam

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan yang paling utama ialah memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan tercapai

24

4.0

REFLEKSI INDIVIDU

4.1

REFLEKSI : NORFAIZAH BINTI ABDULLAH

Secara keseluruhannya, sepanjang menyiapkan tugasan Kerja Kursus bagi kursus EDU 3105 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini, pada mulanya saya merasakan agak sukar untuk menyiapkan tugasan ini memandangkan tugasan ini memerlukan saya membuat satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk subjek major sedangkan saya masih belum didedahkan dengan cara menyediakan

RPH yang betul. Namun dengan adanya bantuan daripada rakan sekumpulan, rakan-rakan sekelas serta pensyarah yang terlibat

terutamanya Puan Nik Zaidawati Bt. Nik Abdul Majid, saya berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya.

Bukan itu sahaja, sumber rujukan yang banyak dan mudah untuk diperolehi di pusat sumber dan juga di kedai buku membolehkan saya memahami dengan lebih jelas tentang isi tugasan kerja kursus yang telah diberikan

Tambahan lagi, sepanjang menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan baru yang saya perolehi termasuklah ilmu berkaitan tentang reka bentuk pengajaran dan kegunaannya serta konsep Model ASSURE.
25

Melalui tugasan kerja kursus ini juga, saya dapat memahami bagaimana Model ASSURE ini digunakan secara menyeluruh dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dan kegunaannya kepada saya sebagai seorang bakal guru.

Seterusnya, melalui tugas kerja kursus EDU 3105 yang berikan oleh pensyarah, sedikit sebanyak membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang mengaplikasikan teknologi maklumat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta menjadikan saya lebih mahir dalam menggunakan teknologi maklumat memandangkan saya dan rakan sekumpulan diminta untuk menyediakan bahan bantu mengajar

berdasarkan RPH yang telah dibuat. Misalnya cara mengunakan MS Power Point, video, kad gambar, projector LCD dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, melalui tugasan seperti ini telah menanam sikap dan nilai-nilai yang positif dalam diri saya. Misalnya nilai kerjasama, bertanggungjawab, bersabar dan bersemangat tinggi. Ini dapat dilihat khususnya semasa saya dan rakan sekumpulan saudari Nurfarizah Binti Abdul Ghapar menyiapkan bahan bantu mengajar iaitu model gua dan beberapa bahan sokongan yang lain. Melalui tugasan ini, saya menyedari bahawa kesepakatan dan kerjasama yang utuh dalam ahli kumpulan akan menghasilkan kerja yang berkualiti.

26

Oleh itu, secara jujurnya saya benar-benar menyedari bahawa teknologi maklumat amat memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan arus pemodenan dunia.

27

4.2: REFLEKSI: NURFARIZAH BINTI ABDUL GHAPAR

Secara holistik, tugasan berpasangan Kerja Kursus Pendek EDU 3105, ialah merancang Reka Bentuk Pengajaran (RP) berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut prinsipprinsip memberikan

berasaskan Model Reka Bentuk Pengajaran ASSURE

saya suatu pengalaman, meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberikan perspektif baru dalam diri saya terutamanya berkaitan dengan karier sebagai seorang pendidik kelak.

Melalui KKP EDU 3105 ini, secara langsung kami diminta menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran yang kami pilih. Daripada perancangan RPH kami yang bertemakan Rumah sebagai Keperluan Asas Manusia dalam mata

pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4, kami menghasilkan sebuah Model Gua sebagai set induksi yang dapat menimbulkan inkuiri pelajar untuk terus belajar. Apa yang penting daripada langkah Selected Methods dalam Model Assure, ini merupakan pengalaman pertama saya mereka dan menghasilkan Model Gua ala-ala Zaman Paleolitik. Walaupun mengambil masa kira-kira empat jam untuk menghasilkan model ini, saya tetap berpuas hati dan seronok membuatnya.

28

Daripada KKP EDU 3105 ini, saya juga berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam Teknologi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran, khususnya secara hands-on dalam mengintegrasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang kami rancang. Misalnya aplikasi penggunaan paparan slaid yang menarik dan bermakna iaitu

Sebelum ini, kami hanya belajar secara teori subjek ini dan tidak dapat mengukur sejauh mana pengetahuan saya dalam EDU 3105 ini, tetapi melalui proses menghasilkan KKP EDU 3105 ini saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya dalam konsep media, fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip dan kepentingan Model ASSURE dalam memilih dan merancang RPH.

Secara tidak langsung, saya juga dapat belajar dan berkongsi pengetahuan daripada rakan kumpulan saya dalam memilih penggunaan font, warna, dan aligment untuk menghasilkan paparan slaid yang menarik dan bermakna. Saya juga belajar kepentingan seorang guru dalam menyediakan pengalaman pembelajaran kepada pelajar supaya dapat menarik minat dan fokus pelajar dalam penyampaian P & P melalui penggunaan media. Contohnya saya boleh menggunakan slaid, projektor, dan gambar foto.

29

Di samping itu, melalui KKP EDU 3105 ini, saya belajar erti sabar dan bersemangat dalam menyiapkan sesuatu tugasan .Misalnya dalam membuat Model Gua untuk perancangan set induksi kami. Maka, ini memberikan perspektif baru kepada diri saya bahawa jangan ada perkataan jemu dalam menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) memandangkan karier ini sentiasa memerlukan inovasi dan kreativiti dalam menyediakan BBM di samping boleh menyediakan BBM yang berkonsepkan teknologi seperti paparan slaid dan perisian kuiz

menggunakan konsep teknologi.

Kelemahan saya semasa proses melaksanakan tugasan ini ialah dari aspek durasi masa, dan masalah kesihatan. Walaupun sibuk dengan tugasan kerja kursus yang lain dan mengalami demam, itu bukanlah alasan untuk saya tidak bertanggungjawab dan membiarkan pasangan saya iaitu saudari NorfaIzah Binti Abdullah melakukan tugasan KKP kami ini. Oleh itu, kelak, saya akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki gaya pengurusan masa dan menjaga kesihatan diri. Segala kekurangan saya dalam sama-sama menyiapkan KKP EDU 3105 ini, saya memohon kemaafan terutamanya kepada pensyarah EDU 3105 iaitu Puan Nik Zaidawati Bt. Nik Abd. Majid.

30

Kesimpulannya,

tugasan

EDU

3105

ini

meningkatkan

pengetahuan dan pengalaman saya secara hands-on dan teori dalam subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Maka, sebagai seorang guru kelak, saya harus menyiapkan diri dari sekarang seperti belajar meningkatkan aplikasi kemahiran dan teknologi perisian seperti aktiviti belajar untuk

menggunakan

mereka

menyediakan sesi P & P yang menyeronokkan dan penyampaian berkesan.

31

RUJUKAN

BUKU RUJUKAN

Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : KumpulanBudiman Sdn. Bhd

Goh Boon Cheng.(2009). Pengurusan Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Punchong,Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mook Song Sang.(2010). Siri Buku Poket: Perancangan & Perlaksanaan, Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Punchong,Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mook Song Sang.(2010). Siri Buku Poket: Pengajaran dan Pembelajaran, Pemulihan dan Pengayaan. Punchong,Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Norasiah Bt. Abdullah, Nor Risah Jamilah Binti Mat Lazim, Rosnah Binti Ahmad Zain. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

32

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hassan.(2009) Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Shah Alam, Selangor: Penerbit Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Yusup Hashim ( 1998).Teknologi Pengajaran. Shah Alam, Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

INTERNET

__________.Hasil

Pengajaran.

Dicapai

melalui

laman

web

http://www.teachersrock.net/masteri2.htm#Maksud%20Hasil%20Pe mbelajaran pada 20 Ogos 2011.

__________.Model

ASSURE.

Dicapai

melalui

laman

web

http://blogs.iium.edu.my/marzuki/files/2009/05/model-assure.pdf pada 16 Ogos 2011.

__________.Nota PISMP: Reka Bentuk Pengajaran. Dicapai melalui laman web http://notapismp.blogspot.com/2010/10/reka-bentuk-

pengajaran.html pada 22 Ogos 2011.

33

__________.Reka Bentuk Pengajaran. Dicapai melalui laman web http://alpai.wikispaces.com/file/view/Topik_2_Reka_Bentuk_Pengaj aran.pdf pada 18 Ogos 2011.

__________.Reka Bentuk Pengajaran. Dicapai melalui laman web http://www.scribd.com/doc/17563561/Hbef3103-Reka-BentukPengajaran pada 18 Ogos 2011.

34

BAHAN BANTU MENGAJAR

Gambar 1.0 : Model Gua

Gambar 2.0 : Kad Gambar

35

You might also like