You are on page 1of 5

PELAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Rajah 1.0 : Pelan Bilik Darjah Mesra Budaya

Petunjuk

Murid berbangsa melayu Murid berbangsa india Murid berbangsa cina Papan kenyataan kelas Papan putih Meja guru Kerusi guru Almari/fail Pintu

Tingkap Meja murid

Rak buku / bahan bacaan Pentas mini / sudut bacaan Sudut kreativiti Rak permainan Meja permainan Bakul sampah Sudut bahasa Sudut kreativiti Sudut fizikal / kognitif Rajah 2.0 : Petunjuk pelan bilik darjah

Pelan Lantai Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pelan lantai bilik darjah yang dirancang dalam Rajah 1.0 menunjukkan susun atur bilik darjah yang mesra budaya dan terdiri daripada 3 kumpulan etnik iaitu melayu, cina dan india. Pelan lantai ini terdapat kesesuaian dan keistimewaan yang dapat diaplikasikan dalam bilik darjah yang mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai budaya yang berbeza. Aspek utama yang perlu diambil kira ialah cara penyusunan kerusi dan meja murid. Jumlah pelajar secara keseluruhannya ialah 36 orang iaitu 21 orang perempuan dan 15 orang lelaki. Di dalam kelas tersebut terdapat 22 orang berbangsa melayu, 8 orang berbangsa cina dan 6 orang berbangsa india.

Berdasarkan pelah lantai tersebut murid ditempatkan secara kumpulan kecil dimana guru yang bertanggungjawab untuk menetapkan murid pelbagai budaya dan sosial dalam satu kumpulan. Kesemua murid ditempatkan secara berkumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 6 orang yang terdiri daripada pelbagai etnik. Dengan adanya kumpulan kecil seperti ini murid dapat berinteraksi semasa mereka mewujudkan persahabatan dan dapat menjalankan kolaborasi serta kerja kumpulan secara baik. Kedudukan papan putih di bahagian tengah hadapan kelas memudahkan semua murid melihat proses P&P dengan lebih jelas dan tidak terhalang. Secara tidak langsung, proses P&P dapat berjalan dengan lancar. Hal ini sekaligus dapat mempertingkatkan perkembangan sosial antara murid-murid serta memperkukuh interaksi aktif antara mereka.

Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan menyeluruh murid seperti pentas mini, sudut kreativiti serta sudut kinestetik dan sebagainya. Di dalam pelan yang dirancang turut terdapat pentas mini di bahagian belakang bilik darjah. Tujuan pentas mini tersebut di bina adalah sebagai salah satu inovasi dalam cara penyampaian pengajaran & pembelajaran (P&P) yang boleh diaplikasikan oleh guru di dalam bilik darjah. Pentas mini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti yang boleh mewujudkan suasana mesra budaya dalam bilik darjah. Antaranya, guru

boleh melatih aktiviti fizikal dan emosi melalui aktiviti yang melibatkan pelbagai etnik seperti nyanyian, lakonan, persembahan boneka dan sebagainya. Sebagai contoh melalui aktiviti lakonan, guru boleh membantu meningkatkan perkembangan emosi dan fizikal murid melalui penglahiran emosi berdasarkan watak, penggunaan bahasa badan dan mimik muka serta penggunaan tubuh badan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Perkongsian budaya dan adat sesuatu etnik melalui aktiviti lakonan juga mampu mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya. Murid-murid akan lebih seronok berkongsi maklumat berkenaan etnik lain melalui medium pembelajaran yang berbeza. Berdasarkan hal ini, jelaslah perkembangan emosi dan fizikal berlaku secara serentak melalui pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di pentas mini. Pentas mini juga boleh digunakan sebagai ruangan kerja atau perbincangan untuk murid di dalam bilik darjah tersebut. Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai sosial seperti amalan kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latar belakang dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; sebagai contoh Atan, Kumari serta Kim Seng dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka di ruangan tersebut. Selain itu, pelan lantai bilik darjah yang dirancang juga turut mempunyai sudut kreativiti di bahagian tengah belakang bilik darjah. Sudut kreativiti digunakan untuk mempamerkan hasil kerja murid, menempatkan bahan bantu mengajar yang menarik serta info-info berkaitan dengan pembangunan nilai seni dan kreativiti murid. Terdapat sebuah meja yang disediakan di sudut kreativiti bagi memudahkan penyimpanan bahan-bahan kreativiti. Pembinaan sudut kreativiti di dalam bilik darjah adalah salah satu inovasi atau cara baru bagi guru untuk mempertingkatkan daya kreativiti serta memperkukuhkan pemikiran kreatif dan kritis dalam diri mereka. Perbincangan serta persediaan untuk sesuatu penghasilan hasil seni dan kreativiti secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai murni serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama Berdasarkan pelan lantai yang dirancang, terdapat juga sudut kinestitik yang disediakan di dalam bilik darjah tersebut yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi perkembangan fizikal murid secara menyeluruh serta membantu meningkatkan

perkembangan emosi dan sosial dalam diri mereka. Setiap permainan yang disediakan mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mempertingkatkan perkembangan

menyeluruh kanak-kanak. Sebagai contoh, permainan

lego mambantu meningkatkan

penguasaan kemahiran motor kasar dan motor halus murid-murid.

Kesimpulannya, persekitran fizikal bilik darjah serta pengaplikasian suasana yang mesra budaya memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan murid juga perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Hal ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh pelbagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Usaha dari segi perubahan cara atau medium pengajaran adalah penting untuk menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan di samping memperkukuhkan amalam mesra budaya dalam kalangan murid.

You might also like