You are on page 1of 17

BAB 2 : PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Kumpulan 2 : NORSYAKIRAH BINTI AMIN MAIZATUL AKMAM BINTI ROSLI MUHAMMAD HAFIZU AIMAN BIN JUSOH HAMIZAN BIN SAHARI

2.1: Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif


KONSEP Kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan persekitrannya iaitu bilik darjah, makmal, bengkel atau padang permainan yang diurus dengan baik Kesannya, murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat memaksimumkan peluang pembelajarannya (Everston, Emmet dan Worsham 2006)

Terdapat 3 ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang kondusif iaitu : 1. Persekitaran Fizikal 2. Persekitaran Psikososial 3. Peraturan dan Rutin Bilik Darjah

2.1.1 : Persekitaran Fizikal


Terdapat 6 ciri-ciri persekitaran fizikal yang kondusif iaitu: 1. Susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah. 2. Sumber bahan pembelajaran. 3. Ruang/sudut pembelajaran 4. Ruang pada dinding. 5. Pencahayaan, pengudaraan dan perabot. 6. Kebersihan.

1. Susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah.


Susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau dengan mudah dan cepat. Kedudukan guru yang berhampiran dengan murid. Pemandangan murid mesti jelas dan tidak terhalang. Ruang trafik yang selesa.

Contoh susunan kerusi meja yang fleksibel 1. Bilik darjah tradisional


Sesuai jika guru menggunakan kaedah kuliah Lebih berpusatkan guru tetapi interaksi dalam kalangan murid adalah terhad Kebiasaan murid yang naka ditempatkan di hadapan

Sesuai jika guru menggunakan kaedah kuliah Lebih berpusatkan guru tetapi interaksi dalam kalangan murid adalah terhad Kebiasaan murid yang naka ditempatkan di hadapan Murid yang tinggi dan berbadan besar akan diletakkan di belakang untuk memudahkan penglihatan.

2. Kumpulan Kecil

KBSR menekankan strategi pengajaran berkumpulan dan susunan seperti ini digalakkan. Supaya murid mudah berinteraksi, berkongsi bahan pembelajaran, berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Tetapi, susunan ini mudah mengalihkan perhatian murid dan guru mestilah sentiasa memerhati aktiviti murid. Murid-murid boleh ditempatkan dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka

3. Seminar

Sesuai jika guru mengadakan perbincangan kelas. Murid boleh bersemuka dengan guru dan rakan kelas. Memberikan peluang kepada semua murid mendapat tempat duduk di barisan hadapan.

2. Sumber Bahan Pembelajaran


Akses mudah kepada sumber bahan pembelajaran
Supaya dapat mengajar murid cara untuk menyimpan bahan pembelajaran secara tersusun. Lahir sikap tanggungjawab ke atas bahan pembelajaran di dalam kelas. Setiap bahan perlu disimpan pada tempat yang sama untuk mengelakkan kekeliruan.

3. Ruang/Sudut Pembelajaran
Ruang di dalam bilik darjah untuk aktivitiaktiviti tertentu
Menyediakan sudut khas contohnya ruang kosong di mana kesemua murid boleh duduk di bawah lantai dan mendengar cerita. Ruang membaca Ruang komputer

4. Ruang Pada Dinding


Ruang pada dinding
Terdapat pada sebelah kiri atau kanan papan putih. untuk menyediakan jadual waktu kelas, jadual bertugas, peraturan bilik darjah, carta organisasi serta senarai nama murid di kelas tersebut. Papan kenyataan yang satu lagi boleh digunakan untuk menampal hasil kerja murid, maklumat aktiviti kelas, tarikh hari jadi atau gambar muridmurid di kelas tersebut.

5. Pencahayaan, Pengudaraan Dan Perabot


Memastikan lampu berfungsi di bilik darjah dan jika tidak berfungsi, laporkan kepada pihak bertanggungjawab di sekolah. Di sesetengah kelas, papan putih akan menyebabkan silau di bilik darjah, guru perlu mencari alternatif dengan mengumpulkan wang untuk membeli langsir.

Dalam iklim khatulistiwa, pastikan tingkap sentiasa terbuka untuk pengudaraan. Perabot dan meja mestilah mencukupi dan selamat digunakan

6. Kebersihan
Merupakan tanggungjawab guru dan murid bersama. Guru memastikan alatan seperti tong sampah, penyapu, penyodok sampah, pemadam papan putih serta bulu ayam disediakan. Jadual bertugas disediakan dan guru sentiasa memantau kebersihan kelas sebelum dan selepas pengajaran.

You might also like