You are on page 1of 3

REFLEKSI SJH 3103 merupakan subjek Sejarah yang akan diajar kepada murid Tahun 4 bermula tahun hadapan

iaitu pada tahun 2014. Pada awal diperkenalkan subjek ini, saya sedikit terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut apakah kandungan atau ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid di sekolah rendah.

Pertama sekali, saya ingin mengucapakan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Yusri yang telah member tunjuk ajar kepada kami dengan berkongsi ilmu yang diberikan. Melalui subjek ini, pendedahan adalah kepada bagaimana guru-guru dapat mengkaji dan menghayati Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Sejarah, perancangan aktiviti dan langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaran serta peranan guru sebagai guru sejarah.

Pada awalnya, dalam sukatan KSSR kami didedahkan dengan kurikulum sejarah sekolah rendah. Ini merupakan pelajaran baharu kepada murid di sekolah rendah yang akan belajar pada tahun 2014 iaitu murid tahun 4 tahun depan. Terdapat beberapa dapatan yang perlu diberi penekanan dalam pengajaran sekolah rendah nanti iaitu berkaitan perspektif mata pelajaran sejarah, cirri-ciri guru sejarah ayang efektif, penerapan nilai dan unsure sejarah, serta pendedahan tentang pengurusan panitia Sejarah di sekolah rendah. Ini adalah selaras dengan hasrat dan harapan kementerian serta Negara untuk memperkenalkan pelajaran Sejarah di sekolah rendah.

Bermula interaksi pertama, saya telah menerima tugasan SJH3103 iaitu mengkehendaki kami menulis esei lengkap berkaitan peranan panitia Sejarah di sekolah. Di sini, kami mempunyai 2 tugasan iaitu menulis esei serta refleksi secara individu. Selain itu, kami juga diberi tugasan secara kumpulan. Saya bersama rakan saya iaitu En.Ismail secara berpasangan telah membina bahan bantu mengajar yang difikirkan sesuai bagi mata pelajaran sejarah berdasarkan tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Sejarah.

Bagi saya, mendapatkan maklumat berkaitan kurikulum Sejarah ini adalah agak sukar kerana pelajaran Sejarah ini adalah sesuatu yang baharu maka sumber dan bahan-bahan berkaitan tentangnya adalah masih kurang di internet. Syukur, kami mendapat bahan-bahan itu hasil bantuan pensyarah kami yang telah memberikan sumber yang amat diperlukan oleh kami sebagai rujukan menyiapkan tugasan ini.

Bagi memilih tajuk berkaitan dengan bahan bantu mengajar, say dan rakan saya, Ismail telah sepakat untuk memilih bahan bantu mengajar berkaitan standard kandungan iaitu mengetahui dan memahami sejarah sekolah. Maka kami telah mula mengumpul perkara dan standard pembelajaran berkaitan nama dan alamat sekolah yang lengkap, lokasi sekolah, sejarah penubuhan sekolah, cogan kata, visi dan misi sekolah, maksud dan makna warna simbol pada lencana sekolah. Oleh kerana semua perkara yang diperlukan memang sudah ada tersedia di sekolah, maka tugas kami menjadi mudah dan kerja yang hanya perlu dibuat ialah menyediakan BBM untuk tajuk tersebut iaitu kami membina folio sekolah dalam bentuk sebuah buku besar bersaiz A3.

Manakala bagi tugasan secara individu pula menuntut saya membuat kajian dan analisis berkaitan peranan panitia sejarah. Setahu saya, pelajaran ini hanya diajarkan di peringkat sekolah menengah sahaja. Oleh kerana ramai juga kenalan saya yang ada mengajar di sekolah menengah, maka sedikit sebanyak bahan dan sumber rujukan diperolehi daripada mereka. Tetapi tidak semua rujukan yang saya dapat itu sesuai dengan peranan panitia di sekolah rendah. Oleh itu, terdapat penyesuaian yang perlu dibuat berdasarkan peranan-peranan yang disenaraikan dalam panitia sekolah menengah kepada sekolah rendah.

Berdasarkan dapatan saya peranan panitia Sejarah adalah menyeluruh iaitu berkaitan tujuan panitia Sejarah, pengurusan panitia, tugas jawatankuasa dan peranan panitia. Tanggungjawab dan bebanan tugas panitia sangat mencabar.

Kebaikan yang saya dapat sepanjang mempelajari subjek sejarah ini ialah saya dapat mempelajari standard kandungan dan standard pembelajaran secara ringkas dan meneliti pengetahuan yang terkandung dalam kurikulum sejarah sekolah rendah. Selain itu saya juga dapat meningkatkan tahap profesionalisme seorang guru sejarah dengan adanya pengetahuan tentang asas Kemahiran Pemikiran Sejarah, Kemahiran berfikir dan tema pembelajaran yang terkandung dalam mata pelajaran ini.

Dari segi proses, saya dengan sendirinya telah memahami dan meneroka secara kendiri bagaimana subjek sejarah ini terlebih dahulu saya fahami dengan merujuk kepada draf kurikulum standard sejarah tahun 4, memahami tuntutan nasional dan kebangsaan terhadap perlunya mata pelajaran sejarah diajar di sekolah rendah dan kebaikannya sangat banyak.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini juga, terdapat kelemahan yang saya dapat kenalpasti iaitu saya sendiri tidak lagi bertugas sebagai guru di sekolah agak sukar untuk mendapatkan bahan dan sumber yang ada di sekita saya. Internetlah yang menjadi rujukan asas saya di samping bahan dibekalkan oleh pensyarah.

Kelemahan lain ialah interaksi saya dengan rakan saya yang berada di sekolah. Interaksi saya dengan rakan saya agak terbatas. Untuk mengatasi masalah tersebut, kami sepakat untuk melihat kepada perincian tajuk yang paling mudah kami dapat sumbernya dan bahan BBM apa yang patut kami bina. Oleh kerana ada tajuk yang memang sangat membantu kami, maka rakan saya sendiri dapat mengatasinya dengan merujuk perkara tersebut dengan sekolahnya sendiri.

Akhir sekali, saya rasa sangat bertuah dan bsyukur kerana dengan adanya subjek ini, kami sudah mula memahami hasrat kementerian mengapa wajar ianya perlu diajar mulai tahun hadapan. Pada pandangan saya, jika tidak sekarang, bila lagi

Disediakan oleh ;

Azlan Bin Abdul Rahman 760626-06-5589 PSV1 SEMESTER 5

You might also like