You are on page 1of 1

Ketua Polis Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Jalan Cambell, 70710 Seremban, NEGERI SEMBILAN

DARUL KHUSUS. Tuan, PEMBERITAHUAN PERKHEMAHAN UNTUK PARA PELAJAR DI JERAM GADING RESORT, NEGERI SEMBILAN. Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 akan mengadakan program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform bagi pelajar tahun 4, 5 dan 6 seperti ketetapan berikut:Tarikh Hari Tempat Jumlah Pelajar Guru Pengiring : 9 hingga 11 Mac 2012 : Jumaat hingga Ahad : Tapak Perkhemahan, Jeram Gading Resort, Negeri Sembila Darul Khusus. : 120 orang : 30 orang

3. Segala keprihatinan dan kerjasama dari pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

................................................... (TUAN HAJI MADON BIN ISMAIL) Guru Besar, SK Wawasan Seremban 2.

You might also like