You are on page 1of 2

CARA KE ARAH KESEJAHTERAAN EMOSI.

Seorang teman ada mengatakan bahawa....baca ni... 1. Membina Persahabatan. Individu yang mempunyai sokongan sosial yang lebih ramai adalah lebih gembira daripada mereka yang mempunyai sokongan sosial yang kecil. 2. Hargai Saat Bersendirian. Kadang kala kita perlu masa bersendirian tanpa gangguan untuk menilai perasaan atau mendengar pemikiran kita. Keterasingan bermasksud berlaku apabila mengasing atau memisahkan diri daripada orang lain kerana mereka putus harapan terhadap orang lain. 3. Hargai Kesihatan. Senaman boleh mengubah emosi & meningkatkan kualiti hidup. Kesihatan fizikal yang baik dan kesihatan emosi yang positif. 4. Hargai Keseronokan. Individu yang bekerja & taksub dengan kerja, akan gagal menikmati keseronokan dalan hidup atau mungkin menjadi kurang siuman. 5. Ketahui Matlamat Hidup. Adakah anda tahu apakah matlamat hidup anda? Tanya pada diri anda, "Apakah yang sesuai untuk anda?" Kenalpasti matlamat hidup dan berusaha mencapainya dan mencetuskan sesuatu yang di luar jangka & menyeronokkan dalam hidup. 6. Bersedia Menghadapi Masalah. Hidup tidak selalunya indah - ada masalah yang boleh dijangka dan ada masalah yang di luar jangka. Bersedia menghadapi masalah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki. 7. Terima Kritikan Yang Membina. Tanya pada diri anda " Adakah saya telah melakukan tugas dengan baik?" Terlalu peka kepada persepsi atau kritikan orang lan akan menjejaskan hubungan sosial dengan orang lain. 8. Ambil Risiko Yang Membina. Individu perlu mendekati apa yang mencetuskan sifat ingin tahu dalam diri mereka tetapi bukan memaksa diri dalam situasi yang menakutkan. 9. Uruskan Kejayaan Secara Efektif. Kongsi kejayaan bersama orang lain boleh meningkatkan kesihatan emosi dan penghargaan kendiri. Tetapi kejayaan yang dikongsi bukan dengan menindas @ mengaku hasil kerja orang lain.

10. Dapatkan Sokongan. Apabila berhadapan dengan masalah, dapatkan sokongan. 11. Tuliskan dan Kenalpasti Pemikiran Negatif & Positif. Tuliskan di atas kertas. 12. Lindungi Diri Anda. Anda mengenali individu yang boleh mengurangkan tenaga anad apabila bersama. Apabila bersama mereka, anda perlu hentikan mendengar bicara mereka setelah mendengar seketika. Begitu juga dengan kebergantungan pada teknologi (komputer). Sebaliknya anda gunakan peluang untuk rehat.

Petikan daripada Buku Bicara 45 Siri I - Merealisasikan Minda Kelas Pertama

You might also like