You are on page 1of 19

PENGENALAN

TEORI PEMBELAJARAN
Pembelajaran adalah suatu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan yang berlaku dalam diri seseorang sejak dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk sama ada disedari atau pun tidak disedari. Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hokum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli psikologi pembelajaran. Stalling (1973)

berpendapat bahawa pengajaran berdasarkan tiga kreteria yang penting. Pertama pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku. Kedua,

pembelajaran harus melibatkan suatu pemikiran. Ketiga, pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan. Menurut Crow & Crow (1983) pula, pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat suatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Pembelajaran merupakan semua perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan dan pemerolehan pengalaman. Pembelajaran juga menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran, dan ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik. Oleh itu, pembelajaran harus diterima sebagai suatu proses yang berlaku terhadap murid secara berterusan, iaitu selagi ada berlaku modifikasi atau perubahan terhadap tingkah laku mereka. Proses ini berlaku mengikut tahap tertentu, berperingkat-peringkat secara tersusun dan sistematik. Ia berhubungkait dengan usaha memperoleh pengetahuan dan pengalaman baru. Justeru itu, pembelajaran melibatkan pemerolehan modifikasi pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan, sikap dan tingkah laku. Ia melibatkan kognitif linguistik, motor dan kemahiran sosial. Melalui teori pembelajaran, pendidik dapat memahami tentang cara pelajarnya belajar. Selain itu, melalui teori pembelajaran juga pendidik dapat menghubungkait prinsip dan hokum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang digunakan.

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME


Teori pembelajaran behaviorisme adalah perspektif tingkah laku terhadap tingkah laku dan pengaruhnya terhadap persekitaran luaran dalam membentuk tingkah laku individu. Ahli-ahli psikilogi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku semasa . proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas (respon) organisma. Berdasarkan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsure motivasi dise litkan. Teori behaviorisme menyatakan pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku hasil daripada peneguhan dan maklum balas dan pengajaran. Peneguhan dan maklum balas tersebut akan membimbing pelajar kea rah tujuan yang hendak dicapai. Tiga andaian asas bagi bahaviorisme ialah pertama, pengukuhan adalah satu syarat yang penting dalam pembelajaran. Pengukuhan penting kerana ia merupakan alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki berlaku dengan sempurna. Menuut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu diperteguhkan oleh guru dengan cara memberi pengukuhan yang memberansangkan. Dalam situasi pembelajaran, pengukuhan positif yang kerap dilakuakn adalah pujian, memberi pengiktirafan, galakan dan sebagainya. Kedua, mewujudkan operasi ransangan dan tindak balas dalam pengajaran. Pembelajaran adalah operasi ransangan dan tindak balas dalam pengajaran. Pembelajaran adalah operasi ransangan dan tindak balas. Penggunaan kedua-dua elemen ini biasanya akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelbagai ransangan boleh dicipta. Ini termasuklah mempelbagaikan tingkah laku dan pola interaksi guru dan murid, mempelbagaikan aktiviti, kaedah dan teknik dan sebagainya.

Ketiga, pembelajaran hendaklah berdasarkan persekitaran yang konkrit dan nyata. Semua pembelajaran hendaklah berasaskan sesuatu yang dapat dilihat dan diamati. Ia perlu berdasarkan situasi-situasi yang tertentu. Pengaruh persekitaran

adalah amat penting. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik-bilik darjah, pelajar hendaklah sentiasa dibimbing dengan menggunakan proses induktif dan pengalaman-pengalaman konkrit. Model atau contoh juga, penting bagi membolehkan pelajar menggunakan pengantara deria mereka untuk mendapatkan pengetahuan dan sebagainya. Faktor lain yang dianggap penting oleh aliran behavioristik adalah faktor penguatan (reinforcement). Bila penguatan ditambahkan (positive reinforcement) maka respon akan semakin kuat. Begitu pula bila respon dikurangi/dihilangkan (negative reinforcement) maka respon juga semakin kuat. Beberapa prinsip dalam teori belajar behaviorisme, meliputi: 1) Reinforcement and Punishment 2) Primary and Secondary Reinforcement 3) Schedules of Reinforcement 4) Contingency Management 5) Stimulus Control in Operant Learning 6) The Elimination of Responses (Gage, Berliner, 1984).

Tokoh-tokoh aliran behaviorisme di antaranya adalah Ivan Pavlov, John B.Watson, B.F Skinner dan Edward L. Thorndike . Berikut akan dibahas karya-karya para tokoh aliran behaviorisme dan analisis serta peranannya dalam pembelajaran.

Ivan Pavlov Ahli psikologi berbangsa Russia ini telah menemui salah satu jenis pembelajaran major, iaitu perlaziman klasik secara tidak sengaja semasa menjalani eksperimen terhadap penghadaman pada awal tahun 90-an. Sejak itu, beliau terus berusaha untuk menemui prinsip-prinsip teras perlaziman klasik sepanjang hayat beliau.

John B. Watson Ahli psikologi bangsa Amerika John B. Watson percaya bahawa ahli-ahli psikologi perlu mengkaji tingkahlaku overt daripada membuat spekulasi tentang pemikiran dan perasaan seseorang. Pendekatan Watson, yang digelarnya behavorisme pada tahun 1910-an, mendominasi bidang psikologi separuh pertama abad ke-20.

B. F. Skinner Ahli psikologi berbangsa Amerika ini menjadi terkenal kerana kajian rintis beliau terhadap pembelajaran dan tingkah laku. Dalam 60 tahun kerjayanya, Skinner telah menemui prinsip-prinsip penting pelaziman operan, sejenis pembelajaran yang melibatkan peneguhan dan hukuman. Sebagai behavioris tulen, Skinner percaya bahaawa pelaziman operan boleh menjelaskan tingkah laku manusia yang lebih kompleks.

Edward L. Thorndike Pada akhir abad ke-19, ahli psikologi berbangsa Amerika, Edward L. Thorndike melakukan beberapa eksperimen terhadap pembelajaran haiwan. Thorndike

membentuk Hukum Kesan, yang menyatakan bahawa tingkahlaku yang diikuti dengan akibat yang menyenangkan lebih berkemungkinan diulangi pada masa depan.

IMPLIKASI

TEORI-TEORI

PEMBELAJARAN

BEHAVIORISME

TERHADAP PENGAJARAN PEMBELAJARAN (P&P)


Setiap teori pembelajaran yang dikemukakan memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran secara tersendiri. Berdasarkan teori pembelajaran behavioris yang dipelopori oleh John Broadus Watson, Ivan Petrovich Pavlov, Edward Thorndike dan Burrhus Frederic Skinner. Dalam teori mereka, mereka memberi bebrapa fokus dalam pengukuhan, pengukuhan berjadual, shaping, penghapusan dan modifikasi tingkahlaku.

Pelaziman Klasik

Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan oleh Pavlov dan Watson melalui kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert dan eksperimen ke atas anjing. Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut, penghapusan akan dijalankan. Melalui teori yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut, dapatlah digunakan oleh para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah gerak balas positif (perhatian dan penglibatan muridmurid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan bola kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan bola apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya. Malah, guru perlu membimbing murid- murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan pelbagai contoh yang berkaitan.

Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contonhnya, memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

Pelaziman Operan

Manakala, teori pelaziman operan yang dipelopori oleh Skinner lebih menekankan kepada peneguhan diberikan selepas responden berjaya dalam sesuatu usaha atau berlakunya peningkatan positif. Melalui kajian yang dijalankan beliau terhadap tikus, dapatlah disimpulkan bahawa tingkah laku yang disertai dengan pengukuhan akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang sama pada masa akan datang. Manakala peneguhan negatif yang diberi akan membawa kesan tidak menyeronokkan dan responden akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini.

Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah, sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Selain daripada itu, prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Malah, guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

Hukum Kesan

Teori yang dikemukakan oleh Edward Thorndike ini terdapat pertindahan untuk dikelaskan. Dalam sesetengah sumber, ia dikategorikan dalam teori pelaziman, dan sesetengahnya pula pengklasifikasikan sebagai Hukum Kesan. Thorndike menjalankan kajian ke atas kucing yang sedang lapar dibiarkan di dalam sangkar yang mempunyai penyendal untuk membuka pintu sangkar tersebut dan kucing tersebut boleh mendapatkan makanan yang berada di luarnya. Dalam teorinya, terdapat tiga jenis hukum iaitu hukum kesediaan, latihan dan kesan.

Implikasi teori Thorndike dalam P&P ialah untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai. Selain daripada itu, ia mampu mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan sosial dan material. Malah, teori ini juga menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNATIF


Teori pembelajaran kognitif berbeza dengan teori pembelajaran behaviorisme. Ahli-ahli rasionalis yang berpegang ke pada teori ini memandang pembelajaran sebagai satu proses pemikiran. Mereka menekankan proses-proses dalaman yang berlaku kepada otak manusia. Teori ini menumpukan pemerhatian kepada skema dan model mental yang mendorong pelajar kepada pengajaran. Istilah kognitif mulai dikemukakan ketika teori-teori J.Piaget ditulis dan dibicarakan pada kira-kira permulaan tahun 1960-an. Pengertian kognisi sendiri sebenarnya melibatkan aspek-aspek struktur intelek yang digunakan untuk memahami dan mengetahui sesuatu. Kognitif bukanlah hanya hasil kematangan organism, bukan juga pengaruh persekitaran sahaja, bahkan ia melibatkan kedua-duanya sekali. Perspektif kognatif tertumpu kepada keupayaan berfikir. Oleh itu, kognitivisme menegaskan kepentingan keupayaan manusia berfikir serta memproses dan menilai data atau maklumat sebelum satu reaksi dapat dilakukan kepadanya. Ahli-ahli psikologi aliran kognitif ini termasuklah Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausubel, Kohler, Kaffka, Bruner, Gagne, E.H Lennerberg, Robert Lee dan sebagainya. 1) Jean Piaget Istilah kognatif mulai diperkenalkan ketika teori-teori Piaget mula mendapat perhatian orang ramai pada permulaan tahun 1960-an. Sejak itu, teori-teori yang dikemukakannya dianggap sebagai teori perkembangan yang sangat penting dalam dunia pengetahuan. Piaget telah banyak menghabiskan masanya untuk mengkaji proses perkembangan kognatif kanak-kanak terbahagi kepada dua, iaitu proses penyerapan dan proses pengubahsuaian. piaget berpendapat bahawa perkembangan kognatif ini berlaku perperingkat-peringkat.

Terdapat empat peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, pertama peringkat deria pergerakan (0-2 tahun), peringkat olahan (2-6 tahun), peringkat pengolahan konkrit (6-12 tahun) dan peringkat pengolahan formal (12 tahun ke atas).

2) Jerome Bruner Jerome Bruner dipengaruhi dalam mendefinasikan pembelajaran penemuan (Discovery Learning) satu daripada model kognitif yang sangat berpengaruh yang diasaskan daripada prinsip-prinsip konstraktivisme. Pembelajaran

penemuan menggalakkan pelajar untuk menemui prinsip-prinsip melalui eksperimen dan penerokaan. Sama seperti Piaget, Bruner juga melihat perkembangan kognatif melalui peringkat tertentu bagi semua individu. Menurutnya, terdapat tiga peringkat yang dilalui oleh kanak-kanak normal dalam perkembangan kognatif mereka iaitu peringkat enaktif, ikonik dan simbolik.

10

IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF TERHADAP PENGAJARAN PEMBELAJARAN (P&P)


Teori Kognitif ini memberikan beberapa implikasi dalam proses P&P. Menurut teori tersebut, isi kandungan hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanakkanak dan yang paling relevan adalah daripada konkrit kepada abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada pengetahuan baru dan daripada kasar kepada halus. Contohnya, untuk mengajarkan tentang buah-buahan tempatan, mulakan dengan memberi contoh yang diketahui oleh murid- murid terlebih dahulu. Selain daripada itu, guru seharusnya berperanan sebagai fasilitator dalam proses P&P yang bertugas sebagai penyusun maklumat yang hendak disampaikan bagi memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran lepas.

Seterusnya, guru harus sedar bahawa ada murid yang berada dalam mod pembelajaran yang berbeza dan guru perlu bijak memainkan peranan dalam menguasai proses P&P. sebagai contoh, jika terdapat murid yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam proses pembelajaran yang berlangsung, guru perlu memikirkan cara yang efisyen bagi menarik minat mereka.

Teori Kognitif

Menurut teori kognitif, guru perlu menyediakan BBM yang berbentuk besar, maujud ataupun benda yang senang dilihat dan disentuh. Adalah lebih baik sekiranya bahan pengajaran tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada murid- murid dan sesuatu yang hampir dengan kanak-kanak tersebut. Manakala dalam mendidik kanak-kanak khas, guru perlu mempelbagaikan BBM kerana tahap kognitif mereka terhad. Contohnya, guru ingin mengajarkan tentang buah-buahan, guru membawa dan menunjukkan buah-buahan sebenar serta menyuruh murid menyentuh, melihat, mencium bau dan merasa buah tersebut. Pendekatan tersebut akan menjadikan murid lebih mudah mengingat apa yang dipelajari pada hari itu.

11

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah daya tumpuan yang singkat, guru perlu lebih peka dalam penyediaan rancangan pengajaran. Jika murid-murid sudah menguasai konsep terdahulu, guru tersebut perlulah meningkatkan tahap pembelajaran kepada sifat egosentrik. Kanak-kanak khas juga sebenarnya mempunyai keupayaan jika diberi pendedahan secara sistematik dan terapi yang berterusan. Sebagai contoh, jika murid sudah mampu menguasai operasi tambah dan tolak dalam subjek matematik, guru perlu mempertingkatkan pengajaran kepada operasi darab dan bahagi yang lebih mencabar. Pada masa tersebut, pemikiran mereka akan terus berkembang. Selain daripada itu juga, kanak-kanak khas perlu diajar mengikut subjek yang telah disusun dan diperingkatkan. Pemeringkatan tersebut perlulah dari yang senang kepada susah kerana mereka sangat bermasalah dalam reseptif dan menyusun maklumat yang diterima. Apatah lagi untuk menyimpan ingatan tersebut dalam stor jangka masa panjang. Contohnya dalam mengajar operasi tambah dalam matematik, guru perlu memulakan dengan nombor yang kecil. Setelah murid-murid mampu menguasainya, barulah guru memberikan soalan yang membabitkan nombor lebih besar.

Malah, guru perlu mengubahsuai kaedah dan pendekatan P&P untuk disesuaikan dengan keadaan murid-murid khas tersebut. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan murid-murid yang dikategorikan sebagai autisme, kaedah pengajaran tersebut perlulah menekankan komunikasi dan interaksi terutamanya yang melibatkan eye contact. Perbanyakkan interaksi dua hala dan soalan yang mampu dijawab serta menarik minatnya untuk terus meningkatkan tahap komunikasi. Kaedah P&P yang digunakan perlulah ringkas dan berkesan kerana kanak-kanak khas tidak mampu menerima laras bahasa yang tinggi.

12

KAEDAH PEMBELAJARAN SECARA DEMOSTRASI

Demostrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara. Demostrasi ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedurprosuder yang tertentu. Ia melibatkan demostrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosuder atau langkah pembelajaran. Kuliah memerlukan murid mendengar, demontrasi memerlukan murid

memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari guru kepada murid. Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan idea. Demostrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-benda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat demostrasi tulin, demonstrasi dengan komen atau demonstari dengan penglibatan murid-murid. Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu. Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid. Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosuder secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. Bagi menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru perlu merancang demonstrasi secara teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid memerhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk mefokus pemerhatian dan menggalakkan soalan serta merancang tindakan susulan. Kebaikan demonstrasi ialah ia memberi peluang kepada murid-murid untuk

benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa membuat demonstrasi, guru perlu memberi penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan.

13

Dalam proses demonstrasi, guru mesti mewajibkan murid-murid member perhatian yang sepenuhnya. Selepas membuat sesi praktis, perbincangan tentang perkara-perkara yang ditunjuk cara ia mesti dijalankan oleh guru. Guru juga boleh mengarahkan murid-murid menulis laporan ringkas tentang demonstrasi tersebut. Dalam perlaksanaan demonstrasi, guru hendaklah menentukan topik, objektif dan menyediakan alatan atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran. Satu kebaikan demonstrasi ialah ia memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga kelemahan dalam penggunaan kaedah demonstrasi iaitu ia memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara.

14

KAEDAH DEMONSTRASI (TUNJUK CARA) DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM ( CARA MENGAMBIL WUDUK ) UNTUK KELAS PEMULIHAN

Kaedah demonstrasi ini dipilih kerana pelajar dapat melihat sendiri dengan jelas perkara yang berlaku. Selain itu, pelajar dapat melakukan semula perkara yang ditunjukkan oleh guru dengan betul. Langkah pengajaran :

1)

Pendahuluan

Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutut atau berdiri.

Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah. Pelajar diterangkan terlebih dahulu tentang tertib mengambil wuduk.

Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini.

2)

Demonstrasi

Guru melakukan demonstrasi mengambil wuduk mengikut pergerakan yang sebenar.

Guru mengambil wuduk mengikut cara dan tertib yang betul. Guru membuat langkah demi langkah dengan gerak perlahan untuk

mengelakkan kekeliruan murid.

3)

Demonstrasi dan pengajaran

Semasa membuat pelakuan atau demonstrasi, guru memberi butiran yang sepatutnya langkah demi langkah.

15

Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.

Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

4)

Ulang demonstarsi dan butiran yang penting


Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Guru memberi butiran penting kepada pelajar

5)

Penutup

Ulangi perbuatan mengambil wuduk Menggalakkan perbincangan dan setiap pertanyaan dari murid perlu dijawab oleh guru dengan tepat.

Guru bertanya jika ada murid yang kurang jelas atau tidak faham, jika perlu lakukan semula demonstrasi tetapi dibuat oleh rakan murid itu sendiri.

Guru meminta beberapa orang murid mengambil wuduk semula untuk menguji kefahaman mereka.

Guru menyuruh murid-murid seorang demi se.orang mengambil wuduk dengan tertib yang betul.

Saya dengar mungkin saya lupa, saya lihat mungkin saya faham tapi jika saya buat tentu saya ingat. Sesiapapun tidak mahu menyangkal bahawa pengalaman itu

16

tidak boleh dicipta tetapi perlu dilalui. Dan kerana hakikat ini, guru perlu menyediakan satu landasan pengalaman untuk pelajar lalui. Pengalaman inilah yang akan menjadi antara pendidikan yang terbaik kepada murid. Kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi ini adalah salah satu kaedah yang paling sesuai membawa murid kepada hidup berealiti. Kaedah tunjuk cara ialah suatu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan murid melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan murid akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti yang sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza. Kaedah ini melihat kepada keupayaan murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada murid untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan murid dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal.

17

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Illahi saya telah berjaya menyiapkan tugasan Murid dan Alam Belajar yang diberikan oleh En. Mohd. Sabri bin Awang Hitam. Walaupun agak mencabar, dan terdapat banyak kekeliruan yang bermain di minda saya mengenai tugasan yang diberi, namun itu tidak menggoyangkan semangat saya untuk berusaha menyiapkannya. Sebaik sahaja saya mendapat tugasan ini, saya terus mencari bahan-bahan melalui internet dan juga buku-buku yang berkaitan. Selepas itu, saya mengumpul semua bahan yang ada dan saya melakukan perbincangan dengan rakan sekumpulan saya. Dalam beberapa minggu, saya berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan jayanya.

18

BIBLIOGRAFI

1. http://id.wikipedia.org/wiki/Teori_Belajar_Behavioristik

2. http://www.scribd.com/doc/18185356/TEORI-PEMBELAJARAN-BEHAVIORIS

3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0709&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

4. http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-pembelajaran.html [2009, Ogos 1].Amir Awang.

5. http://www.scribd.com/doc/17064250/Pendekatan-Kognitif [2009

6. http://www.scribd.com/doc/48643996/PENDIDIKAN-PEMULIHAN

19

You might also like