You are on page 1of 18

LINGUISTIK GUNAAN

LIONAD LIUS HENDERY GAMBIAS

Linguistik Gunaan

Sintesis ujaran

Linguistik tiruan

Linguistik teori adalah berkenaan dengan mencari dan menghuraikan gambaran umum kedua-dua bahasa tertentu dan untuk antara semua bahasa.
Linguistik gunaan mengambil hasil ini dan menggunakannya untuk bidang-bidang yang lain.

Linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa.

Tetapi hasil-hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain.
Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit.

Sebagai contoh apabila seorang pengkaji itu cuba, apatah lagi berusaha, menggunakan teori linguistik itu untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu lain, maka teori linguistiknya akan seharusnya bersifat amalan bagi membantu bidang lain

Dalam hal ini,linguistik teoritis telah berpindah pengertiannya menjadi linguistik gunaan.

Selain itu, linguistik gunaan adalah bidang yang merupakan sekumpulan beberapa displin yang berhubungan.

Istilah ini pada mulanya digunakan di dalam ilmu linguistik umum merujuk kepada bidang linguistik yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk pelbagai bidang yang lain.

Ini menunjukkan, linguistik gunaan merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa dan ia diguna pakai oleh masyarakat dan orang ramai. Ia juga saling berhubung antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur bahasa yang telah dipelajarinya. Jadi,boleh dikatakan, linguistik gunaan mempunyai cabang di bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik.

Maklumat dari modul PPG

Linguistik gunaan = linguistik terapan. Linguistik gunaan muncul apabila bidang liguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Huraian bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat, dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

Keadaan ini telah menghasilkan kaedah-kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan pembelajarannya. Antara kaedah yang dihasilkan ialah Kaedah Terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks.

Terdapat aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan tetapi untuk tujuan modul ini kita hanya menyentuh penggunaan linguistik dalam pengajaran bahasa sahaja yang meliputi sintesis ujaran dan linguistik tiruan.

SINTESIS UJARAN
Sintesis ujaran meliputi pembuatan selari serupa menggabungkan unsur-unsur untuk menjadi ujaran, sebagai ujaran yang berdasarkan semantik, misalnya kata kerja, kata adjektif dan sebagainya.

Ujaran merupakan sintesis dari proses perubahan konsep menjadi kod, sedangkan pemahaman pesanan tersbut hasil analisis kod. Huruf-huruf adalah simbol daripada suara ujaran.

Sintesis yang dilakukan menghasilkan pelbagai jenis ujaran yang tidak terbatas jumlahnya.

Penghasilan ujaran itu dapat dimanfaatkan bagi tujuan khusus dan tidak khusus.
Dengan ujaran inilah manusia mengungkapkan hal yang nyata atau tidak.

Untuk mengetahui bunyi-bunyi yang terlibat semasa pertuturan sintesis ujaran akan dilakukan, namun hasilnya tidak tepat seratus peratus.

Linguistik Tiruan
Linguistik tiruan ialah satu komponen daripada linguistik gunaan Merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa dan diguna pakai oleh ahli linguistik Linguistik ini saling berhubungan antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur tentang bahasa yang telah dipelajarinya.

Linguistik ini juga merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi dapatan-dapatan penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain. Oleh hal yang demikian linguistik tiruan mempunyai cabang di bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik.

Linguistik tiruan mengambil dapatan dari bahasa-bahasa tertentu dan menghuraikan gambaran-gambaran umum tentang bahasa tersebut dan menggunakannya untuk bidangbidang yang lain, merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa.

You might also like