You are on page 1of 4

1.0 PENGENALAN Bajet Nasional merupakan bajet yang disediakan oleh kerajaan untuk pembangunan dan perbelanjaan negara.

Bajet nasional bersifat inklusif dan mesra rakyat. Melalui bajet ini perkara yang diharapkan ialah peruntukan perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan mengurus itu wajar digunakan secara efisien agar ia benar-benar dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara secara positif. Pada masa yang sama, kerajaan perlu mengawal segala bentuk kekeliruan dan pembaziran untuk mengelak kesan negatif kepada ekonomi negara.

2.0 HURAIKAN KAITAN ANTARA PERUNTUKAN BAJET NASIONAL DENGAN ISU SOSIAL TERKINI DI MALAYSIA. Melalui fokus kesihatan asas kesejahteraan, masalah kesihatan akan dapat ditampung dengan pembukaan Klinik 1 Malaysia. Pembukaan klinik ini mendapat sambutan baik dan memberi manfaat kepada rakyat dalam meringankan kos rawatan selain memudahkan akses bagi mendapatkan rawatan. Oleh itu, Kerajaan telah memperuntukkan 20 juta ringgit pada tahun 2013 untuk membuka tambahan 70 cawangan Klinik 1 Malaysia. Klinik ini juga menyediakan perkhidmatan ujian kolestrol serta ujian urine kepada yang memerlukan. Kerajaan juga akan membaik pulih dan menaik taraf 350 klinik di seluruh negara. Kerajaan juga memberi pemeriksaan percuma monogram untuk 100 ribu wanita bagi mengesan kanser payudara. Di samping itu, bajet ini juga dapat meringankan beban pekerja-pekerja yang menghadapi penyakit terminal. Kerajaan telah bersetuju supaya pekerja-pekerja yang mencarum boleh mengeluarkan simpanan mereka sepenuhnya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertakluk pada syarat yang ditentukan. Dengan adanya bajet sebegini , masalah kesihatan penduduk di Malaysia akan dapat dikurangkan dan kualiti hidup rakyat akan terus bertambah baik. Selain itu, melalui fokus Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tumpuan juga diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah dalam memastikan agar mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan negara. Oleh sebab itu, program kebajikan rakyat 1 Malaysia atau kar1sma di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditubuhkan. Bantuan ini diperuntukkan sebanyak 1.2 bilion ringgit termasuklah program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja orang kurang upaya dengan bantuan penyakit kronik. Kerajaan juga melancarkan 3

program AZAM atau akhiri zaman miskin yang bertujuan menyediakan peluang untuk golongan berpendapatan rendah menjana pendapatan mereka. Seterusnya, kerajaan telah menyediakan dua pusat Anjung Singgah yang bertujuan untuk menempatkan warga emas , kanak-kanak jalanan dan mereka yang memerlukan tempat tinggal sementara sebelum mendapat tempat tinggal. Selain itu juga, kerajaan menambahkan lagi pusat Anjung Singgah untuk ahli-ahli keluarga yang mengiringi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan agar menjamin keselesaan kepada ahli keluarga. Jelaslah bahawa peruntukkan bajet nasional untuk pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dapat meringankan beban hidup rakyat. Seterusnya, fokus perumahan untuk rakyat juga merupakan salah satu bajet nasional yang disediakan oleh kerajaan . Kerajaan menyedari bahawa perumahan selesa dan mampu milik adalah keperluan asas paling utama kepada rakyat. Oleh sebab itu, kerajaan memperuntukkan 1.9 bilion ringgit bagi membina 123 ribu unit rumah dengan harga berpatutan di kawasan kawasan strategik. Inisiatif akan dilaksanakan oleh PRIMA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) DAN Jabatan Perumahan Negara. Sebanyak 500 juta ringgit akan dibelanjakan oleh PRIMA untuk membina 50 ribu unit rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan harga jualan antara 100 hinggan 400 ribu ringgit seunit. Pada masa yang sama , bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah yang pertama, Skim Rumah Pertamaku yang telah dilancarkan. Di samping itu, syarat keperluan simpanan 3 bulan deposit serta tempoh minimum bekerja 6 bulan juga akan dimansuhkan . Oleh itu, perumahan untuk rakyat ini dapat membantu rakyat agar mereka dapat memiliki rumah sendiri. Tambahan pula, masalah setinggan dapat dikurangkan. Melalui fokus mengurangkan kos pembelajaran pelajar dapat membantu rakyat Malaysia untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan memberikan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Kerajaan juga memberikan bantuan seperti program Baucar Buku 1 Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan Pra Universiti sebanyak RM250. Melalui bantuan pendidikan yang diberikan ini akan dapat mengurangkan beban rakyat dan dapat mengurangkan masalah sosial seperti kadar buta huruf dan lain-lain. 4

3.0 KESIMPULAN Bajet Nasional ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara dan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan. Selain itu, dapat mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik serta manfaat yang maksimum hasil daripada perlaksanaan program dan projek pembangunan bagi bajet ini. Melalui bajet ini juga mampu mendorong Malaysia ke arah pencapaian wawasan nasional.

RUJUKAN

Bajet 2013 [diakses pada 17 Oktober 2013] Diperoleh daripada World Wide Web: http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub13.pdf

Bajet 2013 Jana Ekonomi Negara Beri Kesejahteraan Kepada Rakyat [diakses pada 3 Oktober 2013]. Diperoleh daripada World Wide Web:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/524-kolumnisakhbar/14169-bajet-2013-jana-ekonomi-negara-beri-kesejahteraan-kepada-rakyat.html

You might also like