You are on page 1of 6

1.0 PENDAHULUAN Falsafah pendidikan merupakan perkara penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem p endidikan. Menurut Abd.

Fatah Hasan (2001), falsafah pendidikan ialah suatu sist em kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengena i pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah. Di Malaysia falsafah pendidikan menjadi nadi kepada pelaksanaan pendidi kan kebangsaan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha ya ng dilakukan dalam sistem pendidikan, seterusnya bagi peningkatan mutu pendidika n negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafa h pendidikan yang unggul selain daripada kurikulum yang sentiasa mantap dan pela ksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu Falsafa h Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis pada 1988 dan menjadi Falsafah Pendidika n Kebangsaan (FPK) pada 1996 selaras dengan pewartaan Akta Pendidikan 1996. Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas, iaitu falsafah dan pendid ikan. Secara keseluruhan, falsafah boleh dianggap sebagai satu panduan hidup ker ana isu-isu yang difokuskan adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewu judan manusia dan sebagainya. Menurut Kamus Pendidikan 1979, pendidikan pula mer upakan satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan da n tingkah laku manusia. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal ya ng di institusikan dan dikenali sebagai sekolah. Takrifan ini adalah selari deng an pandangan Dewey, seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau mengataka n bahawa Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersam aan dengan persekitaran sosial. Oleh itu, sekolah memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1.1 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) FPK juga menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. FPK ialah gambaran c ita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melal ui proses pendidikan. Semua program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan darip ada prinsip dan nilai yang terdapat dalam FPK. FPK yang ideal diikuti dengan kur ikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ada lah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan, seterusnya mampu mengangkat taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa. Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK d igubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan in spirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjam in pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjela ng tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk menjana pembangunan modal insan ya ng seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelask an tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan se laras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggun gjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Falsafah pendidikan kebangsaan merangkumi elemen epistemologi, metafizik dan aks iologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilai sme, progresivisme dan eksistensialisme (Sufean Hussin, 1996). Falsafah Pendidik an Kebangsaan adalah digubal daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlan daskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam La poran dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangun an bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini j uga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Ma laysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 da n dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang se imbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kep ercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakya t Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggu ngjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ter hadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara . ( Akta Pendidikan 1996, Akta 550)

1.2 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) Falsafah Pendidikan Guru Malaysia (FPG) Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di M alaysia tidak mempunyai satu falsafah yang nyata dalam bentuk dokumentasi. Pendi dikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961), Ak ta Pelajaran, Rukun Negara, Dasar Pelajaran dan Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju pendidi kan guru di Malaysia iaitu, menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi potensi pelajar. Selain itu Melahirkan guru yang dapat me mbudayakan ilmu dalam masyarakat. Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang m elahirkan guru-guru di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang didokentasikan adalah dengan hasrat untuk m endidik: Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjun jung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkem bangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, p rogresif dan berdisiplin . (Bahag ian Pendidikan Guru, 1982)

1.3 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Pendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama Sekol ah Rendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. D engan itu, sistem pendidikan yang berkonsepkan pecah dan perintah yang diamalkan o leh penjajah Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita turut berakhir. Peruba han arus globalisasi juga telah menyebabkan beberapa pindaan dan perubahan terha dap Akta Pelajaran dan juga kurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah di tukarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan kemudia nnya implikasi keperluan kesepaduan dalam mata pelajaran. Sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat menyebabkan KBSR diuba h kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR). Terkini, KBSR secara berperi ngkat-peringkat akan ditukarkan sepenuhnya kepada Kurikulum Standard Sekolah Ren dah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada Januari 2011 yang diperkenalkan kepada murid-murid Tahun Satu. Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingg a tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran y ang ditawarkan di peringkat ini adalah merupakan pelajaran teras iaitu mata pelaja ran yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nila

i murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai mu rni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 1 74-175). Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan t idak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian ins an selaras dengan pembangunan kemanusiaan. 1.3.1 KONSEP KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR). Setelah 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah semakan semula dilaks anakan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 19 93 yang mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020, globalisasi dan penggunaan teknol ogi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Penekanan utama dalam KBSR (1993) yang baharu ini ialah konsep bersepadu yang te rdiri daripada unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud k esepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini juga meran gkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimban g. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui aktiviti kokurikulum. Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, p endidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan. Dengan termaktub nya Akta 1996 ini, maka Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR ) semakan semula dilaksanakan dan dengan itu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang baharu diperkenalkan dan mula dilaksanakan pada tahun 1999 sebagai perintis di beberapa buah sekolah untuk menambah baik kandungan Kurikulum Bersepadu Seko lah Rendah(1993). Penggubalan KBSR ini bertujuan untuk melahirkan murid yang ber peribadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. (Pu sat Perkembangan Kurikulum, 2000). 1.4 KONSEP KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Senario sekarang ialah perubahan yang tidak terancang kian cepat dan pantas impl ikasi arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Bagi institusi sekolah, perubah an ini tidak dapat dielakkan kerana ianya berfungsi dalam dunia yang sentiasa be rubah, memerlukan sekolah turut berubah untuk mengadaptasikan dengan persekitara n global. Oleh yang demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan prestasi yang l ebih optimum, sekolah perlu berubah kerana struktur kurikulum sedia ada (KBSR) a gak kurang relevan dan efisien, untuk menghasilkan insan cemerlang yang berpenge tahuan luas, sesuai dengan warga negara masa depan, tetapi mengikut acuan yang d i garap kan oleh FPK. Transformasi pendidikan ini juga diharapkan akan berupaya mewujudkan suasana per paduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. S ehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah digubal ber paksikan keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010 yang di cetuska n oleh mantan perdana menteri Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi. Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nila i murni seperti yang digariskan. Matlamat utama dasar ini ialah memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai- ni lai murni. Dasar ini akhirnya direalisasikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Re ndah seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelaj aran. Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis m ulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalan i uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dike nali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijala nkan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011 (Pusat Perkemb angan Kurikulum, 2010). Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut mo dal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. Berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi tersebut dapat dilihat ter dapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang den gan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidan g ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. KSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard K andungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kema hiran dan nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indika tor kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard k andungan. Penekanan adalah elemen yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, k eusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi. Berbanding dengan KBSR, seseorang guru akan dibekalkan dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang dilengkapi dengan Pemetaan Huraian Sukatan Pe lajaran, sebagai panduan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan(RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) di peringkat sekolah. Murid murid pula dibekal kan dengan buku teks. Manakala KSSR pula guru-guru akan menggunakan Dokumen Stan dard yang terdiri daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, Modul P engajaran turut disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran da n pembelajaran serta Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk mu rid bagi menggantikan buku teks. Pelbagai penambahbaikan yang terkandung dalam KSSR hasil daripada KBSR yang tela h sedia ada. Penambahbaikan tersebut ialah dengan menambahkan elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta s istem penilaian perlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Fokus utama KSSR ialah kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih komple ks, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum. 1.4.1 RUMUSAN Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurik ulum pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis g enerasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pe ndidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan hara pan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.

2.0 APLIKASI ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2.1 UNSUR INTELEK Seperti yang terkandung dalam FPK, unsur intelek merupakan keupayaan mental iait u yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki oleh seseorang. Tidak dapat dinafikan, intelek merupakan unsur penting dalam perkembangan sesuatu bida ng ilmu. Perkembangan potensi intelek adalah bagi memastikan seseorang itu mempe roleh yang berikut, Mempunyai kemahiran asas 3M (Menulis, membaca, mengira), Ber fikir secara kreatif dan kritis, Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu, Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain Dalam hal ini, perkembangan potensi intelek adalah merujuk kepada bidang ilmu ya

ng bermanfaat di samping membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar serta tidak bertentangan dengan agama. Pemikiran kreatif adalah ke arah melahirkan rakyat yang inovatif tetapi kritis dalam menjangkakan kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada manusia sejagat dan alam agar sesuatu pembaha ruan atau perubahan itu tidak membawa kepada kemudaratan dan kerosakan. Bagi elemen ini unsur intelek dapat dikembangkan dengan budaya sekolah dalam kal angan pelajar di dalam bilik darjah. Contohnya, budaya membaca buku, membaca sur at khabar, pembacaan sifir, ia dapat membentuk kemahiran asas 3M dalam murid iai tu membaca, menulis dan mengira. Dengan mangamalkan amalan tersebut, mereka akan sering berusaha untuk memperole h dan mengembang ilmu. Malahan, mereka akan sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran demi menyebarluaskan ilmu. Lama-kelamaan, mereka jug a berkemahiran untuk berfikir secara kreatif dan kritis, Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.4 UNSUR ROHANI Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan s eseorang dengan Tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni akhlak dan insaf kepada Pencipta. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan bagi membentuk individu seperti berikut,Menyedari dan menginsafi adanya Pencipt a, Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta, Menyedari dan menginsafi tanggu ng jawab, Membentuk akhlak mulia, Memupuk dan membina disiplin kendiri Bagi elemen ini guru memainkan peranan yang penting sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran ( PDP) di dalam bilik darjah bagi memastikan murid-murid diterapkan dengan unsur rohani dan dikembangkan bagi membentuk sahsiah murid seperti menye dari dan menginsafi adanya Pencipta. Selain itu menghargai dan mensyukuri pember ian Pencipta. Pada masa yang sama menyedari dan menginsafi tanggungjawab masing ma sing terhadap Pencipta mahupun sesama makhluk (manusia dan kehidupan lain). Maka dengan secara tidak langsung, seseorang murid dapat membentuk akhlak mulia, mem upuk dan membina disiplin diri. Dalam elemen ini,sebagai contoh aktiviti di dalam bilik darjah yang boleh diapli kasikan ialah sebelum memulakan waktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran ( PDP), m urid boleh melaksanakan pembacaan doa sebelum belajar dan selepas waktu belajar. Dalam masa yang sama unsur kerohanian dapat dibentuk dalam diri setiap murid. Contoh lain yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah ialah guru haruslah m enyelitkan unsur ketuhanan pada setiap Pengajaran dan Pembelajaran ( PDP) di dal am bilik darjah walaupun bukan guru agama dan subjek yang diajar bukan subjek ag ama Contohnya, mata pelajaran sains. Dalam mata pelajaran Sains guru boleh menga itkan Pengajaran dan Pembelajaran ( PDP) dengan keunikan tumbuh-tumbuhan ciptaan Tuhan yang mana dalam masa yang sama dapat memberi kesan atau kebaikan y ang banyak terhadap manusia dan kehidupan yang lain. 2.5 KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip pertama Rukun Negara. Mempunyai keper cayaan beragama serta mematuhi dan mengamalkan segala perintah agama adalah pent ing dalam mengawal diri individu. Dalam FPK, pembangunan diri individu adalah be rpaksikan ketuhanan iaitu, mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam adalah perat uran yang ditetapkan oleh Pencipta, melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan , menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam, Mengikuti dan menga malkan ajaran agama, meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama dan menye dari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya. Setiap individu perlu yakin wujudnya Pencipta yang mencipta manusia dan alam. Hu kum dan fenomena alam hendaklah difahami dan dipatuhi agar kesejahteraan dan kem akmuran terpelihara. Manusia yang dijadikan oleh Pencipta adalah dipertanggungja wabkan untuk menjaga dan mentadbir alam. Sekiranya amanah ini diabaikan boleh me mbawa kepada bencana dan malapetaka yang boleh mengganggu kesejahteraan dan kema kmuran manusia dan alam. Bagi elemen ini guru memainkan peranan yang penting sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran ( PDP) di dalam bilik darjah agar unsur ketuhanan dapat diaplikasik

an oleh setiap murid. Contohnya amalan memberi salam tatkala guru masuk bilik da rjah sebelum ( PDP) dimulakan. Dalam elemen ini juga, aktiviti yang boleh diapli kasikan seseorang murid ialah aktiviti membaca doa sebelum memulakan sesi Pengaj aran dan Pembelajaran ( PDP) di awal pagi. Selain itu menyediakan tempat khas untuk aktiviti melukis mural beunsurkan keaga maan. Contoh lain yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah ialah guru haru slah menyelitkan unsur ketuhanan pada setiap Pengajaran dan Pembelajaran ( PDP) di dalam bilik darjah walaupun bukan guru agama dan subjek yang diajar bukan sub jek agama, contohnya mata pelajaran matematik. 3.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidi kan Guru (FPG) adalah saling berkaitan. FPK menentukan bentuk, proses dan matlam at pendidikan manakala FPG merupakan halatuju dalam pembinaan watak guru dari se gi pemikiran dan amalan. Watak guru berteraskan kepada unsur sahsiah, ilmu/pemik iran, tanggungjawab, nilai dan amalan. Pendidikan guru merupakan suatu proses membentuk watak guru yang bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatan selayaknya sebagai seorang guru. Oleh it u, FPK haruslah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasra t Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Berdasarkan pernyataan FPK, dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan s ahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pemban gunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula denga n keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Justeru itu, kesan akhir pendid ikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar men jadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bert anggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan nega ra yang aman damai dan bersatu padu. Adalah amat penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendi dik semasa mereka melaksanakan tugas dan fungsi sebagai pendidik. Oleh itu, seti ap pendidik harus berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab professional mereka. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana ia merupakan tanggungjawab kita semua.

You might also like