You are on page 1of 1

So ni resepinya untuk 5kg acar buah.

Goreng tanpa minyak (sangai) Ketumbar 30gram, Jintan manis 30 gram dan Jintan putih 30 gram. Saya tak timbang pun main pakai agak je. Lepas tu blend dan ayak taknak ayak pun boleh blend la halus2 lama2 sikit. Cili kering 100gm Bawang putih 15 biji - jangan mayang ni masuk je bulat-bulat gitu Bawang merah 15 biji- ni pun sama jangan mayang Halia Minyak masak 11/2 kg - acar buah mmg byk pakai minyak resepi asal 2kg Sos cili kimbal 11/2 kg Cili api - ni memang takde dlm resepi asal agak-agakla jangan banyak sangat cili api ni pun masuk sebiji-sebiji macam tu tak perlu potong tak perlu ketuk Gula 2 sudu besar - saya tambah lagi gula merah gula kabung ni yang buat rasa acar buah lagi kick Garam secukup rasa Cara-caranya 1. Tumis bawang putih bawang merah halia sampai naik bau masukkan cili kering. Tumis agak lama bagi masakkan cili tersebut. 2. Masukkan ketumbar, jintan manis, jintan putih yang sudah diblender tadi. 3. Masukkan sos cili dan cili api tumis hingga naik bau pecah minyak 4. Masukkan buah-buah. Biarkan buah-buah masak sekata. Kacau dari masa ke semasa 5. Tambahkan garam gula secukup rasa. Acar buah masak apabila kuah menjadi pekat dan kita nampak seperti terbit minyak dari campuran buah-buahan tersebut.

You might also like