You are on page 1of 2

Laporan Ujian Kemahiran Permainan Bola Sepak Untuk melaksanakan ujian ini, kami telah mengambil pelajar tahun

6 seramai 20 orang. Pelajar tersebut terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki serta pelajar perempuan. Kemahiran bola sepak yang ingin diuji adalah kemahiran mengelecek serta kemahiran menendang. Berikut merupakan hasil yang diperoleh daripada ujian tersebut. Ujian Kemahiran Permainan Bola Sepak : Mengelecek Untuk menguji kemahiran mengelecek yang dimiliki oleh pelajar, kami menggunakan ukuran seperti yang berikut :

Tahap Kemahiran Tinggi Sederhana Rendah

Ukuran 1 15 saat 15 25 saat 26 30 saat ke atas

Berdasarkan ujian yang telah dibuat, kesemua pelajar lelaki mempunyai kemahiran mengelecek bola sepak pada tahap yang tinggi. Manakala, bagi pelajar perempuan pula, kebanyakan mereka memiliki kemahiran mengelecek pada tahap yang sederhana dan hanya sebilangan kecil sahaja yang berada pada tahap rendah. Pelajar lelaki lebih mempunyai kemahiran mengelecek pada tahap yang tinggi jika dibandingkan dengan pelajar perempuan mungkin disebabkan faktor minat. Sukan bola sepak kebiasaannya hanya dimainkan oleh lelaki. Jadi, faktor minat boleh mempengaruhi tahap kemahiran seseorang individu dalam sesuatu sukan. Selain itu, faktor lain yang menyebabkan pelajar lelaki mempunyai kemahiran mengelecek pada tahap yang tinggi adalah mereka mungkin merupakan wakil sekolah untuk sukan bola sepak. Jadi, adalah wajar jika kemahiran mengelecek mereka pada tahap yang tinggi.

Ujian Kemahiran Bola Sepak : Menendang Ukuran yang digunakan bagi mengenal pasti tahap kemahiran menendang pelajar adalah berdasarkan bilangan bola yang berjaya ditendang melepasi kon pada tiga aras yang berbeza iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Ukuran yang dibuat adalah seperti di bawah :

Tahap Kemahiran Tinggi Sederhana Rendah

Bilangan mata yang dikutip 9 5-8 1-4

Berdasarkan data yang telah dikumpulkan, terdapat seorang pelajar lelaki yang mendapat mata penuh iaitu 9. Manakala, pelajar lelaki yang lain memiliki kemahiran menendang pada tahap yang sederhana sahaja dengan mata yang dikutip antara 6 hingga 8. Terdapat juga pelajar lelaki yang memiliki kemahiran menendang pada tahap yang rendah iaitu seramai dua orang yang berjaya mengutip mata hanya sebanyak 3-4 sahaja. Untuk pelajar perempuan pula, juga terdapat seorang pelajar perempuan yang berjaya mengumpul mata penuh yang mana tahap kemahirannya adalah tinggi. Manakala bagi pelajar perempuan yang lain, kebanyakan mereka mempunyai tahap kemahiran menendang pada tahap sederhana dan juga rendah. Berdasarkan perbualan yang dibuat antara kami dan pelajar, pelajar yang mempunyai tahap kemahiran menendang yang tinggi dan sederhana adalah disebabkan mereka merupakan pemain bola sepak bagi sekolah mereka. Jadi, mereka telah mempunyai kemahiran ini secara kukuh kerana kemahiran tersebut telah diasah semasa melaksanakan latihan boa sepak di sekolah mereka. Bagi pelajar lain, mereka tidak pernah terlibat dalam permainan sukan ini, oleh itu, mereka hanya memiliki kemahiran ini pada tahap yang rendah sahaja.

You might also like