You are on page 1of 3

MANUAL SARINGAN KHAS LINUS 1 2012

Untuk tahun 2012, Saringan Khas LINUS akan dijalankan kepada murid kohort 1 (Tahun 3) dan kohort 2 (Tahun 2). Saringan Khas LINUS bagi kohort 1 dijalankan pada bulan April dan kohort 2 pada bulan Mei. Proses pengisian data Saringan Khas LINUS ini dibuat dalam SAPS. Hal ini disebabkan, senarai murid Tahun 3 2012 sepatutnya telah dikemaskini dalam APDM dan diimport ke dalam SAPS bagi tujuan kemasukan markah Ujian 1 2012. Bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik Tahun 3, mereka boleh login dengan menggunakan ID dan kata laluan SAPS masing-masing dan sila ikuti panduan di bawah:

1) Login menggunakan Id dan Kata Laluan SAPS

Paparan seperti di bawah akan dipaparkan:

2)Klik Masuk pada Saringan Linus Khas 1 Sila pilih Menu Guru MP > Markah Peperiksaan LINUS

3) Pada Menu Guru MP pilih Markah Peperiksaan Linus

Semua kelas BM dan Matematik tahun 3 guru tersebut akan dipaparkan:

4) Klik pada mata pelajaran mengikut kelas yang dipaparkan

Paparan seperti di bawah akan dipaparkan:

5) Klik pada nama pelajar untuk memasukkan markah peperiksaan Linus

Paparan seperti di bawah akan dipaparkan:

1. Pada ruangan Maklumat Murid, tandakan betul atau salah untuk setiap soalan. 2. Jika memilih status TIDAK HADIR atau OKU, ruangan markah tidak perlu diisi 3. Klik butang Simpan setelah maklumat telah lengkap diisi

NOTA : Sewaktu pengisian data murid, keputusan menguasai atau tidak menguasai Saringan Khas LINUS tidak akan dipaparkan sehingga tarikh tutup pengisian data. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan guru-guru daripada memanipulasikan data. Keputusan Saringan Khas LINUS kohort 1 akan dipaparkan selepas tarikh tutup pada 27 April 2012.

You might also like