You are on page 1of 13

KELAS BERCANTUM (EDU3106)

AMIRAH ATHIRAH MOHD ALIAS JONG TCHIUN EE NUR AMYLEA SYAZLINA ISMAIL

Konsep Kelas Bercantum


Kelas bercantum sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah. (UNESCO, 1988).

Ciri-ciri Kelas Bercantum


Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja. Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka. Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas. Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

Pedagogi Kelas Bercantum


Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut :
(a) (b) (c) (d) (e) Kumpulan Sama Kebolehan Kumpulan Pelbagai Kebolehan Kumpulan Tahun Persekolahan Kumpulan Sosial Kumpulan Individu

Kumpulan Sama Kebolehan


Dikenali sebagai kumpulan akademik. Pelajaran seperti matematik dan bahasa amat sesuai diajar mengikut kumpulan ini. Guru memerhati dan mencatat pencapaian muridmurid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan muridmurid pada kumpulan-kumpulan tertentu. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah. Guru lebih menitikberatkan keperluan kumpulan yang lemah.

Kumpulan Pelbagai Kebolehan


Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Dalam tiap-tiap kumpulan terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti (membaca, melukis, menulis, aktif dalam kerja-kerja praktikal dll). Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan individu.

Kumpulan Tahun Persekolahan


Guru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap darjah ada kumpulan:
lambat sederhana cerdas

Guru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk semua kumpulan.

Kumpulan Sosial
Kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan.

Kumpulan Individu
Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.

You might also like