You are on page 1of 1

Nama diberi Lizah binti Polin, saya berbangsa dusun dan beragama Islam.

Ayah saya berasal daripada Tambunan Sabah, manakala ibu saya berasal daripada pedalaman Ranau Sabah. Saya mempunyai tujuh orang adik beradik yang mana 4 orang perempuan dan 3 orang lelaki, saya merupakan anak yang ketiga. Pada dasarnya budaya islam merupakan budaya yang kami aplikasikan dalam kehidupan, namun terdapat beberapa budaya yang masih diterapkan dalam masyarakat dusun seperti paluan gong semasa majlis tertentu seperti kenduri kahwin, pesta menuai padi (kamatan), dan apa-apa majlis yang besar-besaran. Selain itu, terdapat juga tarian yang masih dikekalkan seperti sumazau, moginggol( tarian yang melibatkan pergerakan kaki), dan mogunatif ( menggunakan bambu). Adat yang masih diamalkan pula ialah sogit iaitu hukuman yang diberikan kepada penduduk yang bersalah seperti melakukan perkara yang boleh menyakitkan tubuh atau perasaan orang lain, melakukan maksiat, dan apa-apa perkara yang boleh mengganggu keamanan kampung, biasanya hukuman yang dikenakan adalah memberikan seekor ayam, kambing atau lembu kepada semua penduduk kampung dan ia bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Pakaian tradisi orang dusun biasanya dipanggil baju kadazan yang mana, boleh dipakai semasa melakukan tarian bangsa dusun mahupun semasa persandingan pengantin. Salah satu perkara yang masih kuat dalam diri penduduk kampung saya, adalah amalan gotong royong dalam melakukan kerja-kerja pertanian, pembinaan prasarana kampung seperti membuat air paip kampun dan sebagainya. Polin bin Guril (ayah) Norhidayah Bt Sompidoh(ibu)

1. Razif

2. Faridah

3. Lizah

4. Abdul Rashid

5. Nor fadilah

6. Redzuan

7. Aisyah humairah

You might also like