You are on page 1of 16

1.0 Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah pendidikan merupakan perkara penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan.

Menurut Abd. Fatah Hasan (2001), falsafah pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah. Di Malaysia falsafah pendidikan menjadi nadi kepada pelaksanaan pendidikan kebangsaan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan, seterusnya bagi peningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul selain daripada kurikulum yang sentiasa mantap dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis pada 1988 dan menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 selaras dengan pewartaan Akta Pendidikan 1996. Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas, iaitu falsafah dan pendidikan. Secara keseluruhan, falsafah boleh dianggap sebagai satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia dan sebagainya. Menurut Kamus Pendidikan 1979, pendidikan pula merupakan satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang di institusikan dan dikenali sebagai sekolah. Takrifan ini adalah selari dengan pandangan Dewey, seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau mengatakan bahawa Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial. Oleh itu, sekolah memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.1 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) FPK juga menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. FPK ialah gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan. Semua program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam FPK. FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan, seterusnya mampu mengangkat taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa. Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk menjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya

menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.

Falsafah pendidikan kebangsaan merangkumi elemen epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme (Sufean Hussin, 1996). Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ( Akta Pendidikan 1996, Akta 550) 1.2 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) Falsafah Pendidikan Guru Malaysia (FPG) Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang nyata dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961), Akta Pelajaran, Rukun Negara, Dasar Pelajaran dan Rancangan Malaysia.

Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju pendidikan guru di Malaysia iaitu, menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi potensi pelajar. Selain itu Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat. Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang didokentasikan adalah dengan hasrat untuk mendidik: Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Bahagian Pendidikan Guru, 1982)

2.0 APLIKASI ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Unsur Rohani Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan dan dalam perkembangan unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada sifat kejiwaan dan kebatinan, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia. Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Guru berperanan sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Guru boleh mengaplikasikan unsur rohani dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah dengan menyelitkan nilai-nilai murni dan moral dalam setiap sesi pengajaran bagi memastikan unsur rohani dapat diterapkan dalam diri seorang murid seterusnya dapat membentuk sahsiah yang baik dalam diri muridmurid. Pengajaran dan pembelajaran yang dillaksanakan oleh guru perlulah meliputi unsur-unsur kerohanian seperti meletakkan sikap positif dalam diri pelajar dengan cara menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran dengan menyelitkan nasihat serta galakan yang positif. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Ini secara tidak langsung membantu ke arah pembinaan modal insan.

Keperibadian seorang guru sangat penting dalam mencapai matlamat penerapan unsur rohani dalam diri pelajar. Ini adalah kerana guru yang mempunyai sahsiah yang baik akan menjadi contoh kepada murid-murid seterusnya menjadi faktor kepada penjanaan modal insan.Unsur rohani dalam falsafah pendidikan kebangsaan dapat direalisasikan dengan adanya sokongan dan kprihatinan komuniti setempat yang membantu guru dan pihak sekolah dalam memberi nasihat dan dorongan kepada pelajar sekolah dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Cara ini boleh dilakukan dengan menegur atau memberi nasihat kepada golongan pelajar yang terlibat dalam perbuatan negatif. Pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dengan subjek yang di ajar perlulah bersesuaian agar tidak menyebabkan pelajar berasa jemu seterusnya membawa kepada perbuatan negatif. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memerangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna seterusnya cenderung ke arah pembinaan modal insan. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Unsur Jasmani

Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti perkembangan kepada tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah dengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Unsur jasmani merupakan unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdasan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Individu akan menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal, mengembangkan bakat dan mkemahiran teknikal disamping menggunakan

kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat justeru seorang guru yang berkualiti perlulah mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik adalah penting agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Disamping itu, guru yang berkualiti juga harus memiliki kemahiran berkomunikasi iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Guru juga perlu mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform. Ini bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar. Unsur ini dapat dicapai dan direalisasikan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penekanan aspek jasmani dalam perancangan seharian bagi membina jasmani pelajar yang sihat dengan merancang senaman ringan disamping menyampaikan isi pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga seharusnya giat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan yang memerlukan guru yang lengkap dari semua aspek seterusnya membawa kepada penjanaan modal insan.

Unsur jasmani bukan sahaja memberi penekanan terhadap aktiviti luar semata-mata malah perlu melakukan pengelolaan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat meliputi aspek jasmani dalam proses pembelajaran. Guru boleh menjalankan aktiviti senaman ringan contohnya semasa proses pengajaran bagi mengelakkan pelajar berasa bosan dan letih dengan isi pengajaran yang disampaikan yang mana cara ini bukan sahaja mampu menghilangkan rasa letih pelajar malah turut membina jasmani pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, seorang guru perlulah mempunyai sahsiah dari segi kualiti jasmani yang tinggi bagi menjadi contoh kepada pelajar dalam pembinaan aspek jasmani. Dari perspektif komuniti, unsur jasmani boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberi galakan dan sokongan kepada guru dengan menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh guru dan pihak sekolah seperti menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah

Unsur Emosi

Unsur emosi ini diselit bagi menjamin perasaan yang sihat dan matang serta memiliki kasih sayang untuk mencintai perpaduan serta keamanan dan perasaan positif yang lain yang dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada kestabilan negara.Unsur emosi pula menyebabkan individu mempunyai emosi yang matang dan stabil. Individu itu juga akan memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang di mana perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Ahli psikiatri dan pikologi iaitu Freud telah menyatakan pendapatnya bahawa perkembangan manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaiti id, ego dan superego. Emosi ego ini telah wujud seawal bayi berusia enam bulan yang pada ketika itu mempunyai fikira berupa realistik dan logik. Perkembangan emosi juga berkait rapat dengan perkembangan fizikal yang mana apabila meningkatnya umur seseorang individu maka emosinya akan berkembang dengan lebih jauh. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, perancangan guru dalam membina perkembangan emosi para pelajar yang stabil adalah penting kerana emosi merupakan faktor penting dalam mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dan minat dalam pembelajaran. Guru perlu mendidik murid dengan mengawal emosi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam kelas dengan cara melakukan aktiviti yang melibatkan pengawalan emosi para pelajar. Sebagai seorang guru, adalah perlu untuk memahami emosi dan keinginan pelajar semasa dalam pengajaran dan seterusnya menjalankan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan keinginan pelajar itu bagi mengawal kstabilan emosi pelajar semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengelolaan pengajaran dan pembelajaran (pdp) pula, guru boleh menyediakan alat bantuan

mengajar yang bersesuaian dengan isi pengajaran bagi memudahkan pelajar memahami disamping mengelakkan pelajar berasa bosan yang turut mempegaruhi emosi pelajar tersebut dan menyebabkan kecenderungan kearah pembelajaran terjejas. Dengan adanya alat bantuan mengajar yang menarik dan sesuai, pelajar akan lebih cenderung kearah pembelajaran dan mendorong emosi mereka untuk bertindak dengan positif disamping cenderung ke arah penjanaan modal insan. Menurut teori psikoanalitik Sigmund Freud, keperibadian terdiri dari tiga elemen. Ketiga unsur keperibadian itu dikenali sebagai id, ego dan superego yang bekerjasama untuk menciptakan perilaku manusia yang kompleks yang mana guru seharusnya mempunyai perilaku yang positif dan sahsiah yang baik. Ini kerana, apabila guru mempunyai perilaku dan emosi yang tidak stabil akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar justeru menyebabkan usaha penjanaan modal insan tidak dapat dicapai. Sejajar dengan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan konsep rakyat malaysia yang berakhlak mulia di mana ini akan menghasilkan masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya, memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan bersepada. Sifat-sifat ini terbentuk dari dalam diri setiap masyarakat yang juga bermula dari inidividu guru itu sendiri dalam menerapkan sifat sahsiah yang baik yang berteraskan ilmu, keyakinan dan menjadi amalan dalam kehidupan bermasyarakat. Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang dengan teliti bentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan di bilik darjah. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan bagi menarik minat murid dan masyarakat untuk mendekati ilmu pengetahuan seterusnya cenderung ke arah penjanaan modal insan. Kesimpulannya, emosi adalah amat penting untuk diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua subjek yang diaajar kerana melalui pendidikan di sekolahlah, pembentukan sahsiah yang amat berhubungn kait dengan emosi dapat dibentuk dalam diri pelajar. Sahsiah yang cemerlang ini seterusnya akan membantu dalam suatu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni, kemahiran serta berterusan sehingga ke akhir hayat. Falsafah pendidikan Kebangsaan juga amat mementingkan unsur emosi dan diterangkan dalam setiap subjek yang diajar kerana melaluinya para pelajar dapat

melahirkan perasaan yang sewajarnya terhadap sesuatu keadaan tersebut, dan seterusnya ini dapat membantu membentuk identiti pelajar yang penuh dengan kepintaran EQ. Melalui ulasan dan huraian guru, unsur emosi yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembalajaran bagi tajuk ini ialah prihatin terhadap isu-isu kenegaraan

Unsur Intelek

Di dalam hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara. Unsur intelek juga merangkumi unsur ilmu yang sebenar iaitu daya pemikiran yang inovatif, logikal. Analitis dan ilmu yang bermanfaat namun begitu, teori barat telah banyak mempengaruhi unsur intelek dalam dasar pendidikan negara yang mana barat telah menggariskan bahawa ideologi intelek itu bersifat antroposenik yang berpusatkan manusia semata-mata yang turut memutuskan hubungan individu dengan tuhan. Mereka telah menggariskan intelek sebagai sifat sekular yang terdiri daripada enam bahagian iaitu kognitif, mental, pemprosesan maklumat, berasaskan biologi, perkembangan kognitif dan interaksi sosial. Dari sudut perancangan guru, unsur intelek dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberi input luar yang berkaitan dengan pengetahuan umum bagi membina dan melahirkan murid yang berpengetahuan luas dalam semua bidang. Pelbagai teknik dan kaedah boleh dilakukan oleh guru dalam menyampaikan input kepada murid bagi membina unsur intelek dalam diri para pelajar. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin

kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah : Kaedah sumbang saran Kaedah tunjuk cara (demonstrasi) Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah Kaedah oudioligual Kaedah kodkognetif Kaedah projek

Dari sudut pengelolaan pengajaran dan pembelajaran, guru terlebih dahulu perlu membuat persiapan sebelum melakukan pengajaran kerana bagi menerap unsur intelek dalam diri seseorang pelajar, guru perlulah berpengetahuan luas dan sewajarnya mempersiapkan diri dengan segala input positif yang peru disampaikan kepada pelajar bagi memperkembangkan tahap intelektual para pelajar dan seterusnya mendorong ke arah pembinaan modal insan. Guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk kerana ini adalah penting bagi mencapai tujuan pembinaan unsur intelek dalam diri pelajar

Kesimpulan

Dengan adanya falsafah pendidikan, maka sistem pendidikan sesebuah negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan

mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan (contohnya sistem pendidikan Malaysia) daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Dalam erti kata lain, FPK ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang

berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Melalui pelbagai kaedah dan cara, unsur rohani, jasmani, emosi dan intelek dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPK) dapat diaplikasikan dengan betul dan sejajar dengan konsep FPK insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seterusnya mendorong ke arah pembinaan modal insan.

Refleksi

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan izinnya saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan dengan jayanya. Setinggi-tinggi

penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya dan juga rakan-rakan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Sepanjang perjalanan kerja kursus ini, saya menyedari akan kepentingan memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mana perlu bagi seorang bakal guru untuk menghayati FPK bagi melengkapkan aspek keperluan seorang guru. Sebelum ini, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menjadi satu daripada kelemahan saya di mana saya tidak begitu prihatin terhadap konsep ini dan setelah menyelesaikan tugasan ini saya dapat membina sifat prihatin dan kecintaan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang membentuk diri saya ke arah modal insan sebagai seorang guru yang kompeten. Secara dasarnya, matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna disamping melahirkan warganegara

Malaysia yang seimbang bukan sahaja jasmani dan rohani tetapi emosi serta intelek bukan sahaja dari segi luaran tetapi juga dalaman, serta seiring dan sesuai dengan peredaran zaman. Disamping itu, saya juga mendapat pengalaman baru dalam dunia pendidikan yang mana saya dapat membuka minda dan berfikiran terbuka terhadap bidang profesion yang di ambil. Sebagai seoarang bakal pendidik. adalah perlu bagi menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru bukan hanya terbatas dan tertumpu pada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja malahan pembentukan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Dengan ini saya berjaya memperluaskan pemikiran dengan lebih terbuka bagi melakukan penyelidikan dan kajian berkaitan cara yang sesuai bagi pembinaan modal insan yang dapat dijana melalui unsur rohani, jasmani dan emosi serta intelek sebagaimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam pada masa yang sama, saya juga berjaya mempertingkatkan tahap kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dari segi pencarian maklumat disamping lebih bergiat aktif dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seorang guru hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sehubungan itu guru seharusnya bersedia untuk menimba ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar bagi melancarkan pembinaan modal insan. Dengan ini saya menyedari akan kepentingan mengikuti perkembangan semasa mempertingkatkan kemahiran sedia ada untuk persedian pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan sesuai dengan peredaran zaman. Konklusinya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi

satu kenyataan dan bukan hanya satu impian sahaja. Hasil daripada tugasan ini telah membantu saya untuk bergiat dengan lebih aktif dalam memperkasakan kemahiran dan pengetahuan sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan pada masa hadapan. Bukan itu sahaja malah penghayatan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri adalah bagi penting bagi semua bakal guru dan guru bagi merealisasikan tujuan FPK seterusnya mendorong ke arah pembinaan modal insan.

Rujukan

You might also like