You are on page 1of 2

PUDING ROTI

4 keping roti ( suke hati roti ape. aku gune 5 keping sebab tamak! ) 1 tin susu cair ( resepi asal 375ml. tp, 400 ml pon boleh okay ) 2 biji telur ( telur ayam. bukan telur itik mahupun telur puyuh ) 4 sudu besar gula ( aku guna 3 sudu. tu pun aku guna sudu bubur mekdi je. sebab tak nak manis ) 1 sudu kecil esen vanila Butter / Planta ( ni untuk sapu kat roti okay ) Kismis / Coklat cip ( ni untuk pameran comels atas puding nanti ) dan berikut adalah cara-caranya. skema habis *fliphair* 1. panaskan kukusan dulu ye. 2. sapu butter/planta atas roti. lepas tu potong kicik-kicik aaaa. lepas itu, sila susun dengan secomel mungkin dalam loyang. loyang tu yang sedang-sedang saja.. <--- *dangdut sikit* 3. lepas tu, dalam satu bekas sila satukan dua biji telur, gula dan esen vanila tadi. then, kacau hingga sebati. oh please jangan nak guna mixer sangat okay. kacau bagi sebati je. lepas dah sebati baru masukkan susu cair. lepas tu kacau lagi kasi sebati gituww. 4. lepas dah sebati acuan tu, tuang dalam roti yang dah susun comel-comel dalam loyang ye. lepas tu aku main tekan-tekan sikit lah. tak payah nak ikut sangat. aku main-main sebab comel je. hak hak hak. lepas tu tabur la atas tu coklat cip ke, kismis ke, coklat cip ke, coklat smarties ke. olololo.. sodapnyee. 5. masukkan dalam kukusan dan kukus 20-25 minit. skema habis. hohoho. nanti dah masak, sejukkan dalam peti sejuk dulu. baru lah ohsem bila makan. :') senang kan? ohsem pun ohsem. lagipun tak manis pun okay. sesuai la kalau mak ayah, nenek ke, atuk ke yang tak suka manis. jadi, selamat mencuba. Heee

Bahan-bahan ( 3-4 orang )



4 keping roti, disapu mentega 450ml susu segar 3 biji telur 25g gula 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara
1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang. 2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih). 3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan. 4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati. 5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang. 6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

Tag

You might also like