You are on page 1of 2

Bahan- Bahan 250 ml Dairy Whipping Cream.

Aku guna jenama Emborg 250 gm cream cheese ( jenama philadelphia) ---biar lembut dulu .Keluarkan dari peti sejuk 2,3 jam sebelum guna. 1/2 cawan gula castor ( nak kurangkan pun boleh ) 1 sudu kecil Esen Vanilla 1 cawan air kosong + 1 sudu kecil serbuk kopi ( bancuh tanpa gula) Biskut lady fingers ( aku guna sponge finger ) .Boleh juga guna kek chiffon / span perisa kopi/coklat/vanila atau pandan in case korang tak jumpa biskut tu ;) Serbuk koko Cara- cara 1. Pukul cream cheese dan gula sampai kembang dan sebati. 2. Masukkan whipped cream dan pukul sampai sebati. Guna kelajuan sederhana je sebab nanti terpercik2 :p 3. Masukkan esen vanila. Ketepikan 4. Next step adalah celupkan biskut/ kek dalam bancuhan air kopi( tanpa gula). Ni sapa suka rasa kopi kuat leh je tambah kopi. Aku suka light so letak sikit jelah. Not necessary jenama nescafe , ko kaya nak guna kopi setabak pun boleh ;) . Celup biskut/kek kejap je dalam air kopi (1-2 saat). Setakat nak lembutkan bukan lembikkan . Faham ke idok ni? Sila google kalau masih samar!! 5.Susun biskut/ kek rapat- rapat dalam bekas.Nak renggang sikit pun boleh . Suka hatilah.Tips nak suruh nampak cantik, guna la bekas jernih. Tak perlu bekas mahal. Bekas aku rega 9.00 je .

6. Atas lapisan biskut/ kek sapu krim yang kita buat tadi. Pandai- pandai la agak nak letak banyak mana.

Buat lapisan macam ni. Contoh. 7. Taburkan serbuk koko. Tips!! Guna penapis teh bila nak tabur. 8. Lapiskan dengan biskut/ kek lagi. Ulang step 6,7 sampai la siap! 9. Sejukkan 2/3 jam

You might also like