You are on page 1of 1

Hi semua cikgu Apa kabar cikgu?

Saya percaya salahl satu daripada azam tahun baru cigku ialah bergiat dengan aktif dalam forum. Berikut adalah panduan/rangka bagi aktiviti 3 Pengenalan (1 perenggan) Nyatakan sekolah dan kelas yang terlibat. Huraikan sedikit tentang persekitaran sekolah dan pelajar dalam kelas berkenaan. Proses Penilaian (Bahagian ini penting) Semasa cikgu lakukan proses penilaian, buat sedikit dokumentasi. Dokumentasi boleh berbentuk catatan dan disokong dengan beberapa contoh hasil kerja yang telah disemak. Cikgu boleh merujuk kepada carta alir yang cikgu sertakan dalam Aktiviti 2. Cikgu masih boleh ubah/tambah langkah dalam carta alir tersebut. Sekiranya ada apa-apa perubahan, cikgu boleh laporkan dalam penulisan cikgu. Nota : Kebanyakan carta alir yang disertakan tidak menunjukkan langkah-langkah terperinci yang akan diambil oleh cikgu sendiri bagi melaksanakan proses penilaian dalam kelas cikgu. Cikgu masih boleh membaiki carta alir tersebut dan hantar bersama-sama dalam laporan aktiviti 3. Hasil saringan. (Bahagian ini lebih penting) Laporan bertulis hasil yang ditemui. Cikgu mungkin sertakan alasan-alasan yang mungkin bagi hasil yang ditemui. Dalam masa yang sama, cikgu akan nyatakan tindakan yang cikgu telah/akan ambil Semoga cikgu dapat menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberi.

You might also like